Khamis, Februari 02, 2012

Idris Tawfiq : Paderi temui hidayah.

Idris Tawfiq mula mengenal Islam ketika masih menjadi Paderi Katolik kerana minatnya yang mendalam untuk mengetahui semua agama yang ada didunia, sedikit sebanyak telah mengubah persepsinya kepada Islam. Beliau cuba membaca serta memahami kitab suci al-Quran yang dihadiahkan oleh kawannya yang beragama Islam.

Beliau bukan sahaja seorang paderi gereja yang ditauliahkan oleh gereja terbesar Roman Katolik di Vatican, Rome, Itali selama lima tahun berada disana, malah pada masa yang sama mengambil kesempatan untuk mengadakan kelas-kelas agama Kristian kepada anak-anak muridnya disalah sebuah sekolah di kota London.

Antara subjek yang diajarkan kepada mereka ialah mengenai al-Quran dan ini adalah salah satu langkah penting dalam perjalanannya kepada Islam. Beliau berpeluang untuk ke Kaherah, Mesir dalam misi dakwah Kristianisasi atas undangan British Council di Kaherah, namun ketika di Mesir beliau berkesempatan untuk mengenali Islam lebih dekat yang disifatkannya lebih realistik daripada Kristian.

"Saya pernah menjawat jawatan Ketua Imam digereja sekembali daripada Valtican, ia bertujuan untuk membantu orang dalam tempuh beberapa tahun. Namun, jauh didalam hati saya tidak merasa bahagia dan saya merasa bahwa ada sesuatu yang tidak benar tentang Kristian yang disorokkan oleh pemimpin tertinggi Roman Katolik. Justeru, bagi saya buat apa berkerja pada bidang yang sama sekali tidak membahagiakan diri sendiri. Semua rasa demikian itu adalah kehendak Tuhan. Pemergian saya ke Mesir adalah diantara acara dan kebetulan dalam hidup saya hingga membawa kepada Islam." katanya kepada wartawan ketika masih berkhidmat di British Council.

Kebetulan untuk ke Mesir baginya adalah ketentuan Allah jua, ini kerana bagi Idris Tawfiq keputusannya untuk berhenti dari berkhidmat sebagai paderi adalah muktamad, kerana memikirkan bahawa Mesir adalah sebuah negara yang penuh dengan piramid yang hanya diketahui melalui rancangan dokumentari. Beliau telah menyimpan hasrat untuk melihat sendiri piramid dari dekat dan mengenali budaya serta agama orang-orang disana.

Apa yang menyeronokkan ketika di Mesir ialah pertemuannya dengan orang-orang Islam yang disifatkannya sebagai berbudi bahasa yang tinggi, berlemah lembut dalam pertuturan serta menghormati tetamu dan sangat kuat berkerja dan komited kuat pada agama dengan sering berkunjung ke masjid untuk menunaikan solat fardhu. Setelah mendapat sedikit sebanyak pengalaman ketika di Kaherah, Idris kembali semula ke negara asalnya iaitu Britain dan masih ditugaskan mengajar subjek perbandingan agama seperti Islam, Yahudi, Kristian dan Budhha. Tetapi apa yang menarik perhatiannya ialah agama Islam adalah agama yang terbaik kerana penganutnya memang baik berbanding dengan penganut agama lain, mereka sering diberi gambaran negatif tetapi tetap bersabar.

Baginya individu Muslim daripada golongan kanak-kanak, remaja lelaki dan perempuan serta golongan dewasa adalah jenis manusia yang bertamadhun kerena menunjukkan sikap dan akhlak positif yang kurang ditunjukkan oleh penganut agama-agama didunia kerana agama-agama berkenaan tidak menganjurkan pemerkasaan akhlak terhadap penganutnya.

Satu hari Idris pergi ke masjid terbesar di London untuk mendengar lebih banyak tentang agama Islam, kebetulan masjid itu terdapat Yusuf Islam, bekas penyanyi pop yang juga duduk dalam bulatan ilmiah dengan beberapa orang membincangkan topik tentang Islam. Setelah beberapa saat, beliau memperkenalkan diri dan bertanya kepadanya "Apa yang sebenarnya anda lakukan untuk menjadi seorang Muslim?"

"Dia (Yusuf Islam) menjawab bahwa seorang Muslim harus percaya pada satu Tuhan, solat lima kali sehari semalam dan berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan". Jadi dia bertanya "Apa yang anda tunggu? Apa yang menghalang anda?" Saya berkata "Tidak! Saya tidak bermaksud untuk menukar agama".

Pada masa itu azan Asar berkumandang dan semua orang bersiap-siap berdiri dalam saf untuk bersolat. Beliau duduk dibelakang menangis dan terus menangis. Lalu berkata kepada diri sendiri 'Siapakah aku cuba untuk mengaburi diri sendiri?'

Setelah mereka berakhir solat mereka, beliau sekali lagi pergi mendapatkan Yusuf Islam, memintanya untuk mengajarkannya tentang Islam yang mahu agar beliau mengumumkan penukaran agamanya kepada Islam.

Susunan : Ustaz Zainudin Hashim
Sumber : Harakah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan