Jumaat, Mac 08, 2013

BN semakin terdesak.

Malam tadi penulis berkesempatan menghabiskan masa bersama keluarga kerana tiada program parti yang melibatkan pimpinan. Ada jugalah program tetapi hanya peringkat Dewan Pemuda dan juga cawangan. Mukhtahir ini jarang penulis dapat bersama keluarga diwaktu perdana seumpama ini, kerana kalau tidak kerana program parti, penulis akan berada disurau sekitar bandar Kulai memberi kuliah sekadar termampu. Beginilah pengisian masa yang dilalui setiap hari. Hampir setiap minggu dipenuhi dengan program.

Kesempatan yang ada telah digunakan untuk menonton berita TV Singapura, saluran Suria jam 8.00 malam. Lama benar tak menonton berita diwaktu perdana. Siaran pilihan kami ialah TV Singapura. TV3, TV1, TV2 dan lain-lain saluran TV Malaysia slot berita, jarang kami tonton bahkan dah lama tak buka. Bukan tak suka tapi meluat dan menyampah. TV Al-Hijrah dan NTV 7, masih boleh juga kami terima, tapi tidak yang lain. Maka TV Singapuralah menjadi pilihan utama. Itulah untungnya orang Johor. Ada juga pilihan berita.

Tengah asyik menonotn bagaimana ahli parlimen di Kota Singa tersebut berbahas tentang kadar pertambahan masyarakat Melayu disana, tiba-tiba telefon bimbit penulis berbunyi. Paparan nombor menunjukkan bukan nombor biasa. Ia datang dari seseorang yang tidak dikenali. Biasanya nombor begini jarang yang penulis jawab. Maklumlah.....tapi kali ini kuat naluri penulis menggesa agar dijawab panggilan tersebut. Panggilan tersebut datangnya daripada seorang yang berbangsa Cina yang mengenalkan dirinya sebagai Mr Ng.

 "Saya kenal awak dan kalau awak tengok saya, awak mesti kenal. Nama saya Ng" dia memulakan bicara. Lantas saya membalas "Apa hal Mr Ng. Apa yang boleh saya tolong". "Saya sekarang ada depan kedai motor dekat Taman Puteri sebelah gerai MPKu. Depan saya ada satu banner Undilah Barisan Nasional. Ini sudah kira haram" beliau berkata dengan nada yang marah. "Mana boleh ini macam. Kalau you naikkan you punya banner ini macam, tentu dia orang buang. You datang sini tengok" tegas beliau.

Penulis berjanji kepadanya akan kesana tetapi lewat sikit (selepas solat isya'). "Tak apa saya tunggu" beliau membalas. Selesai solat, penulis pun bergegas ketempat yang dimaksudkan. Kelihatan Sdr. Andrew daripada PKR telah sedia menunggu. Mr Ng ini ialah pendengar setia ceramah PAS pada setiap kali diadakan terutamanya di Bandar Putra. Penulis pun merakamkan beberapa keping gambar sebagai bukti untuk didedahkan dimedia-media sosial. Ini sahaja saluran yang kita ada. Kalau dilaporkan kepada akhbar, belum tentu disiarkan.

Persoalannya ialah, SPR menetapkan semua lambang parti atau bahan kempen tidak boleh dinaikkan sehinggalah parlimen dibubarkan. UBN buat negara ni macam milik keluarga mereka. Simbol parti mereka telah dinaikkan dimerata tempat di Bandar Kulaijaya. Bahkan di setiap tiang lampu, terpacak bendera BN. Kita tak sibuk pun sebab dah tahu perangai mereka yang selalu melanggar peraturan yang mereka buat. Tetapi menaikkan bahan kempen seperti ini, pada pendapat penulis sudah keterlaluan. Ini menggambarkan bagaimana terdesaknya mereka ini hendak mengekalkan kuasa. Banyak dah kita lalui pilihanraya, tapi kali ini ternyata benar-benar berbeza daripada biasa. Takut benar nampaknya.

Kepada pihak berkuasa tempatan, berlaku adilah kepada semua parti yang bakala bertanding. Ingat gaji yang diterima dibayar oleh Kerajaan Malaysia bukannya Barisan Nasional. Kerajaan adalah milik rakyat dan sumber pendapatan kerajaan ada datangnya dari cukai yang dikutip daripada rakyat. Berlaku profesionallah.
Jangan jadi kuda tunggangan UMNO dan Barisan Nasional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan