Majlis Konvokesyen ILHAM sessi 2009 telah disempurnakan dengan jayanya oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd. Hadi Awang, Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 6 Rabiulawal 1431H bersamaan 20 Februari 2010, di Ball Room TJ Mart Saleng, Kulai, Johor. Seramai 30 orang graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian Diploma Kepimpinan Islam menerima sijil masing-masing daripada YB Tuan Guru. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dr. Asiah Ali selaku Pengerusi ILHAM Pusat.
Pengerusi ILHAM Negeri Johor, Al-Fadhil Ustaz Atan Gombang didalam sekapur sirehnya mengharapkan kepada para garduan yang berjaya agar dapat memenafaatkan ilmu yang diperolehi dengan menyumbang dan berkhidmat kepada masyarakat khususnya kepada perjuangan PAS. Beliau menyeru kepada pimpinan dan ahli PAS yang belum memiliki Diploma Kepimpinan Islam agar segera berbuat demikian.
Dr Asiah Ali berkomentar, dalam usaha mengisi ilmu dan mempertingkatkan tarbiah ahli, PAS telah menubuhkan Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiah (ILHAM) sebagai alternatif pendidikan Islam secara formal dalam PAS. Sesungguhnya budaya pendidikan ilmu, kesedaran dan iltizam dalam menghadirkan diri dalam sebuah gerakan Islam seperti PAS mestilah dijadikan budaya kerja yang serius.
PAS Kawasan Kulai yang menjadi tuan rumah kepada majlis konvokesyen kali ini mengucapkan tahniah kepada semua graduan yang telah berjaya. Semoga ilmu yang ditimba akan dapat membantu perjuangan Islam di tanahair kita.
TAKBIR!

YB Dato' Seri Tuan Guru menegaskan sesungguhnya ilmu didalam perjuangan Islam itu satu perkara yang sangat penting dan PAS sebagai sebuah badan yang sinonim dengan ilmu. Sepanjang ucapannya, beliau telah menggesa setiap ahli PAS agar memperlengkapkan diri dengan ilmu bagi berhadapan dengan cabaran yang semakin mencabar.
PAS Kawasan Kulai yang menjadi tuan rumah kepada majlis konvokesyen kali ini mengucapkan tahniah kepada semua graduan yang telah berjaya. Semoga ilmu yang ditimba akan dapat membantu perjuangan Islam di tanahair kita.
TAKBIR!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan