Rabu, Februari 10, 2010

Kisah Imam Ahmad bin Hambal Menghalau Jin.

Sebahagian jin yang derhaka memang suka menganggu dan menganiaya manusia dengan pelbagai cara. Salah satu cara jin mempermainkan manusia ialah dengan masuk dan menjelma ke dalam tubuh manusia. Manusia yang dimasuki jin disebut kesurupan (kerasukkan) dan tidak sedarkan diri, maka semua gerakan dan percakapannya adalah cakap jin. Walau bagaimanapun jin takut dan tunduk kepada orang solih yang taat kepada Allah.

Pernah terjadi dizaman khalifah al-Mutawakkil, seorang sahaya perempuan telah dirasuk oleh jin. Dia bercakap dan bertindak sesuai dengan kehendak jin. Beberapa orang telah cuba menghalau jin tersebut tetapi tidak berhasil. Khalifah teringat kepada Imam Ahmad Ibnu Hambal seorang yang terkenal alim dan taat kepada Allah swt. Maka khalifah pun mengutus salah seorang teman Imam Ahmad bertemu beliau. Apabila utusan itu sampai, Imam Ahmad sedang duduk dalam masjid.

"Aku diutus khalifah untuk bertemu tuan" katanya kepada Imam Ahmad. Kemudian dia berkata lagi "Dirumah Amirul Mukminin ada seorang sahaya perempuan dirasuk jin. Khalifah meminta tuan agar berdoa kepada Allah swt supaya sahaya itu sembuh".

Imam Ahmad tidak banyak bercakap apa-apa tentang aduan utusan itu. Beliau terus mengambil sepasang terompah kayu dan diberikan kepada utusan khalifah. Beliau menyuruh agar utusan itu duduk disisi kepala sahaya yang dirasuk itu dengan memegang terompah kayu itu dan memberikan kata dua kepada jin agar keluar, kalau tidak akan dipukul 7 kali.

Utusan khalifah terus balik dan melaksanakan apa yang diarah oleh Imam Ahmad. Dia menghampiri sahaya dan duduk disisi kepalanya sambil berkata "Pilih mana satu yang engkau lebih suka. Kau keluar dari wanita ini atau aku pukul kepala engkau sebanyak 7 kali dengan terompah kayu ini".

Mendengar ancaman itu, jin berkata melalui lidah perempuan yang diganggunya "Kami mendengar dan taat kepada Imam Ahmad. Sekiranya beliau menyuruh aku keluar dari negeri Iraq ini, tentu aku akan keluar, kerana Imam Ahmad seorang yang taat kepada perintah Allah." Kemudian jin itu berkata lagi "Siapa sahaja yang taat kepada Allah, tentu dia ditaati oleh segala sesuatu".

Sejurus kemudian jin itu pun keluar dan perempuan yang diganggunya pun sedar dan pulih seperti biasa.

Setelah beberapa masa berlalu, Imam Ahmad bin Hambal wafat. Tiba-tiba jin derhaka itu datang lagi ditubuh wanita yang diganggunya dahulu. Maka jadilah wanita itu dirasuk buat kali kedua. Oleh kerana Imam Ahmad sudah tiada lagi, maka khalifah memanggil salah seorang teman Imam Ahmad untuk menyembuhkan sahayanya.

Teman Imam Ahmad itu pun berbuat sebagaimana Imam Ahmad dahulu iaitu memegang terompah kayu, duduk disisi kepala wanita yang dirasuk itu dengan berkata kepada jin "Sila engkau keluar. Sekiranya tidak, akan aku pukul kepala kau dengan terompah kayu ini sebanyak 7 kali".

Rupanya kali ini jin tahu bahwa yang menyuruhnya keluar bukan Imam Ahmad tetapi hanyalah seorang temannya yang tidak setaat Imam Ahmad. Maka ia pun tidak mengambil perhatian langsung kepadanya. Bahkan jin itu berkata "Aku tidak akan taat kepadamu dan tidak akan keluar dari sini. Adapun Imam Ahmad Ibnu Hambal dahulu adalah seorang yang taat kepada Allah swt dan aku diperintahkan agar taat kepadanya".


Selasa, Februari 09, 2010

Zambry Diisytihar MB Perak Yang Sah.




Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.

Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, mengetuai panel lima orang hakim yang mendengar kes tersebut.

Yang lainnya ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.

Keputusan penal hakim tersebut diumumkan oleh Arifin pada jam 11 pagi.


Istana Keadilan di Putrajaya, menjadi tumpuan sejak jam 7 pagi tadi apabila orang ramai beratur untuk mendapatkan pas masuk ke dewan mahkamah. Begitu juga penyokong BN dan Pakatan.

Pada 5 November lalu, Mahkamah Persekutuan telah mendengar rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan hujah para peguamnya selama enam jam, tetapi telah menangguhkan keputusannya.

Sebelum itu, mahkamah telah menolak permohonan Nizar supaya panel penuh 11 orang hakim atau tambahan bilangan panel hakim, untuk mendengar kesnya itu.

BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak apabila tiga ADUN Pakatan rakyat keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.


Berikutan itu, Pakatan telah membawa perkara itu ke mahkamah.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah memutuskan bahawa Nizar merupakan menteri besar Perak yang sah.

Zambry kemudiannya membuat rayuan dan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak keputusan Mahkamah Tinggi itu, dengan alasan hakim berkenaan telah gagal untuk mengambilkira keseluruhan bukti yang dikemukakan.


Nizar diwakili oleh para peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili Zambry.

Sumber : Malaysiakini.

ISLAM SEBAGAI SOLUSI ATAU PUNCA KEGANASAN

Dua dekad kebelakangan ini, konsep 'Keganasan Islam' (Islamic Terror) menjadi topik perbincangan yang hangat. Selepas serangan 11 September yang menjadikan ribuan orang yang tidak bersalah di New York dan Washington sebagai sasaran, konsep ini bangkit semula menjadi agenda antarabangsa.

Sebagai seorang Islam, kita setentunya mengutuk perbuatan ini dan merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Amerika.

Tulisan ini akan menekankan bahawa Islam bukanlah punca kepada segala keganasan malah keganasan tidak ada tempatnya di dalam Islam. Sungguhpun perampas kapal terbang itu disyaki sebagai seorang Islam tetapi itu tidak bermakna jenayah yang dilakukan itu dilabelkan sebagai 'Keganasan Islam'. Begitu juga tidaklah dinamakan 'Keganasan Yahudi' jika penjenayah itu adalah penganut Yahudi serta bukanlah 'Keganasan Kristian' walaupun penjenayah itu Kristian.

Ini kerana, membunuh orang yang tidak berdosa atas nama agama adalah salah sama sekali. Seperti yang sedia maklum bahawa mereka yang terbunuh di Washington atau New York merupakan orang yang beriman dengan Jesus (Kristian), Nabi Musa (Yahudi) dan orang Islam. Menurut Islam, membunuh orang yang tidak bersalah menjadi satu kesalahan yang besar dan azab neraka adalah paling layak baginya kecuali diampunkan Allah. Justeru, adalah mustahil orang yang beriman terjebak dalam perkara yang tidak diredhai ini.

Apa yang jelas ialah penjenayah-penjenayah itu sebenarnya telah merosakkan nama agama sendiri. Mereka sebenarnya telah menyebabkan sesebuah agama itu dipandang jahat di mata orang dan telah menanam rasa kebencian kepada mereka yang soleh. Akibatnya, setiap serangan yang dikatakan mewakili 'agama' sebenarnya secara tidak langsung 'memerangi' agama mereka sendiri.
Kesemua tiga agama samawi menganjurkan kasih sayang, belas dan keamanan. Keganasan jelas amat kontra dengan agama kerana ia ganas, sadis, sengsara dan menumpahkan darah. Oleh hal yang demikian, ketika menyelidiki latar belakang seorang pengganas itu mestilah diperiksa kepercayaannya bukan agamanya. Orang yang berlatarbelakang fascist, communist, racist atau materialist merupakan antara yang berpotensi menjadi penjenayah. Nama atau identiti pemetik picu tidaklah penting kerana jika mereka boleh membunuh orang yang tidak bersalah dengan memejam mata, itu tidak patut dilabelkan sebagai seorang yang beragama tetapi layak yang sebaliknya. Mereka menyerang tanpa rasa takut kepada tuhan kerana gila untuk menumpahkan darah dan melakukan kerosakan.

Berdasarkan itulah, 'Keganasan Islam' amat tidak cocok dengan ajaran Islam. Lebih-lebih lagi Islam tidak bersetuju langsung dengan keganasan malah mencegah keganasan dengan menganjurkan keamanan dan kesejahteraan ke serata alam.

Al-Quran Menganjurkan Kebaikan, Keadilan dan Keamanan

Jika dikaji dengan terperinci dapat disimpulkan bahawa keganasan itu dilakukan seseorang bagi mengejar target dalam agenda politiknya. Dalam erti kata lain, mangsa keganasan bukanlah sasaran utama tetapi yang sebenarnya ditujukan kepada pihak lain. Perbuatan keji yang dilakukan Hitler dan Stalin menjadi contoh yang tepat dan sememangnya bertentangan dengan moral keadilan manusia.

Al-Quran diturunkan untuk memandu manusia menurut kebenaran dan Allah memerintah hamba-Nya supaya mengadaptasikan akhlak dalam kehidupan. Akhlak yang merangkumi cinta, belas kasihan, toleransi, dan keamanan boleh diamalkan ke seluruh dunia:

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam keamanan (Islam) secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Surah al-Baqarah: 208)

Ajaran dari Al-Quran yang diimani orang Islam bukan sahaja menjadi panduan hidup mereka tetapi sesuai juga untuk bukan Islam kerana isi kandungannya mencakupi keadilan, memelihara orang yang memerlukan dan bersalah serta mencegah dari segala kerosakan. Allah juga berfirman, "Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan. (Surah al-Qasas: 77)

Membunuh seseorang tanpa sebab yang diterima merupakan salah satu contoh kerosakan. Allah mengulangi di dalam Al-Quran seperti yang pernah diungkapkan kepada Yahudi di dalam Old Testament:

Oleh karena itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahawa: barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka rasul-rasul Kami dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak di antara mereka sesudah itu sungguh-sungguh melampaui batas dalam membuat kerosakan di muka bumi. (Surah al-Maidah: 32)

Jelas diperkatakan bahawa membunuh seseorang kecuali jika orang itu membuat kekacauan di muka bumi adalah satu jenayah yang diibaratkan seperti membunuh manusia seluruh alam. Begitu juga dengan kes yang membunuh manusia beramai-ramai dengan cara serangan membunuh diri (suicide attacks) juga terlibat sekali. Allah memberitahu kita akan balasan di akhirat bagi mereka yang sekejam ini:

Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih. (Surah ash-Shura: 42)

Justeru, bagaimana boleh timbul satu tema 'Keganasan Islam'? Dari apa yang dijelaskan adalah mustahil jika dikaitkan Islam dengan keganasan. Apa yang jelas di sini ialah punca keganasan bukanlah dari agama tetapi dari faktor fenomena sosial.

