Rabu, September 21, 2011

Masjid Yang Indah.....

Pada minggu kedua Aidil Fitri yang lalu, penulis sempat menunaikan solat Jumaat di Masjid Pulau Melaka di Melaka Raya, Melaka (bukan masjid Tok Guru di Kelantan). Sebuah masjid yang tersergam indah menghadap Selat Melaka, dibina diatas tanah tambak yang dahulunya laut. Begitulah hebatnya akal manusia yang bukan sekadar memenafaatkan tanah bahkan laut yang berperanan menyejukkan bumi.

Itulah kali pertama penulis menjejakkan kaki kerumah Allah ini walaupun seringkali melihatnya apabila melewati pusat metropolitan Melaka Raya. Sebaik melangkahkan kaki keluar bermusafir pagi itu, sudah terpahat dihati ingin menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan. Alhamdulillah niat baik yang dipasang ditunaikan Allah swt.

Apabila kenderaan yang dipandu meluncur memasuki kawasan rumah Allah ini, tidak terpandang pun oleh penulis kawasan rumah kediaman. Apa yang dilihat ialah deretan rumah kedai dan pusat komersil. Setibanya di perkarangan masjid barulah kelihatan rumah kediaman berbentuk 'Appartment' tetapi masih kosong dan tidak berpenghuni. "Datang mana agaknya jemaah semasa solat lima waktu" bisik hati.

Rata-rata jemaah yang datang untuk menunaikan solat Jumaat itu datangnya dari mereka yang bertugas dikawasan persekitaran. Maknanya mereka yang bukan penduduk tetap atau pemastautin sepertimana juga penulis. Para ilmuan perlu melihat relevannya masjid itu didirikan disitu terutama dalam kes mendirikan solat Jumaat. "Ah....biarlah agamawan yang memikirkan pemasalahan itu, yang penting aku sudah berada dipintu masjid untuk menunaikan fardhu Jumaat" begitu kata hati penulis.

Ketibaan penulis disambut dengan laungan azan yang amat merdu oleh muazin masjid. Penulis dapat berada disaf pertama. Suatu kesempatan yang jarang diperolehi apabila tiba pada waktu sedemikian. Khatib yang bertugas sangat hebat dengan bacaan khutbahnya serta pimpinan solatnya. Pendekata Jumaat itu ternyata indah ditambah lagi dengan hembusan angin dari Selat Melaka.

Ketika melangkahkan kaki keluar hendak meninggalkan rumah Allah yang tersergam indah ini, penulis terpandang satu 'banner' yang mempunyai 'content' yang sangat menarik yang tidak pernah dilihat dimana-mana dibumi Malaysia sebelum ini. Isi kandungannya berbunyi :

JAWATAN KOSONG : MAKMUM SOLAT LIMA WAKTU
Kelayakkan : Aqil Baliq Umur : Remaja, Dewasa & Orang tua
Gaji : Pahala bagi setiap langkah menuju ke masjid.
Waktu bertugas : Lima waktu sehari semalam.

Kedengaran kata-kata seorang berpangkat kepada pembantunya "Banner tu bunyi macam perli aje". "Itu maknanya takde orang datang sembahyang lima waktu di masjid ni" kata penulis kepada anak-anak. "Mana ada orang tinggal kat sini ayah" jawab anak. "Itula pasal, yang dia orang buat masjid kat sini buat apa" senda penulis.

Itulah pembangunan yang menjadi hambatan manusia muktahir ini. Yang penting masjid didirikan, soal makmum biar petugas masjid yang dilantik dan dibayar gaji fikirkan. Apakah sebenarnya tujuang agama dalam kehidupan manusia sekarang ini? Apakah dengan mendirikan masjid seperti ini sudah tertunai tuntutan dan kehendak agama? Atau mendirikan masjid kerana 'ada masyuuuuuk'. Wallahu a'lam.

Fikir-fikirkanlah!!!!!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan