Ahad, April 19, 2009

Demokrasi Ala Malaysia

Hasrat DPP Kulai untuk menganjurkan ceramah penerangan oleh Ust. Idris Ahmad AJK PAS Pusat bersama Sdr. Mazlan Aliman tidak kesampaian akibat gangguan daripada pihak berkuasa POLIS. POLIS yang menjalankan tugas mereka seperti yang diarah telah mengemukakan alasan
  1. pihak Felda buat halangan atas permohonan.
  2. penolakkan oleh penduduk Felda Taib Andak.
  3. faktor keselamatan.
Inilah amalan politik sempit UMNO yang terus memperkuda intitusi kepolisan negara. Dengan pelbagai isu dan penyelewengan yang dibangkitkan oleh Sdr. Mazlan sebagai Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka (ANAK) mengenai Felda muktahir ini membuatkan mereka berasa gerun untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat ditambah lagi dengan kekalahan hatrik yang dialami di PRK. Mereka takut penduduk di Felda Taib Andak akan didedahkan dengan segala kepincangan pihak pengurusan Felda seperti yang terkandung didalam buku beliau Felda Dulu Tolong Sekarang Along. Sikap menikus ini membuatkan UMNO memperalatkan POLIS untuk menyekat ceramah PAS. Ini sangat bertentangan dengan perlembagaan negara yang membenarkan hak untuk berhimpun dan bersuara.

Perkara 10 dalam Perlembagaan Negara mengenai kebebasan bercakap, berhimpun dan berpesatuan dengan jelas menyebut :
a) tiap-tiap warganegara berhak kepada bercakap dan bersuara.
b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata.
c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

Mainan taktik kotor UMNO yang kembali ke order lama telah menyaksikan semula kekangan era reformasi 1999 disuburkan kembali. UMNO yang dilanda sindrom penafian (Denying Syndrom) masih berpolitik cara lama dengan menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat yang mereka fikir akan memberi impak yang besar dalam PRU seperti yang berlaku pada tahun 2004. Mereka lupa bahwa rakyat yang semakin celik dan cerdik sudah tidak berpegang pada media-media arus perdana semata-mata untuk mendapatkan maklumat. Kecanggihan sistem maklumat yang terkini membuatkan berita-berita daripada saluran alternatif lebih diminati. Perkara ini terbukti dalam PRK yang lepas telah menyaksikan mereka tersungkur dengan mainan propaganda berita melalui media yang mereka kuasai.

Sama-sama kita berdoa mudah-mudahan dengan kembalinya order lama dalam permainan politik UMNO akan mempercepatkan lagi proses kejatuhan dan kehancuran mereka. Insya'allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan