Khamis, April 21, 2011

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kulai kali ke 23.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kulai kali ke 23 telah diadakan di Palm Villa Resort, Bandar Putra, Kulai pada hari Ahad 17 April 2011 bersamaan 13 Jamadiawal 1432H. Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Dzulkifli bin Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor.

Mesyuarat kali ini berlangsung setelah Pilihanraya Negeri Sarawak selesai diadakan. Walaupun PAS gagal melahirkan anak sulungnya dinegeri itu tetapi rakan-rakan dari Pakatan Rakyat telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pilihanraya kali ini. Sehubungan dengan itu, Tn Hj Dzulkifli telah memperingatkan perwakilan agar hubungan dengan rakan-rakan parti di dalam PR perlu diperkemaskan lagi. PRN Sarawak telah memberi isyarat yang jelas bahwa masyarakat Cina terus konsisten untuk membawa perubahan pucuk pimpinan negara.

Disamping itu saf pimpinan parti hendaklah diperkasa dan sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi pembubaran parlimen. Johor yang sedang dilanda dengan pelbagai masaalah dalaman khususnya hutang kepada kerajaan pusat, kini dilihat semakin tenat. Peluang terhidang ini jika dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh PR dengan menjelaskan kepada rakyat Johor tentang kedudukan kewangan kerajaan negeri dan ditambah dengan mood masyarakat Cina yang konsisten, peluang PR menerajui kerajaan Johor dilihat cerah.

Usaha-usaha untuk memasyarakatkan PAS perlu dilakukan secara berterusan sehingga orang Melayu dapat menerima kehadiran PAS sebagai ganti kepada UMNO. PAS hendaklah sentiasa dilihat bersedia untuk mendengar rintihan dan keluhan bangsa Melayu serta bertindak membela mereka. Inilah tugas dan amanah yang perlu dilaksanakan oleh setiap petugas PAS bagi merealisasikan kemenagan yang diimpikan.


Majlis perasmian dan para perwakilan.


Ucapan YDP Kawasan dan Tim. Pesuruhjaya PAS Negeri Johor.


Proses pengundian AJK baru sessi 2011-2013.


Kematangan ahli terserlah menerusi perbahasan yang hebat.


Saf kepimpinan baru dan ucapan pengulunggan.


Doa wehdah dibaca sebagai penutup mesyuarat agung.


Salam perpisahan menjadi tradisi gerakan Islam sebagai tanda ukhuwah yang kental.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan