Selasa, Januari 08, 2013

20 Tahun Tanpa Air Bersih

Setelah lawatan Pakatan Rakyat Kulai ke Kampung Pisang, Bukit Batu, berita mengenainya telah keluar didalam akhbar berbahasa Cina keesukkan harinya. Memang sengaja kami bawa akhbar Cina untuk datang membuat liputan kerana selama ini masalah penduduk kampung tersebut pernah disiarkan oleh Harian Metro dan Sinar Harian, tetapi tiada perhatian daripada pihak yang berwajib. Maka kami sepakat membawa akhbar Cina kerana wakil rakyat bagi DUN Bukit Batu ialah daripada Parti Gerakan yang merupakan salah satu dari kompenen Barisan Nasional.

Telahan kami tepat. Setelah berita mengenainya tersiar diakhbar, wakil rakyat pun datang pada sebelah petangnya. Kononnya dia marah keluarga En Wahab kerana tidak berterima kasih kepada kerajaan hingga sanggup mengadu kepada pembangkang. Berita ini disampaikan sendiri oleh anaknya kepada Kaunter Aduan yang PAS Kulai sediakan semasa ceramah Tan Sri Kader Sheikh Fadzir pada 6 Jan 13 di PASTI Bandar Putra.

Beginilah nasib rakyat bawahan. Masalah yang dihadapi selama 20 tahun tidak diambil peduli, apabila mengadu kepada pihak lain dikata tidak berterima kasih. Inilah sikap pemimpin Barisan Nasional yang tidak henti-henti mendera rakyat. Mana pergi slogan 'Rakyat Didahulukan', slogan yang indah khabar dari rupa. En Wahab semasa pertemuan dengan kami telah mengatakan ayat yang sama. "Kata aje rakyat didahulukan, tapi susah kami langsung tidak diambil peduli" katanya. "Bukan setakat setahun dua, tapi dah 20 tahun" tambahnya lagi dengan nada kecewa.

PAS Kulai amat bersimpati dengan nasib yang ditanggung oleh keluarga En Wahab dan juga keluarga lain yang ada disekitarnya. Sebagai tindakan susulan kepada permasalahan ini, satu surat rasmi akan dihantar ke Pejabat Daerah Kulaijaya dan SAJ untuk mendapatkan jawapan sebenar apa sebenarnya yang telah berlaku. Kemana perginya peruntukkan kerajaan yang sepatuutnya telah disalurkan kepada penduduk kampung ini. Persoalan ini ditimbulkan kerana kemudahan infrastruktur seperti jalan kampung dan letrik telah dibekalkan. Tambah lagi kedudukan kampung ini bukanlah terpencil sangat sehingga memerlukan peruntukkan berbilion-bilion ringgit untuk memasang paip air. En Wahab dan keluarganya merupakan penyokong tegar UMNO/BN disetiap kali pilihanraya. Tapi inilah nasib yang menimpa mereka. Tidak tahan dengan penderitaan yang ditanggung, maka ia mengadu kepada Pakatan Rakyat.

Insya'allah, sebagai sebuah parti yang mengambil berat tentang permasalahan rakyat, PAS akan membawa perkara ini kepada phak yang berwajib. Bahkan kami bersedia untuk membawa keluarga yang terbabit untuk bertemu dengan Pegawai Daerah Kulaijaya untuk mencari jalan penyelesaian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan