Isnin, Disember 12, 2011

Felda dalam proses kehancuran.


FELDA sedang dalam proses kehancuran, tunggu sahaja

Sebagaimana pengakuan Muhyiddin dan Najib PRU kali ini adalah ibu kepada semua pilihanraya dalan sejarah negara kita. Apa tidaknya, pilihanraya kali ini seolah-olah piihanraya untuk memilih di antara UMNO atau pun memilih rakyat. Sekarang ini adalah pilihan di anatara mengekalkan kepimpinan UMNO yang mahukan segala agenda peribadi mereka disokong ramai.

Satu lagi pilihan ialah untuk memilih agenda perubahan untuk rakyat yang inginkan kesatuan di antara kaum dalam kehidupan seharian dan menolak keghairahan kepimpinan yang menyanyikan lagu-lagu rasis yang menebal. Pemimpn-pemimpin di atas mahukan rakyat berpecah kerana UMNO sekarang ini wujud di atas keadaan Melayu yang ber[pecah pada tahun 1988 dahulu.

Berlainan dengan UMNO yang di tubuhkan pada 11hb Mei 1946 dahulu. UMNO dahulu wujud di atas penyatuan rakyat Melayu yang ramai dengan matlamat mencapai kemerdekaan dan seterusnya untuk mengisi kemerdekaan negara. UMNO yang baru ini wujud di atas perpecahan umat Melayu dan ada pemimpin yang sedang memegang kuasa mengambil kesempatan untuk membawa puaknya jauh dari UMNO yng dibiarnya mati itu.

UMNO sebenarnya tidak boleh langsung enyalahkan mana-mana pihka termasuk pembangkang kerana kelemahan yang mereka alami sekarang. UMNO itu mempunyai infrastruktor yang sangat besar untuk mempertahankan benteng mereka krana telah menjadi pemerintah begitu lama. Tetapi yang menyebabkan parti itu menjunam ialah kerana ‘culture’ yang terbentuk sejak dua tiga dekad yang lalu yang telah memecahkan segala benteng pertahanan parti itu.

D imana sahaj UMNO masuk campur yang baik akan menjadi lemah, yang teratur akan menjadi lintang pukang dan yang telah teguh dan berjaya akan mengalami kerosakan dan kerugian yang besar. Contoh-contohnya banyak. Di antara contohnya ialah apa yang berlaku ke atas Felda sekarang. Sebelum itu kita telah lihat bagaimana MAS telah kerugian berbillion billion ringgit setelah ia mula di serahkan kepada Tajuddin Ramli dahulu. Banyak lagi contoh yang kita boleh lihat dalam mana konsept pengswastaan serta ‘corporatization’ ciptaan Dr Mahathir dahulu.

Banyak syarikat-syarikat kerajaan yang gagah yang dipegang oleh kerajaan dahulu telah rosak kerana budaya tadbiran negara yang tidak jujur. Sekarang ramai yang meminta, bukan sahaja saya dan ramai lagi untuk memberikan komen tentang apa yang berlaku di Felda sekarang ini.

Sebenarnya apa yang berlaku di dalam Felda ini memang sudah dijangkan apabila perbedanan ini telah di pindahkan dari Kemeneterian Kemajuan Tanah dan Wilayah kepada Jabatan Perdana Menteri dahulu. Felda yang begitu mantap yang telah dikembangkan dan dimajukan di bawah Raja Tan Sri Alias dahulu menjadi tempat pemipin yang kelaparan untuk mengambil alih. Ramai yang telah melihat Felda dengan air lior yang meleleh seperti anjing nampak tulang.

Mereka-mereka ini kalau di suruh untuk membina sesuatu dengan baik tidak ada kemampuan dan kepandaian. Tetapi bila sudah maju merekalah yang masuk campur dan ingin menjadi hero dan ada pula yang ingin ‘topple’ menople dalam badan yang sangat kaya itu.

Apabila pengerusi kepada Lembaga Pengarah Felda sudah masuk campur dan menggunakan pengaruh untuk mengambil alih KPF baru-baru ini ramai yang berfikir telah menjangkakan yang situasi yang sedang di hadapi Felda dan peneroka sekarang ini akan berlaku.

Saya ingin menulis dengan detail apa yang berlaku di dalam Felda ini. Hanya saya hendak menunggu waktu yang sesuai untuk berbuat demikian. Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Pengurus Besar perbadanan ini, Dato Zulkifli Wahab yang sudah di arah untuk bercuti selama lapan bulan ini.

Apabila sudah berlaku perkara seperti ini saya jangkakan Felda tidak akan menjadi Felda lagi. Kerajaan pimpinan Najib memang terkenal dengan tidak mampu untuk membina kemajuan, tetapi beliau terkenal dengan menjahanamkan apa yang sudah kuat hasil kemampuan pimpinan dahulu dan etika pentadbiran yang tinggi yang sudah tiada di zaman ini.

Di tambah pula dengan kemasukan TS Isa Samad kedalamnya…..peneroka akan di porak perandakan dan apa yang peneroka dapat ialah elemen kuku besi yang sedang terbentuk di dalam Felda sekarang. Nak membangunkan tidak ada kemampuan…maka kerja mereka ini hanyalah untuk meruntuhkan sahaja.

Insyaallah saya akan menulis tentang apa yang berlaku dalam Felda ini serta implikasi yang akan akan di hadapi oleh peneroka serta implikasi yang akan di hadapi oleh FELDA keseluruhannya.

Buat setekat ini, peneroka hanya hafalkan satu perbilangan, iaitu ‘ibarat menanam pohon yang condong, pohonnya berada di halaman peneroka, buahnya jatuh ke halaman orang lain.

ATAU pun ingat kepada satu lagi, ‘peneroka di jadikan seperti kerbau untuk membajak sawah pagi dan petang, tetapi hasilnya di baham oleh tikus-tikus yang gemuk di kepuk padi’.

Aspan Alias
Sumber : Harakahdaily

Sebuka Mata : Aduhai Rais Bin Yatim

Rais Yatim ketika berucap dalam satu majlis ramah mesra dengan Orang Asli di suatu tempat meminta orang Melayu meniru sikap Orang Asli dalam memberi sokongan kepada BN. Saya tidak tahu macam mana persepsi orang ramai terhadap gesaan atau cadangan Rais itu. Tetapi bagi saya ia agak memeranjatkan.

Mungkin bagi orang Umno bersetuju sangat dengan cadangan itu kerana orang Umno yang tahu status dan juga maruah diri mereka.

Kalaupun benar Rais hendak bodek Orang Asli supaya terus menyokong BN, tetapi takkanlah sampai suruh orang Melayu tiru macam Orang Asli. Di sini bukan maksud saya hendak memperendah-rendahkan keupayaan Orang Asli tetapi apakah tidak ada perbuatan dan sifat-sifat kaum lain yang boleh dibuat perbandingan.

Saya faham dan saya tahu bukan semua Orang Asli menyokong BN. Ini menunjukkan Orang Asli juga sudah pandai membilang dan menghitung menilai baik dan buruk kerajaan UMNO/BN. Tetapi apabila Rais membuat cadangan itu dia telah meletakkan orang Melayu jauh lebih rendah tahap pemikiran siasahnya dari Orang Asli. Harapnya hanya orang Melayu Umno sajalah.

Kalaulah menteri Malaysia (UMNO/BN) berpandangan macam Rais Yatim itu "bedigul" sungguhlah rakyat negara ini. Rais harus mengkaji nilai ataupun macam mana kesetiaan Orang Asli kepada UMNO/BN itu. Beliau kena faham dan mengerti akan nilai sokongan itu. Tahap pemikiran dan kehidupan Orang Asli secara umumnya.

Kalaulah nilai sokongan yang Orang Asli berikan kepada UMNO/BN yang dikehendaki Rais itu juga dilakukan oleh Orang Melayu, maka sahlah orang Melayu boleh diperkotak katik dengan apa-apa saja mengikut kehendak kerajaan UMNO/BN. Lagaknya ini orang Melayu tak ubah seperti anjing pemburu saja ikut 'dipetuk'. Apakah tahap itu yang Rais mahukan?

Kalaupun hendak menarik sokongan kepada UMNO/BN berilah idea yang lebih bernas dan bermutu berwawasan dan berjiwa besar. Fikir dan renunglah apakah idea itu sesuai yang boleh memberi semangat dan bukan merendahkan martabat diri sendiri dengan meminta meniru Orang Asli.

Benarlah seperti mana dikatakan Rais Yatim ini seorang anti tesis bukan saja sanggup membakar jambatan besi dan membina jambatan emas walaupun emas itu diambil dari lombong orang lain tetapi lebih dari itu. Rais bukan saja sanggup menjilat semula ludahnya tetapi dia juga sanggup terus bercakap dalam keadaan mulut berbaut kohong.

Saya tidak tahu macam mana pemikiran dan tanggapan orang lain apabila mendengar nasihat menteri radio itu tetapi bagi saya ia adalah sesuatu yang memalukan.


Oleh : Mohd Sayuti Omar.
Sumber : Suraukini.


KEMENANGAN ANTARA IMPIAN DAN REALITI.(Bhg1)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُواْ وَاذْكُرُواْ اللّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ

تُفْلَحُون

(8:45) “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.”

وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

(8:46) “Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

وَلاَ تَكُونُواْ كَالَّذِينَ خَرَجُواْ مِن دِيَارِهِم بَطَرًا وَرِئَاء النَّاسِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللّهِ وَاللّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ

(8:47) “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa angkuh dan dengan maksud riya’ kepada manusia serta menghalangi (orang) dari jalan Allah. Dan (ilmu) Allah meliputi apa yang mereka kerjakan.”

(Surah al-Anfal : ayat 45 hingga 47)

Kemenangan yang kita dambakan ini adalah daripada Allah swt , justeru itu kepadaNya kita wajib memohon kemenangan ini . Allah swt mengajar kita agar memohon pertolongan dengan sabar dan solat .

Sabar adalah kunci kejayaan dan kemenangan . Tapi ramai yang salah faham dengan menganggap sabar sebagai kalah dan penakut . Bukankah kita mahu Allah bersama kita dalam perjuangan ini ? maka Allah swt telah berfirman : إن الله مع الصابرين – Sesungguhnya Allah bersama dengan orang – orang yang sabar .

  • Sabar dalam tindakan agar tidak gopoh dan melencong dari matlamat asal perjuangan kita .
  • Sabar dalam gerakkerja dan tugas . Jangan merungut dan mempersoalkan arahan .
  • Sabar , agar diri tidak terpengaruh dengan provokasi musuh
  • Sabar dari panahan fitnah perjuangan yang mungkin dari godaan manusia dan harta
  • Sabar , moga tidak terlalu excited dengan sorakan ramai dan laungan penyokong yang ramai
  • Sabar dari terjebak dan terjerumus ke dalam lembah maksiat dan mungkar
    Sabar menerima arahan pimpinan biarpun berat dan sukar untuk dilaksanakan
  • Sabar dengan karenah ahli yang pelbagai ragam
  • Sabar jua dengan karenah pimpinan
  • Sabar untuk bertahan dengan akhlak mulia sekalipun berdepan dengan penghinaan musuh
  • dan 1001 keadaan yang memerlukan kita sabar .

Namun bukanlah makna sabar sehingga membenarkan musuh memijak kepala kita . Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

Wahai manusia ! Jangan sekali – kali kamu bercita – cita mencari musuh sebaliknya mohonlah kesejahteraan daripada Allah swt . Andai bertemu jua dengan musuh , bersabarlah ! Namun begitu , ketahuilah bahawa sesungguhnya syurga itu berada di bawah kilatan mata pedang .


Dalam konteks sistem parti politik yang diamalkan dinegara kita, Malaysia dikategorikan sebagai pengamal sistem parti dominan (dominant party system). Malaysia tidak mengamalkan sistem pelbagai parti (multi-party system) walaupun terdapat banyak parti yang bertanding didalam pilihanraya.

Malaysia dilabelkan sebagai pengamal sistem parti dominan kerana hanya satu parti yang dominan (Barisan Nasional), melalui kuasa manupulatif, memenangi tiap-tiap pilihanraya umum yang diadakan.


Dari sudut tipologi (perbandingan berdasarkan urutan keutamaan dan penjenisan) sistem parti paling demokratik ialah sistem pelbagai parti dan diikuti oleh sistem dwi-parti (two party system) dimana rakyat mempunyai kebebasan memilih sepenuhnya. Sistem parti yang paling tidak demokratik

ialah sistem parti komunis. Dalam sistem parti komunis, pilihanraya adalah merupakan satu formaliti sahaja kerana segala-galanya telah ditentukan oleh parti yang menguasai Negara.

Sistem parti dominan yang diamalkan di Malaysia, berada bersebelahan dengan sistem parti komunis. Satu langkah ke kiri akan menjadikan sistem parti dominan yang kita amalkan, dari segi praktiknya adalah sama dengan sistem parti komunis. Segala-galanya ditentukan oleh parti dan Negara tunduk kepada parti.

Rakyat perlu disedarkan mengenai sistem yang diamalkan. Wacana politik kita perlu menjurus kearah menyedarkan rakyat tentang bahaya sistem satu parti ini. UMNO dalam gerak-kerja mereka telah menggabungkan antara nasionalisme dengan sosialisme yang mana seandainya berterusan, ia akan turut menggabungkan elemen komunisme dalam pendekatan mereka. Mengawal badan-badan penguatkuasa dalam menyekat sebaran maklumat kepada rakyat oleh parti pembangkang, membuktikan unsur-unsur komunisme telah dan sedang diamalkan di Malaysia. Mangsa utama mereka ialah orang Melayu yang tinggal di pendalaman yang dilonggokkan dibawah nama FELDA, FELCRA dan RISDA. Inilah kelompok tegar UMNO yang akan dimanipulasi pada setiap pilihanraya melalui sogokkan kotak habuan berjenama ‘Satu Malaysia’. Inilah juga kelompok yang akan menjadi sasaran utama kita untuk meraih kemenangan dalam PRU yang akan datang.

Haji, hajah perlu muhasabah diri.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberiNya kesempatan untuk kita muzakarahkan isu membabitkan ummah. Disini kita ingin membicarakan perihal jemaah haji yang hampir kesemuanya sudah kembali ke tanahair masing-masing selepas menunaikan rukun Islam yang kelima.

Jemaah mengharapkan haji mabrur yang tiada balasannya kecuali syurga. Kemabruran haji (yang diterima Allah swt) inilah yang perlu dipertahankan seseorang haji dan hajah itu sehinggalah dia meninggal dunia. Seseorang 'haji' sewajarnya mengekalkan peranannya sebagai utusan kebenaran dan menjadi model kepada masyarakatnya. Jika berada di Tanah Haram, seseorang itu berusaha mematuhi segala hukum hakam Allah swt termasuk menentang kebathilan sepanjang berada disana, kini dengan kembalinya ke tanah halal (tanahair masing-masing), dia perlu terus istiqamah dalam amalannya.

Sebagai contoh mudah, bagi seseorang muslimah, jika ia boleh menutup aurat sepenuhnya ditanah suci, tiada sebab ia membogelkan kepala dan membuka anggota auratnya yang lain ditanahair. Hukum Allah swt bukan hanya termaktub di tanah suci sahaja, ia digunapakai pada sebarang masa dan dimana-mana seseorang itu berada.

Ingatan kepada 'haji' dan 'hajah' itu tepat pada masanya bagi membolehkan mereka yang telah menunaikan Rukun Islam terakhir, memahami, menjiwai seterusnya mengamalkan segala pengajaran dan falsafah daripada ibadat yang mereka laksanakan itu. Mereka perlu dingatkan bahwa mengamalkan Islam sepenuhnya dan menegakkan segala hukum-hakamnya termasuk hudud menjadi tanggung-jawab setiap Muslim apatahlah lagi mereka yang bergelar 'haji' dan 'hajah'. Jika mahu berpolitik, mereka perlu melakukannya mengikut peraturan Islam yang sudah pasti menolak amalan buruk yang berleluasa sekarang ini seperti mengamalkan assabiyah (perkauman), menipu dalam pilihanraya, rasuah, memfitnah dan merompak harta negara.

Apabila dinyatakan mengamalkan Islam sepenuhnya, ia bermaksud menjadikan al-Quran dan hadis itu sebagai panduan hidup dalam semua bidang kehidupan. Ia bukan sahaja dalam soal ibadat khusus seperti solat dan puasa seperti difahami sesetengah pihak tetapi merangkumi segala-galanya; daripada soal yang dipandang remah temah oleh manusia kepada urusan mengatur masyarakat seperti politik, muamalat dan perundangan.

Ketika berada di tanah suci, jemaah haji diberi nasihat mengenai hukum hakam Islam oleh Kementerian Hal Ehwal Haji dan Wakaf Arab Saudi melalui buku 'Panduan Untuk Jemaah Haji dan Umrah serta Pengunjung Masjid Rasul' yang antara lain menegaskan perkara-perkara yang membatalkan Islam.

Selain syirik iaitu mempersekutukan Allah yang dianggap kesalahan terbesar, turut disenaraikan perkara bathil lain ialah berkeyakinan bahwa petunjuk yang lain daripada Nabi s.a.w. adalah lebih sempurna atau berkeyakinan hukuman yang lain daripada hukuman Nabi s.a.w. lebih baik seperti mereka yang mengamalkan peraturan thaghut (aturan manusia yang melampaui batas dan menyimpang daripada hukum Allah) dan mengetepikan Rasulullah s.a.w. Maka orang berkeyakinan seperti itu adalah kafir.

Sebagai contoh :
a) berkeyakinan bahwa peraturan atau perundangan yang dibuat oleh manusia lebih utama daripada syariat Islam; atau perundangan Islam tidak sesuai dilaksanakan sekarang; atau Islam adalah penyebab kemunduran umat Islam; atau Islam hanya mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja dan bukan urusan kehidupan dunia.
b) berpendapat bahwa melaksanakan hukum Allah seperti melaksanakan hukum hudud, memotong tangan pencuri dan merejam penzina yang sudah berkhawin (muhsan) tidak sesuai lagi pada masa kini.
c) berkeyakinan bahwa dibolehkan untuk mengamalkan perundangan yang lain daripada Syariat yang diturunkan oleh Allah swt samada dalam hukum muamalat (perdagangan) atau dalam melaksanakan hukum hudud (jenayah) atau lainnya sekalipun tidak disertai dengan keyakinan bahwa hukum-hukum tersebut lebih utama daripada Syariat Islam kerana dengan sedemikian, ia telah menghalalkan perkara yang telah diharamkan oleh Allah swt menurut ijmak (kesepakatan) ulama'.


Sumber : Harakah



Rabu, Disember 07, 2011

Penyakit Umat-Umat Dahulu.

hadis akhir zaman, penyakit umat-umat dahulu

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”.

Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?”

Nabi saw. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah; 1. Terlalu banyak seronok, 2. Terlalu mewah, 3. Menghimpun harta sebanyak mungkin, 4. Tipu menipu dalam merebut harta-benda dunia, 5. Saling memarahi, 6. Hasud menghasud sehingga jadi zalim menzalimi”.

Hadis riwayat al-Hakim

Keterangan:

Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat
di kalangan kaum muslimin pada hari ini.

Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing.

Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa-nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah.

Pada ketika itu, hilanglah nilai-nilai akhlak. Senario yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya.

Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah.

Golongan Ruwaibidhah.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang yang khianat akan disuruh memeganh amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan 'Ruwaibidhah'. Sahabat bertanya, 'Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?' Nabi s.a.w. menjawab " Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai".

H.R. Ibnu Majah.

Keterangan :

Zaman yang dimaksudkan adalah zaman ketandusan. Tandus dari segi material, pemikiran dan juga akidah. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan. Orang yang benar tidak diberi peluang untuk bercakap. Yang berpeluang hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-massalah yang dihadapi oleh masyarakat.

Renung-renungkanlah.

Selasa, Disember 06, 2011

TOLONG MELAYU, UMNO SEPERTI PENCURI MENJERIT PENCURI

Umno berjaya mengalih isu kegagalan mereka selama ini membela Melayu di negara ini. Sebaliknya peluru dihalakan kepada Pakatan Rakyat, khususnya DAP yang dianggap menyebabkan orang Melayu tertinggal ke belakang.

Persidangan Agung Umno telah menjadi pesta memaki hamun terhadap pimpinan Pakatan Rakyat supaya perwakilan tidak membincang masalah cincin RM24 juta, projek lembu RM250 juta kepada suami Shahrizat, masalah Datin Seri Rosmah, kepincangan laporan audit negara. Semua isu ini berjaya didiamkan apabila perwakilan dicandukan dengan serangan kepada Pakatan Rakyat.
Bermula daripada ucapan Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika merasmikan Mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri Umno sehinggalah kepada perbahasan perwakilan semuanya membelasah Pakatan Rakyat. Mereka memahami bahawa Umno perlukan undi melayu sahaja, undi bukan Melayu mereka tidak mengharapkan lagi.
Persidangan Agung Umno cuba memutar belitkan fakta kononnya Melayu ketinggalan semuanya angkara DAP. Persoalannya DAP baru sahaja memerintah Pulau Pinang pada 8 Mac 2008. Siapa yang memerintah Pulau Pinang selama ini?
Tindakan Umno menjerit orang lain yang mengkhianat orang Melayu seperti pencuri menjerit pencuri.
Dibawah ini disenaraikan pegkhianatan Umno kepada orang Melayu sebagai “tazkirah” untuk pimpinan Umno yang mudah lupa.
Siapa yang menghalau orang Melayu di di Kampung Plentong Tengah Johor Baharu hampir 290 buah rumah yang ditolak dan dihalau pada 16/10/2009.
Diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan seperti menyekat 118 projek di Kelantan sejak 1991 (Rancangan Malaysia Ke 6). Merompak royalti minyak di Terengganu dan Kelantan sedangkan ini negeri majoriti Melayu.
Siapa yang bertanggungjawab melesap saham Bumiputera daripada RM52 bilion (1984), hanya tinggal RM2 bilion(2005)?
Siapa yang pernah menjual Syarikat BERNAS (Syarikat Beras Negara) dijual kepada syarikat Hong Kong Wan Tak Co. Ltd sebanyak 31.36%.
Umno melesap wang PPRT sebanyak RM32 bilion, Menterinya Datuk Anuar Musa daripada Umno.
Umno khianat kepada pendidikan orang Melayu kerana mengajar Metematik dan Sains dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003. Wang rakyat hangus hampir RM 5 bilion.
Siapa yang menggadai tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995)..
Siapa yang bertanggungjawab terhadap 26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Piai Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
Seluas 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang digadai oleh pemimpin Umno kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar berdekatan lebuhraya.

Ini hanya beberapa contoh sahaja, pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin hopokrit yang menjerit bela Melayu di siang hari di PWTC, tetapi di malam hari merekalah yang berunding menggadai tanah Melayu.



Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat