Pada suatu hari Muawiyah bin Abu Sufian telah keluar melihat suatu halaqah ilmu di dalam masjid, maka ia bertanya : "Apakah kegiatan kamu ini?"
Mereka menjawab : "Kami duduk untuk menzikiri Allah".Muawiyah bertanya lagi : "Allah! Tiadalah kamu duduk melainkan untuk itu sahaja?"
Mereka menjawab : "Demi Allah swt, tiadalah kami duduk selain untuk itu sahaja".
Muawiyah menyambung : "Ketahuilah, sesungguhnya saya sudah menyangka bahawa hal itu sahaja yang kamu lakukan. Dan tiadalah seseorang yang berkedudukan seperti ku (para sahabat) yang paling sedikit memperoleh hadis daripada Rasulullah s.a.w. selain saya"
"Dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah keluar menemui suatu halaqah yang diadakan para sahabat, maka baginda bertanya : Apakah kegiatan (majlis) kamu ni?
Mereka menjawab :
"Kami duduk untuk menzikiri Allah dan kami memujiNya terhadap nikmat di mana Dia telah menunjukkan kami kepada Islam, juga terhadap kurniaan yang telah dikurniakan kepada kami."
Maka Rasulullah s.a.w. bertanya :
"Allah! Tiadalah kamu duduk melainkan untuk itu sahaja?"
"Ketahuilah sesungguhnya saya sudah menyangka bahawa hal itu sahaja yang kamu lakukan, akan tetapi sesungguhnya saya telah didatangi Jibrail, maka dia memberitahu saya sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla bermegah-megah dengan kalangan Malaikat dengan sebab (kegiatan halaqah) kamu."
HR : Imam Muslim
- Kegiatan di masjid pada keseluruhannya ialah untuk beribadah.
- Konsep ibadah dalam Islam adalah luas meliputi semua kegiatan yang baik seperti kegiatan ilmu dan nasihat menerusi khutbah, sosial dan lain-lain.
- Majlis halaqah diadakan dengan cara murid membuat satu lingkungan bulatan di hadapan guru.
- Mengadakan majlis ilmu di masjid adalah labih baik kerana menggalakkan kita hadir ke masjid iaitu rumah Allah swt.
- Allah swt akan bermegah-megah di kalangan para Malaikat disebabkan wujudnya kegiatan ilmu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan