Isnin, Disember 19, 2011

MRCB cadang caj tol RM9.10 untuk EDL.

TAHNIAH rakyat Johor! Ini adalah hadiah pasca pilihanraya. Masih belum terlambat untuk rakyat Johor membuat keputusan. PAS dan Pakatan Rakyat tidak membantah pembangunan kiranya ia bermenafaat buat rakyat terbanyak, tetapi tolong jangan bebankan rakyat.

Cadangan pemaju lebihraya EDL yang membina Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL), yang dijangka siap Januari 2012 sepanjang 8.1 km dari Pandan ke Tambak Johor untuk mengenakan caj tol sebanyak RM9.10 adalah suatu yang tidak wajar.

Caj tol tersebut bakal dikenakan hanya kepada pengguna yang keluar dan masuk dari Singapura manakala pengguna EDL yang tidak memasuki negara jiran terutama penduduk bandaraaya ini yang ingin kepusat bandar atau keluar menerusi susur Bakar Batu tidak perlu membayar tol.

Sepatutnya kalau hendak dicaj sekalipun hanya dikenakan kepada warga Singapura yang membawa kenderaan berdaftar dari Republik tersebut.

Rakyat Malaysia yang berkereta sejak sekian lama seperti didera bilamana kerajaan Singapura telah terlebih dahulu mengenakan caj masuk untuk kereta Malaysia ke Singapura dengan nilai SD20.00 (RM48.00).

Biarpun kabinet Malaysia belum membuat keputusan, sekali ini satu pemdekatan bijak perlu diambil kerajaan dalam menguruskan kos pembinaan lebuhraya EDL yang bernilai hampir RM1.27b tersebut.

Sumber : Harakah.



1 ulasan:

  1. tak kira kereta malaysian /sporean, sama sama x masuk akal ! spore menegenakan SGD 20 kerana utk menghadkan kemasukan kereta m'sia utk kurangkan kuantiti kenderaan m'sia. Brg di spore murah.mereka terpaksa berbuat demikian. tapi kerajaan BN suka suka caj caj ikut mood sendiri tanpa sebab yg munasabah.

    BalasPadam