Bankrap adalah satu
modal baru Umno Bn untuk menakutkan rakyat supaya jangan pilih Pakatan
Rakyat. Sebelumnya mereka menggunakan isu Agama, Bangsa dan Raja. Oleh kerana ketiga-tiga isu ini sudah menjadi basi
dan tidak laku kerana Umno mempunyai rekod yang buruk terhadap 3 perkara yang diperkatakan. Maka Umno
mengalih pemikiran rakyat dengan menakutkan isu bankrap jika Pakatan Rakyat
memerintah. Semua tawaran Pakatan Rakyat akan dilebelkan bankrap dengan harapan
rakyat tidak beralih sokongan dan meninggalkan Umno.
Apabila Pakatan Rakyat menjanjikan untuk hapus PTPTN,
hapuskan tol, gaji minimum RM1100.00, menurun harga minyak, mengekalkan subsidi.
Maka terdapat suara-suara sumbang mengatakan negara akan bankrap, termasuklah
dari kalangan pensyarah yang menjadi pengampu kepada BN. Apa yang pelik semua
yang dilakukan oleh kerajaan BN tidak berani ditegur walaupun memudaratkan
ekonomi negara dan membankrapkan negara walaupun mengenepikan prinsip ketelusan.
Sebenarnya tektik pemimpin BN bermodalkan bankrap
supaya rakyat lupa bahawa negara akan menjadi bankrap, kerana rekod
pemerintahan Umno seperti barah di peringkat empat. Apa tidaknya, hutang negara
53%, paras bahaya ialah 55%. Hutang negara melonjak dari RM146 bilion pada
tahun 2002, RM242 bilion (2006) dan RM456.1 bilion pada penghujung 2011. Wang
Felda susut daripada RM4.08 bilion (2004) kepada RM1.35 bilion (2009). Saham
bumiputera RM52 bilion lesap, Stadium Trengganu berharga RM292 juta runtuh,
walaupun hanya setahun dibina, upah Apco Yahudi Israel RM77 juta setahun, RM589
juta hutang Tajudin dihapus kira, NFC RM250 juta, Laporan Ketua Audit Negara 2008
menyatakan berlaku ketirisan RM28 bilion, laporan Ketua Audit Negara 2006 melaporkan Kementerian Pertahanan
membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta (hampir RM1 bilion) tanpa ada
baucer.
Ini bukti bahawa negara akan bankrap jika BN terus
berkuasa. Sedangkan tawaran PR untuk membantu rakyat dengan kita memerangi
rasuah, perbelanjaan berhemah insyaAllah negara selamat, rakyat mendapat rahmat.
Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan