Isnin, Mac 18, 2013

Ribuan Banjiri Jamuan Rakyat Di Kulaijaya.

Posted by Nusajaya Kini on 16 Mac 2013.

KULAIJAYA:Ribuan masyarakat sekitar hadir ke majlis jamuan rakyat anjuran PAS Kawasan Kulaijaya pada hari ini. Majlis yang dihadiri oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ini menerima sambutan yang cukup menggalakkan. 
Turut hadir dalam majlis jamuan rakyat ini adalah Dato' Dr. Mahfodz Mohamed selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, YB Salahuddin Ayub selaku Naib Presiden PAS, Datuk Mustapha Ali selaku Setiausaha Agung PAS, YB Anthony Loke selaku Setiausaha Organisasi DAP, YB Dr Boo Cheng Hau selaku Pengerusi DAP Negeri Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng selaku Pengerusi PKR Negeri Johor.
Dalam sidang media yang diadakan, Presiden PAS mengatakan bahawa negeri Johor mempunyai potensi yang sangat besar untuk dimenangi oleh Pakatan Rakyat. 
"Pakatan Rakyat telah berjaya menembusi negeri Johor pada PRU-12 pada 2008 yang lalu dengan memenangi beberapa buah kerusi ".
"Undi populariti kita juga sangat besar yang menyakinkan lagi Pakatan Rakyat untuk memenangi beberapa dewan undangan negeri dan parlimen di negeri Johor ini. Tambahan lagi, sambutan rakyat negeri Johor terhadap Pakatan Rakyat sangat memberangsangkan", tegas beliau lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan