Isnin, Mac 04, 2013

Gerakerja PRU N50 Bukit Permai.

Bermula dengan solat Jumaat di Sedenak, gerakerja PRU diteruskan sehingga ke malam Ahad 3 Mac 2013. Dengan jadual yang padat buat bakal calon, para petugas mengorak langkah bagi menawan DUN ini untuk PAS dalam PRU yang mendatang. Solat Jumaat di Sedenak diisi dengan edaran air mineral dan akhbar Harakah kepada para jemaah. Ada juga yang bising-bising apabila mengetahui yang membuat edaran itu datang dari PAS Kulai. Biasalah, kumpulan saluran satu memang susah nak menerima perubahan. Tetapi kelompok saluran tiga dan seterusnya yang mewakili golongan muda lebih terbuka. Harakah yang diberi percuma tidak sampai 10 minit habis semuanya. Ada juga bersungut kerana tak dapat.

Selesai disitu kami bersama wartawan Harakah wilayah selatan berkunjung kerana rumah Pak Wahab di Kg. Pisang, Bukit Batu yang tidak mendapat bekalan air bersih selama lebih 20 tahun. Tujuan kami ialah hendak mengetahui status permohonan 9 keluarga disitu disamping menyiarkan berita tersebut di akhbar Harakah pula. Menurut Pak Wahab, pihak pejabat daerah telah memberi jaminan masalah 9 keluarga disitu akan diselesaikan dalam bulan tiga (Mac) ini. Setakat mana kesahihan janji tersebut tidak diketahui kerana janji serupa pernah diberikan sejak dahulu lagi. Kini mereka berjanji lagi. Harap-harap kali ini janji tersebut ditepati seperti slogan yang berkumandang setiap hari di media ketika ini. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat.

Gerakerja diteruskan dengan mengadakan lawatan kebajikan ke Felda Bukit Permai dan Kg Murni Jaya. Bermula jam 9.00pg, para petugas mula bergerak dan berkumpul di bilik gerakan UPU Bukit Permai. Sebanyak 20 buah keluarga telah disenaraikan. 10 di Felda Bukit Permai dan 10 lagi di Kg Murni Jaya. Sambutannya amat memberangsangkan walaupun terdapat satu keluarga enggan menerima bantuan dari kami, selebihnya alhamdulillah. Kehadiran kami disambut dengan baik dan mesra disamping ucapan terimakasih yang tak terhingga. Kami meninggalkan rumah yang diziarahi dengan melekatkan poster sebagai tanda rumah ini pernah dikunjungi untuk tujuan ziarah selanjutnya. Insya'allah.

Pada sebelah malamnya, satu ceramh umum telah diadakn di PASTI al-Hikmah, Bandar Putra anjuran Dewan Pemuda bersempena dengan program jelajah pemuda yang singgah di Kulai pada 2 Mac 2013. Antara penceramah yang diundang ialah wakil daripada DAP dan PKR.

Keesukan harinya (Ahad), pertugas terpaksa dibahagikan kepada beberapa aktiviti yang telah siap diatur. Dewan pemuda mengadakan ceramah 'Hit and Run' di tapak Pasar Tani, Flat Temenggung di Taman Indahpura. Selain itu mereka telah mengedarkan risalah kepada pengunjung. Selesai disitu mereka mula bergerak ke Kg. Air Manis untuk menebang buluh untuk dijadikan tiang bendera. Banyak juga yang mereka perolehi. Kalau setakat hendak menghiasi Bandar Kulai dengan bendera PAS, ia pasti akan meriah.

JPRK menyambung dengan tugasnya dengan meneruskan gerakerja 'calling center' bersama beberapa orang pelajar yang telah dimulakan pada hari Sabtu. Tumpuan masih lagi pada pengundi Melayu yang didalam lingkaran umur 21 hingga 40 tahun. Setakat ini kesemua pengundi di Kg Pertanian dan Kg Murni Jaya telah berjaya dihubungi disamping sebahagian di Kg Rahmat.  Tugas ini akan diteruskan disetiap hujung minggu bagi mendapatkan maklumat status pengundi.

Jawatankuasa Bilik Gerakan JPRK pula mengadakan lawatan kesetiap bilik gerakan bersama AJK DAP Parlimen Kulai. Bermula di Felda Bukit Permai, kami bergerak ke Sedenak Utara dan Selatan, kemudian ke Taman Manis, Felda Inas, bilik gerakan utama di Taman Mewah, Felda Taib Andak dan berakhir di bilik operasi di Bandar Putra. Lawatan ini bertujuan menjalin kerjasama dalam Pakatan Rakyat bagi mempermudah dan memperkemas lagi jentera parti sebagai persediaan yang ampuh menghadapi PRU.

Kemuncak program 3 hari ialah ceramah Pakatan Rakyat di UPU Kg Rahmat bertempat di Taman Manis. Antara tokoh yang berucap ialah YB Salehudin Ayub, YB Dr. Boo Cheng Hau dan Sdr. Mazlan Aliman. Kerjasama erat Pakatan Rakyat telah menyaksikan buat julung kalinya ceramah di Taman Manis dihadiri hampir 1000 orang yang terdiri dari kaum Cina, India dan Melayu. Selain itu terdapat juga rakan-rakan dari UMNO yang turut hadir pada malam tersebut. Sekumpulan masyarakat Cina dari Jln Tan Yoke Fong, Kulai telah menyerahkan memorandum kepada YB Salehudin dan YB Dr Boo mengenai status tanah kediaman mereka yang telah dipohon sekian lama. Mereka mengharapkan para pimpinan PR dapat menyelesaikan masalah mereka sekiranya berjaya menawan Nusajaya.

Begitulah harapan rakyat. Mereka sudah lama dahagakan satu kerajaan yang berjiwa rakyat yang memahami denyut nadi mereka. Satu kerajaan yang telus dan bersih serta sentiasa bersedia mendengar derita rakyat. Inilah harapan golongan marhain : PAKATAN HARAPAN RAKYAT.

Gambar-gambar sekitar program :

Calling Centre sedang beroperasi.
DPP : Hit n Run dan edaran risalah di Pasar Tani Kulai.

Persediaan bagi menaikkan syiar.
Ziarah UPU bersama DAP Kulai.
Ziarah kebajikan.

Ceramah di Taman Manis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan