Rata-rata generasi hari ini adalah generasi pasca merdeka, yang tidak pernah merasai keperitan perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Negara mencatatkan satu sejarah besar apabila para pemimpin bersusah-payah mengembleng tenaga untuk bersatu dan mengorbankan kepentingan parti-parti mereka demi kemerdekaan. Gabungan Barisan Nasional yang terhasil masa itu telah memberi harapan baru kepada rakyat.Namun, pada tahun 1978, disebabkan rasa curiga khususnya di kalangan UMNO terhadap perkembangan PAS menyebabkan akhirnya PAS ditendang keluar.
Akibatnya PAS hilang pengaruh, hilang rakan seperjuangan dan hanya memenangi satu kerusi parlimen oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Era tersebut telah menjadi sejarah negara, namun begitu ia tiada disebut dalam mana-mana buku sejarah yang diajar di sekolah.
Kita banyak menyembunyikan fakta sejarah kecuali yang menyebelahi pihak parti pemerintah. Sehinggakan fakta kemenangan PAS di Terengganu seolah-olah dibuang dalam sejarah Terengganu. Kenapa kita tidak jujur dalam ilmu, sehinggakan akhirnya rakyat sedar mereka telah dibohongi sejarah?
Kini, dalam rakyat kita sudah wujud satu generasi baru yang bebas berfikir, bebas mendapat maklumat dan mengetahui fakta sebenar. Disebabkan itu, kerajaan tidak seharusnya melayan rakyat seperti di era 1980-an walaupun radio nasional cuba mengembalikan nostalgia lama.
Rakyat yang menyedari mereka ditipu di Felda bertahun-tahun, kini mula bangkit menyaman Felda – bahkan mereka sudah memenangi beberapa kes terhadap organisasi yang seharusnya menjaga kebajikan mereka. Kerajaan tidak sepatutnya menuduh para peneroka ini sebagai tidak mengenang jasa. Kerajaan seharusnya memperbetulkan sistem yang menindas mereka dan bertindak adil terhadap peluh jerih mereka. Ingatlah, mereka bukan pemberontak, mereka hanya sekadar ingin menuntut kembali hak yang dirompak daripada mereka.
Sayangnya, kerajaan yang kita ada hari ini masih berfikiran lama menyebabkan jurang pendapatan rakyat semakin melebar.
Di saat syarikat-syarikat besar dengan bangga membentangkan keuntungan berbilion ringgit, rakyat pula melihat kehidupan mereka semakin terhimpit. Tarif elektrik semakin naik, tambang haji semakin tinggi, harga minyak semakin meningkat dan kenaikan kadar inflasi sangat ketara dirasai rakyat. Kerajaan hanya melihat angka di atas kertas, tetapi bagi rakyat menghitung setiap sen dan ringgit yang terpaksa mereka belanjakan, mereka betul-betul berasa perit.
Di saat rakyat mencengkam perut, pemimpin mempamerkan kemewahan hidup dengan barangan berjenama. Kunjungan pemimpin ke kampung dengan janji bulan dan bintang, rakyat miskin terpesona dengan ucapan – tapi seperti kebiasaannya janji pemimpin kerajaan hanya tinggal janji. Asalkan mereka sanggup mendengar dan menerima penerangan parti pemerintah bulat-bulat tanpa soal, mereka dianggap rakyat jelata. Kalaulah, kerana kesempitan hidup, mereka terpaksa berhimpun membantah kenaikan harga barang, maka hilangkan status mereka sebagai rakyat jelata parti pemerintah - mereka akan dicop rakyat pro pembangkang yang tidak harus dibantu.
Apabila mereka bantah kenaikan tol dan saman ekor, rakyat jelata yang terpesona dengan ucapan dan janji parti pemerintah tadi akan dicemuh sebagai golongan yang melanggar undang-undang.
Kini, apabila mereka berani untuk berhimpun menuntut sesuatu yang lebih besar dari keperluan hidup mereka iaitu satu sistem pilihanraya yang lebih adil dan bersih demi masa depan anak-anak dan cucu-cucu mereka, mereka terus dicop sebagai peserta perhimpunan haram yang patut ditembah dengan air asid dan pemedih gas mata atas dakwaan cuba menjatuhkan kerajaan.
Saat ini, semua yang dilakukan kerajaan, dikatakan semuanya betul - dan semua yang dilakukan rakyat salah belaka. Kerajaan kini, seperti slogan ‘Malaysia Boleh’ – berani lakukan apa sahaja semata-mata demi kuasa dan kerana mereka menguasai media. Tapi, beringatlah kerajaan bahawa pada hari ini semakin banyak rakyat yang tidak mempercayai media perdana!
Rasa tidak puas hati rakyat semakin melebar… dan mereka sayangkan negara – tetapi jangan pula kerajaan salah anggap – sayang negara mereka bermaksud sayang kerajaan pemerintah. Pada saat mereka sayang negara, mereka juga benci pemimpin yang ego, sombong, tamak, rakus dan zalim.
Rakyat tidak akan khianat kalau kekayaan negara ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Janganlah lagi kerajaan cuba berbohong kepada rakyat yang bermaklumat. Janganlah lagi anggap rakyat ini bodoh dan boleh terus dibodohkan – dengan adanya maklumat, mereka menjadi lebih cerdik daripada yang anda sangkakan.
Tanyalah pegawai kerajaan tentang pendapatan mereka berbanding kos hidup mereka.Tanyalah keluhan rakyat miskin di desa dengan segala kepayahan mereka. Kerajaan tidak perlu keluar statistik bantuan kebajikan masyarakat – mereka yang susah ini bukan nak dengar semua itu.
Mereka dukacita kerana sebagai rakyat Malaysia yang menjadi pengeksport utama minyak sawit, getah dan dilimpahi bahan galian - minyak, gas, emas, bijih, arang batu, bijih besi dan seribu sumber, mereka masih dihimpit kehidupan walaupun jumlah rakyat tidak ramai. Wahai kerajaan, dengarlah rintihan rakyat dan terimalah hakikat.
Jangan tunggu sehingga rakyat menghukum di dalam pilihanraya - atau melalui jalan himpunan protes kerana pada masa itu mereka sudahpun hilang kepercayaan kepada kerajaan yang ada.
Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
Assalamualaikum Dato`, apa yang Dato` paparkan di atas memang ada betulnya, tetapi sebenarnya apa yang Dato` sebutkan itu merupakan kelemahan ke atas parti pembangkang yang sedang Dato` terajui hari ini. Sebenarnya bukan PAS ditendang keluar dari UMNO/BN tetapi PAS sendiri yang keluar dari pakatan tersebut kerana kalahnya pertandingan Dato` Fuad kepada Tunku Abd Rahman. Dato Fuad keluar dan menubuhkan Pan Islamic Party yg telah di lulus daftarkan oleh Mr Rajendran dengan nombor pendaftaran 703, atas dasar tidak dapat menerima kekalahan PAS.Kalau benarlah peneroka merasa tertipu oleh Felda, kenapa bertahun-tahun masih tinggal dalam felda ni....sepatutnya mereka keluar je dari felda dan dedahkan penipuan itu. Walhal selama ini Felda telah banyak membantu peneroka dengan berbagai kaedah bantuan. Sebaliknya apa yang PAS telah tabur jasa kepada masyarakat felda melainkan janji demi janji yang merupakan manifesto pilihanraya yang tak pernah tertunaikan. Dato` Ustaz Ibrahim Tuan Man, isteri ustaz pun seorang guru yang menerima gaji dari kerajaan. Anak Tuan Ibrahim bekerja di UiTM, pernah menerika didikan disekolah bantuan kerajaan, jadi mengapakah jadi begitu. Kalau betullah apa yg dibuat kerasjaan tu salah.....jangan terima lagi jawatan dalam kerajaan.....jadilah pembangkang tegar.Tidak semua pemimpin dlm BN/UMNO tu seburuk yg Dato citerkan.....kenapa sebab dik nyamuk sekor, kelambu dibakar. kenapa benci nakhoda, bahtera ditenggelamkan....
BalasPadamAssalamualaikum Dato`, apa yang Dato` paparkan di atas memang ada betulnya, tetapi sebenarnya apa yang Dato` sebutkan itu merupakan kelemahan ke atas parti pembangkang yang sedang Dato` terajui hari ini. Sebenarnya bukan PAS ditendang keluar dari UMNO/BN tetapi PAS sendiri yang keluar dari pakatan tersebut kerana kalahnya pertandingan Dato` Fuad kepada Tunku Abd Rahman. Dato Fuad keluar dan menubuhkan Pan Islamic Party yg telah di lulus daftarkan oleh Mr Rajendran dengan nombor pendaftaran 703, atas dasar tidak dapat menerima kekalahan PAS.Kalau benarlah peneroka merasa tertipu oleh Felda, kenapa bertahun-tahun masih tinggal dalam felda ni....sepatutnya mereka keluar je dari felda dan dedahkan penipuan itu. Walhal selama ini Felda telah banyak membantu peneroka dengan berbagai kaedah bantuan. Sebaliknya apa yang PAS telah tabur jasa kepada masyarakat felda melainkan janji demi janji yang merupakan manifesto pilihanraya yang tak pernah tertunaikan. Dato` Ustaz Ibrahim Tuan Man, isteri ustaz pun seorang guru yang menerima gaji dari kerajaan. Anak Tuan Ibrahim bekerja di UiTM, pernah menerika didikan disekolah bantuan kerajaan, jadi mengapakah jadi begitu. Kalau betullah apa yg dibuat kerasjaan tu salah.....jangan terima lagi jawatan dalam kerajaan.....jadilah pembangkang tegar.Tidak semua pemimpin dlm BN/UMNO tu seburuk yg Dato citerkan.....kenapa sebab dik nyamuk sekor, kelambu dibakar. kenapa benci nakhoda, bahtera ditenggelamkan....
BalasPadam