Rabu, Januari 30, 2013

20 TahunTanpa Air Bersih

PAS Kulai pernah menyiarkan berita ini dan tersebar di alam maya melalui blog, website dan facebook. Pelbagai komentar yang diberikan daripada pembaca di alam siber. Ada yang marah dan tak kurang juga yang memuji.

Baru-baru ini penulis dan Sdr. Mazlan Aliman berkunjung sekali lagi ke rumah En. Wahab untuk bertanya khabar. Lawatan kali kedua ini menyaksikan keluarga En Wahab berhadapan dengan masalah air yang sangat kritikal. Sungai yang menjadi sumber air kepada keluarga ini mengalami pencemaran yang teruk sekali dimana airnya berkeladak dan berwarna merah. Seminggu keluarga ini berulang alik kerumah anaknya untuk mendapatkan bekalan air bersih. Sabar sungguh En Wahab. Tak tahulah dah sampai mana tahap kesabaran beliau. Hanya tuhan saja yang tahu.

Masalah 9 buah keluarga di Kg. Pisang, Bukit Batu ini telah mendapat maklum balas daripada pihak SAJ. Jawapan standard iaitu sedang menanti peruntukkan daripada Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah. Jawapan daripada pejabat daerah masih ditagih. Tindakan selanjutnya yang akan diambil ialah membawa kesembilan keluarga yang terbabit ini ke pejabat daerah untuk berunding terus dengan Pegawai Daerah bagi mendapatkan kata putus daripada mereka. Ianya akan diambil sebaik saja kami menerima jawapan bertulis daripada pejabat daerah. Hairan juga, penerima salinan surat telah memberikan jawapan tetapi sipenerima masih berdiam.


Kami sedang menunggu jawapan daripada Pejabat Daerah sebelum tindakan selanjutnya diambil......



Selasa, Januari 29, 2013

Listen.....Listen......Listen......I Speak You Listen

Ceramah : PASCA HKR KL112. X' PRESI ANAK MUDA bersama
BADRUL HISHAM SHAHRIN ( CHE'GU BARD )


 

Konvoi Penerangan dan Kebajikan PAS Kawasan Kulai.

27 Januari 2013 (Ahad).
PAS Kawasan Kulai telah menganjurkan program tersebut bersama-sama AJK PAS Pusat Sdr. Mazlan Aliman yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor. Program kali ini melibatkan tiga lokaliti didalam UPU Kg. Rahmat disamping UPU Sedenak. Lokaliti yang dimaksudkan ialah :-
  1. Taman Manis
  2. Taman Wawasan
  3. Kampung Rahmat
  4. Pekan Sedenak
Program telah bermula pada jam 10.00pg dan berakhir jam 5.00ptg. Seramai 15 keluarga telah diziarahi yang terdiri daripada ibu tunggal, mereka yang uzur, menerima ujian kematian dan daif. Sumbangan yang dihulur berbentuk barangan makanan, pakaian dan sedikit saguhati berupa wang ringgit.

Kehadiran warga PAS telah diterima dengan baik walaupun dihadapan rumah mereka terpasang bendera UMNO dan BN. Mereka memberitahu bahwa bendera-bendera tersebut telah dipasang oleh orang yang tidak dikenali dan tanpa pengetahuan tuan rumah. "Biarpun bendera terpacak dihalaman rumah, tetapi undi tetap rahsia" kata salah seorang penduduk yang kami temui.

Demikianlah 'desparate'nya UMNO untuk menghadapi PRU yang akan datang ini. Perkara seumpama ini tidak pernah berlaku dalam PRU-PRU sebelumnya. Ini menunjukkan bahwa mereka sudah mula rasa goyah untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat yang semakin hari semakin diterima oleh masyarakat.

Program ini diakhiri dengan ceramah singkat di Pekan Sedenak. Jelas kelihatan momentum yang ditunjukkan oleh masyarakat Tionghua untuk berubah. Mereka sudah tidak sabar lagi untuk membuat perubahan. Hanya menunggu saat dan ketikanya sahaja. Rata-rata mereka yang kami temui melahirkan rasa ketidak puasan hati mereka terhadap kerajaan Barisan Nasional. "Ini kali la....sudah tentu...." kata mereka dengan penh semangat.

Program ini akan diteruskan disetiap hujung minggu dan cuti umum khusus dalam menuju 100 hari PRU 13. Nantikan kami dilokaliti anda........

                  TAKBIR..........

Rabu, Januari 23, 2013

Tuntutan Rakyat.......


AWAS.........


Sila klik pada gambar untuk mendapatkan imej yang lebih jelas.

 

Selasa, Januari 22, 2013

Pelancaran Bulan Cinta Rasulullah s.a.w.

PAS Kawasan Kulai telah mengadakan program tersebut pada 07 Rabiulawal 1434H bersamaan 19 Jan 2013M di Felda Bukit Permai. Pelancaran telah disempurnakan oleh Sdr. Mazlan Aliman selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor merangkap Presiden ANAK. Serentak dengan itu satu program gerak tumpu DUN juga telah diadakan dengan beberapa program seperti :


  1. Ziarah
  2. Rawatan Darul Syifa'
  3. Yassin Muslimat
  4. Tazkirah
Semua program telah berlangsung didua lokaliti iaitu Felda Bukit Permai dan Kg. Murni Jaya. Gotong-royong mengecat rumah tidak dapat dilaksanakan kerana hujan turun disepanjang hari. Walaubagaimanapun ia tetap akan diadakan pada masa yang akan ditentukan kelak.

Kemumcak kepada program sehari di UPU Bukit Permai dan Murni Jaya ialah penampilan istimewa penyanyi Iwan Dangdut. Sambil bercerita mengenai pengalamannya berhijrah, beliau telah mendendangkan 5 buah lagu terbarunya yang berunsurkan ketuhanan dan dakwah. Walaupun hujan dari pagi hingga ke malam, ramai juga yang datang untuk melihat persembahan Iwan pada malam itu.

Sebelum program ini berlangsung, pelbagai tekanan telah diberikan oleh UMNO Cawangan khususnya dari Kg. Murni Jaya. Tidak cukup dengan poster yang ditampal dikoyakkan, banner yang digantung telah dicarik-carik. Sebelum itu, seorang penduduk di kampung yang sama telah diugut oleh ketua JKKK dan Ketu Pemuda UMNO Cawangan, agar jangan membenarkan pemuda-pemuda PAS datang mengecat rumah beliau.

Inilah sikap tidak bertamadhun yang ditunjukkan oleh pimpinan UMNO setempat yang mula merasakan kedudukan mereka tergugat. Sejak kejadian membakar bendera PAS dan menyuruh penerima bantuan beg sekolah daripada PAS agar membakar beg yang diberi, semakin ramai pemuda kampung berkenaan mendekati PAS. Apabila berita 78 orang samseng UMNO menyertai PAS tersebar kini semakin ramai yang telah mengisi borang PAS untuk menjadi ahli. Maklumat terakhir yang diterima ialah sekitar 130 orang telah pun mengisi borang keahlian yang kebanyakkannya daripada anak muda.

Inilah yang amat menggerunkan mereka sehingga bertindak diluar batas pemikiran manusia yang normal. Syabas diucapkan kepada jentera PAS di dua UPU berkenaan kerana telah bertindak secara profesional dan tidak menimbulkan sebarang kekecuhan. Masyarakat kini bukan seperti dahulu. Mereka kini bijak untuk menilai dan seterusnya tahu siapa yang sebenarnya layak untuk dipilih sebagai pemimpin.
 KESIAN UMNO


Jumaat, Januari 18, 2013

Cintailah Rasulullah



MASA 9.00pg HINGGA 11.00mlm
SEMUA DIJEMPUT HADIR