Selasa, Januari 22, 2013

Pelancaran Bulan Cinta Rasulullah s.a.w.

PAS Kawasan Kulai telah mengadakan program tersebut pada 07 Rabiulawal 1434H bersamaan 19 Jan 2013M di Felda Bukit Permai. Pelancaran telah disempurnakan oleh Sdr. Mazlan Aliman selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor merangkap Presiden ANAK. Serentak dengan itu satu program gerak tumpu DUN juga telah diadakan dengan beberapa program seperti :


  1. Ziarah
  2. Rawatan Darul Syifa'
  3. Yassin Muslimat
  4. Tazkirah
Semua program telah berlangsung didua lokaliti iaitu Felda Bukit Permai dan Kg. Murni Jaya. Gotong-royong mengecat rumah tidak dapat dilaksanakan kerana hujan turun disepanjang hari. Walaubagaimanapun ia tetap akan diadakan pada masa yang akan ditentukan kelak.

Kemumcak kepada program sehari di UPU Bukit Permai dan Murni Jaya ialah penampilan istimewa penyanyi Iwan Dangdut. Sambil bercerita mengenai pengalamannya berhijrah, beliau telah mendendangkan 5 buah lagu terbarunya yang berunsurkan ketuhanan dan dakwah. Walaupun hujan dari pagi hingga ke malam, ramai juga yang datang untuk melihat persembahan Iwan pada malam itu.

Sebelum program ini berlangsung, pelbagai tekanan telah diberikan oleh UMNO Cawangan khususnya dari Kg. Murni Jaya. Tidak cukup dengan poster yang ditampal dikoyakkan, banner yang digantung telah dicarik-carik. Sebelum itu, seorang penduduk di kampung yang sama telah diugut oleh ketua JKKK dan Ketu Pemuda UMNO Cawangan, agar jangan membenarkan pemuda-pemuda PAS datang mengecat rumah beliau.

Inilah sikap tidak bertamadhun yang ditunjukkan oleh pimpinan UMNO setempat yang mula merasakan kedudukan mereka tergugat. Sejak kejadian membakar bendera PAS dan menyuruh penerima bantuan beg sekolah daripada PAS agar membakar beg yang diberi, semakin ramai pemuda kampung berkenaan mendekati PAS. Apabila berita 78 orang samseng UMNO menyertai PAS tersebar kini semakin ramai yang telah mengisi borang PAS untuk menjadi ahli. Maklumat terakhir yang diterima ialah sekitar 130 orang telah pun mengisi borang keahlian yang kebanyakkannya daripada anak muda.

Inilah yang amat menggerunkan mereka sehingga bertindak diluar batas pemikiran manusia yang normal. Syabas diucapkan kepada jentera PAS di dua UPU berkenaan kerana telah bertindak secara profesional dan tidak menimbulkan sebarang kekecuhan. Masyarakat kini bukan seperti dahulu. Mereka kini bijak untuk menilai dan seterusnya tahu siapa yang sebenarnya layak untuk dipilih sebagai pemimpin.
 KESIAN UMNO


Tiada ulasan:

Catat Ulasan