Jumaat, Jun 08, 2012

Pembinaan rumah Mak Teh di Felda Taib Andak, Kulai.

Mak Teh, seorang ibu tunggal, warga emas bersama-sama dengan anak-anak yang kurang upaya, amat memerlukan bantuan daripada insan-insan yang prihatin. Berita mengenainya pernah tersiar di akhbar setahun lalu atas keperihatinan PAS Kawasan Kulai. Usaha murni ini telah diwar-warkan sekali lagi kepada masyarakat setempat ketika sambutan Hari Raya PAS Kawasan yang turut dihadiri oleh YB Salehudin Ayub, Naib Presiden PAS Pusat. Sejak itu usaha untuk mengumpul dana bagi pembinaan rumah Mak Teh terus digiatkan.

Alhamdulillah, berkat usaha dan kegigihan para warga kerja PAS Kulai, hasrat murni ini akan dilaksanakan. Pada tanggal 10 Jun 2012 (Hari Ahad), rumah warga emas ini akan melalui proses pembinaan semula dan akan berwajah baru selepas itu. Insya'allah kami menjangkakan rumah ini akan siap untuk diduduki sebelum menjelang Aidil Fitri tahun ini.

Kepada seluruh insan yang prihatin dan ingin melabur didalam saham akhirat dalam bentuk sedekah jariah, kami sangat mengalu-alukannya. Anda boleh berbuat demikian melalui akaun kami MBB 551100701033 dengan memaklumkan kepada bendahari PAS Kawasan melalui talian 013-7656136.

Kepada mereka yang telah menyumbang kami ucapkan Jazakallah Khairan Kasira.

Kepada seluruh warga PAS Kulai, anda diminta turun beramai-ramai pada tarikh tersebut untuk membantu.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan