Rabu, Januari 30, 2013

PAS bersin UMNO buat kerja

18 Januari yang lalu, penulis bersama Sdr. Mazlan Aliman telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Felda Bukit Permai. Selesai solat kami berkunjung ke Kg. Sg Sayong di Murni Jaya bagi meninjau masalah penduduk. Rumah yang kami kunjungi tidak mempunyai jalan masuk. Jalan yang digunakan sekarang ialah jalan kebun yang dibina diatas tanah orang.

Dua orang penghuni yang tinggal disitu mengadu, bahwa sebelum ini pihak kerajaan ada membina sebatang jalan menuju kerumah mereka. Tapi projek itu terhenti begitu sahaja tanpa sebarang penjelasan diberikan. Semua kemudahan utiliti seperti paip air dan tiang letrik menggunakan jalan yang tidak siap itu. Perkara ini telah berlarutan selama beberapa tahun. Ketika kunjungan kami, masalah tersebut masih belum berakhir walaupun telah diadukan beberapa kali dan beberapa kali juga jawapan serupa diberikan tanpa sebarang penyelesaian.

Dismping itu terdapat juga sebuah rumah yang agak daif dan uzur. PAS Kulai bercadang untuk memperbaiki rumah tersebut dan mengecat semula agar kelihatan lebih eluk. Kerja tersebut tergendala akibat hujan yang turun tanpa henti ketika program gerak tumpu di UPU Bukit Permai dan Murni Jaya pada 19 Januari yang lalu. 




Itulah aturan Allah. Kita merancang Allah menetukan. Rupa-rupanya kegagalan itu besar hikmahnya. Semasa lawatan penulis ke UPU Bukit Permai pada 26 Januari lalu, terserempak dengan beberapa kenderaan yang dipasang bendera UMNO / BN. Mereka baru balik dari Kg. Murni Jaya. Penulis diberitahu oleh sahabat-sahabat Bukit Permai dan Murni Jaya, UMNO Kulai ke Kg Sg Sayong menggantikan bumbung rumah yang kami ziarah. Alhamdulillah. Itu baru sikit..... acah-acah aje...... belum betul-betul. Seram sejuk UMNO dibuatnya apabila PAS turun kesana. Benar kata YB Sallehudin "Makin kuat PAS makin untung orang Melayu"

ITU BARU BERSIN......BELUM BERDEHEM.......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan