Selasa, April 19, 2011

Usaha Mendekati Masyarakat.

Pada 9 April 2011 yang lalu, PAS Kulai bersama AJK PAS Pusat, Sdr. Mazlan Aliman telah mengunjungi beberapa orang ibu tunggal di Taman Anjaria dan Felda Taib Andak, Kulai bagi menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban yang mereka tanggung.

Kunjungan ini ialah susulan daripada program 'ziarah ramadhan' yang telah diadakan pada tahun lalu. Kehadiran kami telah disambut dengan rasa penuh kesyukuran daripada penerima kerana masih ada yang ingin menghulurkan bantuan kepada mereka walaupun bantuan yang dihulur tidak seberapa.

Ini merupakan usaha berterusan yang dijalankan oleh PAS Kulai bersama Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat bagi memasyarakatkan PAS khususnya dikalangan orang Melayu. Kini PAS Kulai sedang merancang untuk membina semula sebuah rumah milik seorang warga emas di Felda Taib Andak yang hidup dalam serba kedaifan.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan derma, bolehlah menyalurkan sumbangan anda ke dalam akaun kami di MBB 551100701033 atau cek diatas nama PAS Kawasan Kulai. Sumbangan anda amat kami hargai.


Para ibu tunggal di Taman Anjaria menerima bantuan yang disampaikan oleh Sdr. Mazlan.


Kunjungan kerumah ibu tanggal di Felda Taib Andak dan mendoakan kesejahterannya sekeluarga.


Seorang warga emas yang hidup dalam serba kekurangan dan memerlukan pembelaan.


Hasrat PAS Kulai untuk membaiki semula rumah warga emas tersebut.





1 ulasan:

  1. orang orang islam tidak akan dapat bersatu dengan sistem politik barat(yahudi)melainkan dengan sistem islam yang dicontohkan oleh nabi s.a.w .melaluai quran dan sunah.allah lah yang berhak menghukum,(sistem),bukan manusia(mufti),maksud al quran,apakah hukum jahiliyah yang mereka pilih selain hukum allah,bukan kah hukum allah yang terbaik,

    BalasPadam