Tentera Salib: Manusia Tidak Bertamadun Yang Menginjak Agamanya Sendiri

Isi kandungan agama yang benar atau sistem kepercayaan adakalanya boleh diseleweng oleh penganutnya yang palsu (pseudo-adherents). Contoh yang tepat boleh dilihat ketika zaman kegelapan dalam sejarah Kristian yang diputarbelitkan oleh tentera perang salib.

Tentera salib yang terdiri dari penganut Kristian Eropah yang bermatlamat untuk menjajah Holy Land (Palestin) dari tangan orang Islam di akhir abad ke-11 sebenarnya dikatakan berjuang atas nama agama. Tetapi mereka telah memanipulasi pengikutnya dengan memasuki tanah itu dengan keganasan dan kekejaman. Orang ramai yang tidak bersalah menjadi mangsa pembunuhan dan banyak kampung dan kota diceroboh.

Jerusalem yang menjadi kediaman orang Islam, Yahudi dan Kristian di bawah pentadbiran Islam yang aman telah bertukar menjadi medan pertumpahan darah yang amat dahsyat. Kekejaman mereka tidak berhenti setakat itu sahaja malah kota Istanbul yang merupakan kota Kristian juga diceroboh dan habis emas permata dicuri dari gereja-gereja.

Tanpa disangkal bahawa keganasan ini amat bertentangan dengan ajaran Kristian kerana agama Kristian yang dimaksudkan Bible ialah 'Gospel of Love'. Di dalamnya menurut Matthew, Jesus mengatakan, "Kasihilah musuh kamu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu" kepada penganutnya (Matthew, 5/44). Menurut Luke pula, Jesus mengungkapkan "Jika seseorang memukul pipi kamu, balaslah dengan cara yang lain" (Luke, 6/29). Di dalam bahagian New Testament pula tidak ada langsung rujukan yang melegitimasi keganasan.

Yang menjadi persoalan ialah jika Kristian adalah agama yang berteraskan kasih sayang, bagaimana boleh terjadi peristiwa berdarah yang dilakukan tentera salib? Punca utama berlaku sedemikian ialah kerana tentera salib itu dibentuk dari mereka yang jahil tentang agama, yang tidak pernah membaca atau melihat Bible sepanjang hayat atau mereka yang tidak menghayati ajaran yang terkandung di dalam Bible. Mereka dihimpunkan menjadi tentera salib di bawah slogan "God wills it".

Mengikut sejarah, pada zaman itu kehidupan penganut Kristian di Timur lebih bertamadun jika dibandingkan dengan Kristian di Barat. Cuma selepas peristiwa berdarah itulah barulah Kristian Ortodoks mengambil pendekatan untuk hidup bersama orang Islam. Menurut Terry Johns, pengulas BBC, dengan berakhirnya perang salib di timur tengah 'telah mewujudkan kehidupan bertamadun dengan gabungan tiga agama di bawah satu bumbung keamanan'. Nyata bahawa tentera salib itu bukanlah penganut sejati Kristian tetapi mereka terdiri dari orang yang jahil dalam segala ilmu lalu dipergunakan untuk menjayakan sesuatu ideologi walaupun tidak wujud langsung sebarang kepentingan ideologi itu dalam agama. Kekejaman Khmer Rouge di Kemboja menjadi contoh kerana terpengaruh dengan ideologi komunis yang cenderung kepada keganasan. Sebabnya juga kerana mereka terdiri dari orang yang jahil. Mereka yang jahil ini sebenarnya keliru dengan tujuan keganasan yang kononnya digunakan untuk membanteras keganasan (atau untuk agama).

Sifat Orang Badwi di dalam Al-Quran

Pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w) wujud dua bentuk penempatan di tanah Arab iaitu penduduk kota dan badwi (gurun Arab). Mereka yang tinggal di kota banyak terdedah dengan dunia luar dan kehidupan mereka lebih bertamadun. Kehidupan mereka penuh dengan nilai-nilai murni selain membudayakan hidup dengan kesusasteraan terutamanya puisi. Berbeza dengan mereka yang mendiami di gurun yang hidup berpindah randah (nomad) dengan nilai kebudayaan yang carca merba. Kesenian dan kesusasteraan langsung tidak dipedulikan menyebabkan mereka membangun tanpa nilai murni dan sifat yang luhur.

Islam yang mula berkembang di Mekah merupakan kota yang penting di semenanjung Arab. Justeru, ramailah yang memeluk Islam dan penduduk di gurun juga tidak ketinggalan memeluknya. Setelah itu timbul masalah kerana penghuni gurun ini mundur dari segi kebudayaan dan intelektual yang menghalang mereka memahami dan mendalami Islam sepenuh jiwa. Allah menyatakan hal ini di dalam Al-Quran:

Orang-orang Arab Badwi itu, lebih banyak kekafiran dan kemunafikannya, dan lebih wajar tidak mengetahui hukum-hukum yang diturunkan Allah kepada Rasul-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (Surah at-Taubah: 97)

Nyatalah bahawa orang badwi itu merupakan kumpulan yang terdiri dari orang yang kufur yang munafiq serta cenderung untuk mengengkari perintah tuhan. Di dalam zaman nabi sendiri orang-orang sebegini menjadi petulang di dalam dunia Islam. Contohnya seperti golongan 'Kharijiyyah' yang jelas bersifat luar tatasusila kerana mereka merupakan kelompok yang keluar dan memberontak dari golongan Syiah. Golongan fanatik, liar dan ekstrem ini mendakwa diri mereka Islam walaupun tidak memahami Islam sepenuhnya selain menyeleweng isi Al-Quran untuk memerangi orang Islam sendiri. Saidina Ali yang merupakan sahabat paling rapat dengan nabi sehingga diiktiraf 'pintu segala ilmu' juga dibunuh angkara aktiviti ganas golongan kharijiyyah ini.

Telah terbukti bahawa tentera salib mengganas setelah ajaran Kristian diseleweng dan disalahtafsirkan, begitu juga dengan puak-puak yang mengkhianat Islam semata-mata untuk menghalalkan keganasan. Apa yang sama antara tentera salib dan orang badwi ini ialah mereka jahil, tidak faham, kurang didikan, liar dan terpencil dari umum. Keganasan yang dilakukan mereka berpunca dari struktur sosial bukannya agama yang menuntut melakukannya.

Hari ini, dunia Barat telah menyalahertikan fungsi organisasi atau pertubuhan Islam di seluruh dunia. Bagi mereka semua organisasi atau pertubuhan itu merupakan pendukung kepada kegiatan keganasan. Persepsi ini perlu diubah walaupun terdapat badan pengadilan yang boleh membuktikan kesahihan dakwaan itu. Yang penting ialah langkah jangka masa panjang perlu dirangka supaya dapat menyelesaikan permasalahan ini.

Dunia Barat terutamanya Amerika yang mempunyai kuasa majoriti di dunia tidak patut mempergunakan kuasa itu untuk memerangi Islam atau orang Islam tetapi sebaik-baik dipergunakan untuk memberi khidmat bagi menyantuni keperluan dunia Islam. Teori 'benturan peradaban' (clash of civilization) yang menjadi doktrin bermula 90an ini sewajarnya dilenyapkan.

Dalam masa yang sama, umat Islam diseru bersatu bagi menyebarluaskan maklumat tentang Islam yang menganjurkan kasih sayang, persaudaraan, keamanan dan kesejahteraan. Sebarang informasi yang salah boleh menimbulkan perbalahan dan menyemai semangat radikal. Selain itu, umat Islam seharusnya menonjolkan akhlak-akhlak mulia yang ditonjolkan Al-Quran.

Dari penjelasan di atas dapat difahami bahawa punca keganasan ialah kesempitan fikiran dan setentunya pendidikan merupakan jalan keluar baginya. Orang yang kesal dengan keganasan dan yang mengatakan keganasan hanya menghancurkan dan merosakkan Islam dan seluruh masyarakat seharusnya mengambil inisiatif untuk mencari alternatif mendidik masyarakat bagi membendung keganasan.

Harapan semua orang supaya dapat menyelamatkan dunia dari segala keganasan, huru-hara dan kekejaman patut diberi perhatian. Amerika Syarikat yang didominasi oleh populasi Kristian yang mendakwa negaranya 'a nation under God' sebenarnya mempunyai perkaitan rapat dengan orang Islam. Allah juga mengatakan penganut Kristian sebagai "...paling dekat persabahatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani". (Surah al-Maidah: 82).

Dalam sejarah, orang yang jahil (tentera salib dan orang badwi) sebenarnya tidak memahami fakta sebenar sehingga menimbulkan perbalahan antara dua agama yang besar ini. Supaya kejadian ini tidak berulang, penganut Kristian dan Islam sepatutnya duduk semeja untuk saling bekerjasama. Duduk semeja bukan untuk mencari siapa salah tetapi bermusyawarah menghasilkan penyelesai masalah agar tidaklah lagi agama dikaitkan dengan sebarang keganasan. Susu sebelanga akan dibuang sekiranya dimasuki walau hanya setitik nila!

Oleh : Harun Yahya.

Isnin, Februari 01, 2010

Kontroversi Pemakaian Nama ALLAH : Suatu Pernyataan Keprihatinan.

Selama berabad-abad negara Malaysia (dan sebelumnya Tanah Melayu) yang terbentuk daripada gabungan Negeri-Negeri Melayu (Malay States) ini durujuk sebagai model negara berbilang kaum dan agama yang rukun, harmonis dan penuh tolerasi. Kejayaan mencipta kerukunan hidup antara agama adalah suatu prestasi ketamadunan dan kemanusiaan yang tidak ternilai. Faktor kunci kejayaan ini tidak lain adalah sikap ramah bangsa Melayu-Muslim yang menjadi golongan majoriti dan sekaligus “tuan rumah”. Keramahan luar biasa yang memang menjadi watak bangsa inilah yang memungkinkan penganut pelbagai agama (Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain) di negara ini menikmati kebebasan dan keselesaan mengamalkan agama masing-masing tanpa gangguan.

Selama ini kerukunan hidup sedemikian itu dapat dipertahankan kerana adanya sikap menghargai keramahan (Melayu-Muslim) tersebut, di samping adanya rasa hormat terhadap kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama Persekutuan, juga kerana adanya kesedaran terhadap realiti kesejarahan dan kebudayaan negara ini. Memang dalam sejarahnya Negeri-Negeri Melayu adalah bahagian daripada warga rumpun besar Dar al-Islam. Kesedaran tentang hakikat-hakikat inilah yang melatari keharmonian hubungan antara kaum dan agama selama ini. Justeru, kesedaran tersebutlah yang membentuk sikap saling memahami dan menghormati batas dan sempadan daerah keagamaan masing-masing. Kaum bukan Muslim umumnya cukup memahami daerah sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, dan demikian pula sebaliknya. Kerana itu hal-hal yang berkaitan dengan kedudukan Melayu dan Islam biasanya tidak diusik atau diganggu.

Ketegangan di sekitar isu pemakaian kalimat Allah ketika ini adalah akibat kegagalan menghayati tradisi menjaga sensitiviti umat Melayu-Islam. Mereka yang berkeras mahu menggunakan kalimat Allah dalam konteks agama Katolik bukan tidak tahu tentang keberatan umat Islam terhadap tuntutan mereka. Sikap tersebut tidak lain adalah gejala hilangnya kepedulian terhadap perasaan dan pendirian orang lain. Seharusnya mereka berusaha untuk cuba memahami keberatan umat Melayu-Muslim terhadap pemakaian nama Allah dalam konteks agama selain Islam.

Bagi umat Islam Allah adalah di atas segala-gala. Demikianlah hakikatnya, Allah selamanya merupakan ultimate concern bagi kaum Muslimin. Syahadat pertama keislaman mereka adalah kesaksian tentang hakikat ketiadaan tuhan selain Allah (Yang Maha Esa). Hanya Dia yang bernama Allah, nama yang dipilih sendiri oleh Allah khusus untuk diri-Nya, tidak siapa pun boleh memakainya selain Allah sendiri. Ia adalah al-Ism al-A`zam, Nama Agung bagi Dhat yang wajib al-wujud. Ia adalah nama yang merujuk Dhat yang meliputi seluruh sifat ketuhanan. Sebagai nama khusus-Nya, ia berbeza daripada nama-nama-Nya yang lain seperti al-Qadir, al-`Alim, al-Rahim yang boleh dipakai oleh yang lain-lain. Kerana kekhususannya itu jugalah nama-nama-Nya yang lain itu dinisbahkan kepada nama Allah lalu disebut asma’u ‘Llah (nama-nama Allah). Al-Sabur, al-Shakur, al-Qadir misalnya disebut sebagai nama-nama Allah, tetapi tidak boleh disebut sebaliknya, Allah adalah nama al-Shakur atau al-Sabur. Demikianlah hakikat kalimat Allah sebagai nama khas (`alam) yang tidak dipakai untuk selain-Nya.

Allah bukan nama am yang siapa sahaja boleh memakainya, dan bukan juga kata umum tanpa makna dan definisi tertentu sehingga siapa sahaja boleh memaknainya. Andainya kalimat Allah dimaknai lain daripada makna dan definisi hakikinya, jelas akan menimbulkan kekacauan semantik yang serius. Bagi umat Melayu-Muslim sejak mula kalimat Allah sudah sedia terpadu dengan definisi yang mantap dan muktamad, definisi yang diungkapkan oleh Allah sendiri dalam surah al-Ikhlas, “Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.”. Penurunan surah tersebut dilatari peristiwa kedatangan sekumpulan orang Yahudi meminta Nabi s.`a.w. memberikan pemerian tentang Tuhannya. Kerana itu surah ini bermula dengan kata Qul (Katakan) yang kemudian diikuti dengan ayat-ayat yang mengandungi rumusan definisi tentang Allah. Ternyata Allah adalah nama yang menyebatikan makna tauhidik, nama yang menolak syirik, dan sekaligus nama yang menafikan faham trinity (Tidak beranak dan tidak diperanakkan). Kerana itu surah ini disebut juga dengan nama Suratu ‘t-Tawhid. Memang ia adalah surah yang merumuskan faham tauhid yang semurni dan semutlaknya. Ayat-ayat dalam surah ini juga dengan jelas mengungkapkan makna bahawa Allah adalah “...a Personality”, bukan sekadar suatu konsep falsafi yang abstrak.

Surah al-Ikhlas adalah antara sekian banyak surah dan ayat al-Qur’an yang membawa mesej conceptual correction terhadap pemakaian nama Allah di kalangan masyarakat pra-Islam termasuk sebahagian suku-suku Arab jahiliah dan kaum Nasrani. Mereka memakai nama Allah dalam konteks faham syirik, termasuk faham al-tathlith atau trinity. Ayat-ayat korektif tersebut rata-rata membawakan makna dan nada ketidakrelaan Allah terhadap pemakaian nama-Nya dalam konteks yang menyimpang daripada prinsip kemurnian dan kemutlakan tauhid. Demikianlah kalimat dan nama Allah yang difahami oleh umat Melayu-Muslim umumnya, lalu bagaimana mungkin mereka yang saban hari membaca dan menghayati surah al-Tawhid akan dengan senang merelakan Nama Suci dan Agung ini dipakai dalam konteks faham syirik.

Sikap berkeras mahu menggunakan juga kalimat Allah (sekalipun dengan mengguris perasaan sebahagian besar umat Melayu-Muslim) menimbulkan tanda tanya, ada apa sebenarnya? Selama ini, sejak ratusan tahun, tanpa memakai nama Allah, para penganut Katolitik telah dapat mengamalkan agama mereka dengan leluasa. Ajaran Katolik dapat difahami oleh para penganutnya, malah telah dikembangkan tanpa masalah. Lalu kenapa sekarang isu ini dibangkitkan dan diperjuangkan dengan cara yang begitu provokatif. Mereka bukan tidak tahu betapa sensitif dan eksplosifnya isu ini. Mereka juga bukan tidak tahu bahawa isu ini menyentuh jantung ajaran agama Islam.

Rasanya wajar sekali kita merenung kata-kata Gopal Raj Kumar yang kami petik di bawah ini:

What Catholics appear to be seeking here is an extension to that form of racism that whatever non Malays and non Muslims wish to do in the name of religion has to be tolerated in the name of a half written constitution. Whilst at the same time arguing against everything that the Malays as a majority in a democracy do as wrong and racist.

Catholics must learn to reciprocate in kind to a people in whose country they have been treated with much reverence, dignity and respect over centuries. Malaysia although fundamentally a Muslim state has, advocated for and advanced Catholic (and other religious causes and purposes) without the let or hindrance of religious intolerance like that imposed on them by the Thais, Burmese, Philippines, Australians, Chinese and more recently the Swiss. Much of the reason we are able to debate such issues and to read and write about it today it is often argued is the result of a good Catholic education. Wrong! It is equally the result of Malay Muslim generosity in allowing the propagation of the faith, its schools and other institutions to thrive and its tolerance of their values. It is a pity that in return all that the Catholic church has to offer is an insult to the Malays and Malay Muslims in persuing such a worthless policy of provocation.

In a demonstration of its faith in its own credo of Good Christian Charity and goodwill, the Catholic Church ought to withdraw the ridiculous and provocative demand now legitimised by a flawed decision. It should demonstrate that it ought not to be allowed the sinister use of one Arabic word Allah which is clearly a thorn in the side of its Malay majority hosts. The church may do so without any embarrassment to itself. On the contrary with one fell act of goodness and respect it would build a bridge of understanding likely to last forever as a monument to its credo, rather than for the blemishes in its record of insults, abuse, its betrayal to the colonials and the undermining of the cultural and religious sensitivities and heritage of Malaysia’s majority (http://takemon.wordpress.com/about/).

Isu ini seharusnya diselesaikan secepat dan sebijaksana mungkin. Semakin lama dipolemikkan, akan semakin panjang rentetan persoalannya. Sikap berkeras mahukan sesuatu yang jelas-jelas tidak dapat diberikan akan menimbulkan dugaan adanya agenda terselubung di balik tuntutan tersebut. Ia akan ditafsirkan sebagai strategi “lulus jarum, lulus kelindan”, selepas kalimat Allah akan banyak lagi istilah-istilah Islam yang dikatolikkan seperti kalimat syahadat, solat, zakat, haji dan lain-lain lagi. Isu ini akan memarakkan spekulasi bahawa ia adalah bahagian daripada agenda besar mendistorsikan Islam dengan memakai istilah-istilah Islam yang dirubah erti dan isinya. Masyarakat Islam akhirnya akan mengalami kekeliruan yang serius dan tidak lagi mengenal Islam yang murni. Lebih jauh lagi isu ini akan membangkitkan semula kenangan pedih masa lalu, zaman awal kedatangan penjajah Barat yang membawa agenda pengkristianan rakyat pribumi Melayu. Arkitek penjajahan Inggeris di rantau ini, S. Raffles tidak datang hanya untuk mengaut kekayaan, tetapi juga datang dengan misi dan cita-cita pengembangan Bible Society. Kegiatan menyebarkan agama Kristian di kalangan pribumi Melayu itu dilakukan atas nama “...cultivating the waste and barren soil of the native mind”. Usaha mengkristiankan orang Melayu telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, termasuk dengan menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu. Untuk itu mereka telah mendapatkan khidmat Abdullah Munsyi. Bagaimanapun orang Melayu berpegang kuat dengan Islam. Abdullah Munsyi yang terlibat dalam penterjemahan Bible mendapat gelar ejekan “Abdullah Paderi”.

Catatan tersebut seharusnya sudah menjadi “perkara masa lalu” yang sudah tidak relevan lagi dalam konteks semangat masa kini, era membina kesatuan dalam kepelbagaian. Provokasi-provokasi keagamaan sehausnya dihindari, dan tuntutan yang menjadi keberatan umat Melayu Islam ini harus dihentikan. Apa pun yang berlaku pada pemakaian kalimat Allah di luar Malaysia tidak semestinya relevan dengan masyarakat kita. Isu ini harus dilihat secara kontekstual. Realiti sejarah dan budaya Malaysia memang tidak memungkinkan pemakaian kalimat Allah di luar konteks keislaman. Fiqh kita mengambilkira `uruf ahl al-balad (budaya warga setempat). Antara yang harus menjadi pertimbangan utama dalam isu ini ialah mafsadah atau kesan buruknya yang perlu dihindari.

Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Perjuangan PAS semakin di terima di Kulai.

Kemanisan perjuangan Islam semakin terasa apabila ia semakin difahami dan diterima oleh masyarakat bukan Islam. Ia bertambah manis lagi apabila ia mula dituruti orang-orang Islam itu sendiri yang selama ini berada didalam kepompong sekular hasil indoktrinasi penjajah menerusi sistem pendidikan. Kegembiraan ini telah diluahkan oleh Ayahanda Tn Hj Rafei seorang peneroka di Felda Bukit Batu, Kulai dalam pertemuan yang diatur dirumah beliau pada malam minggu yang lalu. Pahit jerih yang dilalui selama bergelar pendokong PAS di Felda berkenaan sehingga dipulaukan penduduk setempat, tidak sesekali mematikan semangat warga emas ini. Beliau amat terharu dengan sambutan yang diberikan oleh generasi kedua Felda berkenaan yang telah hampir mencecah 70 orang sebagai ahli baru PAS bagi Kawasan Kulaijaya. Api perjuangan yang kelihatan seolah-olah akan padam kini bersinar semula bahkan lebih bersemarak jika dibandingkan dahulu. Kumpulan baru ini mensasarkan 100 orang ahli khususnya dari golongan muda akan menyertai PAS sedikit masa lagi.

Usrah yang telah sekian lama tidak kedengaran diperkampungan tersebut telah dihidupkan semula yang turut disertai lagi dengan kemasukkan ahli baru. Janji pimpinan kawasan untuk menubuhkan semula cawangan bagi Felda Bukit Batu telah tertunai pada malam tersebut. Kehadiran beberapa tokoh utama pimpinan masyarakat pada malam itu telah menyemarakkan lagi semangat generasi kedua ini untuk bergerak lebih aggresif mencari ahli baru.

Begitulah Islam yang menjadi agama Allah yang dijelaskan menerusi firmannya yang bermaksud "Apakah kamu hendak mencari agama lain selain daripada agama Allah (Islam), yang padaNya tunduk patuh segala apa yang ada dilangit dan dibumi samada secara suka atau terpaksa, kerana kepadaNyalah kamu akan dikembalikan".

Islam tetap akan terbela dan dipertahankan, apatah lagi janji Allah yang menyatakan bahwa Islam akan dimenangkanNya keatas agama-agama lain. Tahniah dan syabas diucapkan kepada anak muda Bukit Batu yang bersedia bersama PAS bagi meneruskan kelangsungan tugas yang di pelopori oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w. Satu tugasan yang amat mulia dan mendapat redha Allah swt.

Islam pasti akan ada pembelanya. Dalam segala kepayahan dan rintangan serta tribulasi yang terhidang, Allah tetap akan menyediakan pejuangNya yang sentiasa bersedia berkorban harta benda dan juga jiwa raga. Apa yang penting ialah apakah Allah memilih kita untuk berada dalam saf perjuangan ini? Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh setiap individu muslim yang Allah kurniakan nikmat Iman dan Islam. Apakah dengan mengira mengamalkan ibadah-ibadah rutin harian sepeti solat, puasa, zakat dan haji serta ditambah dengan amalan ibadah-ibadah sunat, sudah membolehkan kita layak bertemu dengan Allah sambil berbicara 'aku telah melaksanakan segala perintahMu semasa hidup didunia!'

Bagaimanakah sekiranya kita berhadapan dengan Allah lalu ditanyakan: 'Apa yang telah kamu perbuat ketika agama Ku ditindas dan diperlekeh? Dimana kamu ketika para pejuangKu berjuang mempertahan agamaKu ketika diserang oleh musuh-musukKu? Kenapa kamu merampas hak Ku semasa Aku memberi peluang kepada kamu untuk hidup dimuka bumi?

Persoalan seumpama ini hanya mampu dijawab oleh mereka yang berada dipersada perjuangan menegak dan mengembalikan hak Allah yang telah dirampas oleh manusia-manusia yang tidak bertanggung jawab. Bagi mereka yang berlangbuana dengan kenikmatan hidup tanpa berpedulian dengan perihal agama, pastinya akan bisu kaku tanpa jawapan. Inilah intipati utama yang diperjelaskan kepada sahabat-sahabat baru di Felda Bukit Batu dalam pertemuan usrah pertama yang lalu.

Pembebasan dari kepompong sekular kepada Islam, hendaklah berdasarkan kefahaman yang disertai dengan hujah mantap bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah, bukannya berpaksi atas dasar emosi. Perjuangan PAS bukan atas fundemantal politik semata, tetapi ia adalah berdasarkan Aqidah Islamiyyah. Melaksana dan memastikan terlaksananya segala apa yang terkandung di dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah intipati dan matlamat perjuangan PAS. Inilah kefahaman yang akan diterapkan kepada setiap ahli yang menyertai perjuangan Islam.

Salam ukhuwwah dari kami warga PAS Kulaijaya kepada penduduk Felda Bukit Batu. Semoga lembaran baru ini akan membawa sinar yang bergemerlapan bagi Islam disana. Insya'allah...

Ahad, Januari 31, 2010

Implikasi Penarikan Pengharaman Buku Sisters in Islam

Nuraini Ruzi
Setelah buku 'Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism' yang diterbitkan pada 2005 diharamkan oleh (KDN) Kementerian Dalam Negeri, SIS (Sister In Islam) tidak mengalah begitu sahaja. Buktinya, pada 15 Dis tahun lepas, SIS memfailkan permohonan bagi membuat semakan penghakiman dan menamakan Syed Hamid sebagai responden. SIS dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi meminta agar pengharaman buku tersebut disemak semula dan seterusnya ditarik balik pengharamannya.

Hasil kajian dan tulisan berbentuk esei oleh cendekiawan liberalis itu dikumpul dan disatukan dalam buku tersebut yang kononnya membincangkan isu-isu agama dan kemaslahatan ummat. Lebih menghangatkan keadaan, buku tersebut disusun oleh ahli sosiologi bertaraf Profesor iaitu Profesor Norani Othman dari Institut Pengajian Antarabangsa dan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia.

SIS, dalam permohonan bagi semakan kehakiman yang difailkan pada 15 Dis tahun lepas, mendakwa pengharaman buku itu adalah di luar bidang kuasa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan menyalahi Artikel 8(2), 10 (1)(a) dan 11(4) Perlembagaan Persekutuan

SIS mempertikaikan keputusan Menteri Dalam Negeri ketika itu yang pada pertimbangan mereka telah melakukan kesilapan. Mereka mendakwa pimpinan teratas dalam negeri tidak sanggup untuk menghadapai kritikan dan sindiran yang terkandung dalam buku ‘Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism’ tersebut. Tambah mereka lagi, setiap esei kritikan dalam ‘karya agung’ itu mempamerkan hujah-hujah yang bernas dalam usaha untuk membantu memperbaiki sistem perundangan dan kehakiman Islam di Malaysia. Dalam masa yang sama, mereka mengaplikasikan liberalisme dalam tindakan mereka terhadap segala sesuatu. Jelas di sini kita lihat, alur Islam sebenar ingin diselarikan dengan fahaman liberal yang sememangnya mustahil untuk dilorongkan ke arah pembentukan akidah muslim sebenar.

Ruang penentuan menyaksikan peguam Kanan Persekutuan Noor Hishamuddin Ismail mewakili Menteri Dalam Negeri ketika itu Tan Sri Syed Hamid Albar dan peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili SIS. Tanpa berselindung dengan tindakan pengharaman tersebut, Noor Hishamuddin menegaskan bahawa intipati buku tersebut hanyalah sekadar kritikan demi kritikan yang hanya bertujuan untuk mencemarkan kebenaran Islam semata-mata. Hal ini kerana setelah ditelusuri, penulis esei-esei kritikan tersebut sangat dan terang lagi bersuluh sekadar mentafsir Islam mengikut fahaman mereka sendiri dan bukannya mengikut panduan yang benar mengikut syariat Islam.

Kebimbangan ini sebenarnya menghantui ramai ulama dan cendekiawan Islam kerana serangan melalui dunia perbukuan amat besar impaknya. Tidak dinafikan lagi generasi buku mula subur berkembang dalam masyarakat dan skop pembacaan pula sungguh meluas. Penghayatan pembaca akan terfokus sepenuhnya pada bahan bacaan. Serangan secara halus ini merupakan cara paling efektif untuk mempengaruhi ruang lingkup pemikiran pembaca. Bagi golongan pembaca yang memilih untuk berguru dengan buku dan tiada alternatif lain dalam menerima sesuatu input, mereka akan menerima bulat-bulat segala butiran dan maklumat yang terkandung dalam bahan bacaan tersebut.

Begitulah target SIS iaitu mempengaruhi minda masyarakat dengan membawakan sesuatu bahan bacaan yang kononnya memiliki nilai intelektual dan prestij kerana menonjolkan gelaran-gelaran tertinggi dalam bidang ilmu seperti Profesor dan sebagainya. Mereka berselindung di atas nama gerakan yang cakna hal ehwal agama untuk memesongkan akidah manusia. SIS berdiri dengan penuh gah untuk menegakkan benang yang basah. Jangan kita lupakan bagaimana mereka mahu campur tangan dalam setiap keputusan jemaah menteri, ulama dan mufti dalam menentukan keputusan berkisar tentang hukum-hakam Islam. Lihat kembali ideologi mereka tentang hukuman sebat Kartika, pembahagian harta pusaka dan sebagainya. Tindakan mereka mencerminkan tahap liberalism yang sangat tinggi menjalankan hukum agama secara membuta tuli.

Jadi secara kasarnya, penarikan pengharaman buku 'Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism' akan memberikan kemenangan besar buat mereka kerana pembaca yang cetek ilmu agama pasti tersalah tafsir tentang pelaksanaan hukum-hakam Islam. Selain itu juga, dengan adanya buku tersebut dalam pasaran, kedudukan dan pengaruh mereka semakin kukuh dalam masyarakat kerana mereka sudah semakin dekat dengan lapangan paling luas untuk menyebarkan dakyah liberalism tersebut.

Memetik hujah peguam Kanan Persekutuan Noor Hishamuddin Ismail, beliau yakin buku tersebut bakal mengganggu ketenteraman awam kerana mempertikaikan hal-hal agama sewenang-wenangnya. Sebaliknya, tulisan-tulisan dalam buku tersebut bersifat menghukum dan menghentam hukum-hakam Islam yang sememangnya sudah tersedia lengkap dan tiada cacat celanya. Maka di sini kita melihat kebodohan mereka terserlah kerana tidak merujuk dengan betul sumber sahih iaitu Al-Quran dan hadis. Jika adapun diselitkan dalil-dalil dari sumber tersebut, mereka sudah pun bersedia dengan cara memutarbelitkan hujah agar sepadan dengan ideologi yang dibawa. Jadi, akidah para pembaca yang cetek dalam ilmu agama berada dalam keadaan yang sangat berbahaya.

Buku 'Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism' akan menjadi senjata halus yang dapat menarik sebilangan besar golongan berintelektual tinggi tanpa fahaman agama yang sebenar. Hal ini kerana, peguam yang mewakili SIS mengatakan bahawa buku tersebut merupakan kritikan bersifat akademik dan tidak menyentuh langsung soal akidah. Jadi, dengan menyisipkan keyakinan ini, ramai golongan intelektual akan cuba untuk mendekati himpunan ‘karya agung’ ini untuk mencari kefahaman tentang Islam. Padahal buku tersebut merupakan tafsiran semata-mata tentang takrif Islam. Jika kita perhatikan, penggerak dan ahli-ahli SIS adalah dalam kalangan manusia yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. Mereka inilah yang menggerakan ideologi liberalism dan menyebarkannya pada masyarakat pertengahan. Sememangnya golongan masyarakat pertengahan akan menerima apa sahaja yang dikatakan oleh golongan ‘cendekiawan’ tersebut, melainkan mereka punya pegangan akidah yang kukuh. Secara harfiahnya, kita pasti akan mempercayai golongan ilmuan dalam memahami sesuatu.

Tuntasnya, pengharaman buku 'Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism' merupakan jalan terbaik untuk kita menyekat agenda-agenda SIS daripada tegar menyebarkan dakyah-dakyah mereka. Kali ini mereka memilih medium penulisan setelah bertahun-tahun lantang bersuara, selepas ini tidak diketahui medium apakah lagi yang akan digunakan seoptimumnya. Kita perlu bersedia setiap masa dengan melengkapkan diri dengan ilmu dunia dan akhirat agar tidak mudah terjebak dengan manusia-manusia yang memusuhi Islam ini.

Nuraini Ruzi,

Aktivis SPAQ (Skuad Penyelamat Aqidah)

Pulau Pinang.

Rabu, Januari 27, 2010

Anugerah Juara Lagu 24
Posted on Sunday, January 24 @ 04:39:10 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Artikel Email : ameer ..

Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya.

Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;





Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?


Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?






Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..

3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.


Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video di youtube apa itu lady in red.
Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.

Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.


Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.





* ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.
Dan apa pula ini?

Apa persamaannya?

Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah


Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda.