Bermula dengan sembahyang Jumaat. Kali ini di Felda Bukit Batu. Walaupun tidak termasuk didalam DUN Bukit Permai, tetapi ahli PAS disini mencecah ratusan orang. Sepertimana biasa kami menyediakan minuman percuma kepada jemaah yang hadir, cuma kali ini agak berbeza bukannya air mineral seperti biasa. Alhamdulillah ramai jemaah yang menghargainya. Maklumlah cuaca pun agak panas. Dapat mereka membasahkan tekak dengan air dingin pelbagai perisa.
Sebelah malamnya, usrah umum diadakan dirumah ayahanda Tn Hj Rafie. Lama benar tak berkujung kerumah beliau. Inilah yang dinamakan usrah. Berkunjung sambil bertanya khabar dan merapatkan lagi tali ukhuwah sesama jamaah. Ramai juga sahabat-sahabat Bukir Batu yang hadir pada malam itu. Terdapat juga sekumpulan anak muda yang baru hendak berjinak-jinak dengan PAS, hadir sama. Alhamdulillah. Inilah natijahnya pilihanraya di tangguh-tangguhkan.
Keesukan harinya (Sabtu : 9 Mac 13) program ziarah diteruskan untuk mendekati pengundi. Kali ini rombongan kami ke Kampung Pertanian, Kulai. 10 Keluarga yang sempat kami ziarahi. Dari 10 keluarga tersebut, 8 adalah keluarga baru yang diziarahi termasuk mantan imam kampung tersebut. Sambutan mereka amat baik dan lebih terbuka berbanding dahulu walaupun dirumah masing-masing berkibar megah bendera UMNO dan dacingnya. Seperti kata tuan imam, sampai bila kita hendak dipayungi, sekali sekala hendak juga memayungi yang lain.
Pada sebelah petangnya pula merupakan kemuncak program pada hari itu, iaitu jelajah trailor berkebajikan PAS. Bertempat di tapak letak kereta TJ Mart Saleng, pelbagai acara telah diadakan sempena kehadiran trailor tersebut. Walaupun trailor Kebajikan PAS tidak hadir kerana masalah teknikal yang memaksanya pulang ke Kuala Lumpur, kehadiran trailor UBAH milik DAP telah berjaya menarik perhatian pengunjung.
Kehadiran peserta konvoi bermotosikal, persembahan 'flash mob', pemberian 'goodies' dan belon kepada setiap pengunjung yang hadir, juga telah berjaya mencuri tumpuan orang ramai yang berada dipersekitaran tapak letak kereta TJ Mart. Ucapan para pemimpin dari ketiga-tiga parti pada petang itu sungguh bersemangat sekali. Dengan bertemakan 'Masa Untuk Berubah' rakyat telah diajak untuk melakukan perubahan daalam pilihanraya yang akan datang ini. Laungan perkataan UBAH telah disambut dengan lantang oleh orang ramai yang hadir.
Ternyata rakyat kebanyakkan benar-benar telah bersedia untuk melakukan perubahan kali ini. INI KALILAH, kalimah yang digeruni oleh UMNO dan Barisan Nasional. Kalimah ini telah kedengaran dimana-mana saja dan menjadi ungkapan yang sangat popular terutama dikalangan golongan muda. Patutlah sampai sekarang PM Najib tak berani nak bubar parlimen. Tapi sampai bila........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan