
PROGRAM TERSEBUT AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT :
- TARIKH : 23 JULAI 2011 (SABTU)
- MASA : 9.00 PAGI
- KAWASAN : SEKITAR DUN BUKIT PERMAI
- TEMPAT BERKUMPUL : PUSTAKA KULAI
KEARAH NEGARA BERKEBAJIKAN

Bulan Julai ini PAS Kulai telah menganjurkan 2 ceramah melibatkan pimpinan PAS Pusat. Ceramah pertama bersempena dengan Isra' Mi'raj dan ceramah kedua sempena Nisfu Sya'ban. Ceramah Isra' Mi'raj telah dihadiri oleh YB Dr Zulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor manakala ceramah Nisfu dihadiri oleh Al-Fadhil Ust. Idris Ahmad, AJK PAS Pusat.
Tanggal 9 Julai 2011 telah berlalu dan sekali lagi telah berjaya melakar sejarah negara. Puluhan ribu anak muda turun kejalanraya menuntut keadilan yang selama ini telah dinafikan oleh sang penguasa. Uniknya kali ini ia melibatan penyertaan daripada semua lapisan masyarakat tanpa mengira warna kulit, bangsa, keturunan, bahasa, budaya dan agama. Ia melambangkan satu bangsa yang bersatu menuntut hak mereka. Inilah yang amat digeruni oleh rejim pemerintah.
uk para pengampu dan penjilat mereka, puluhan ribu rakyat Malaysia telah turun menuntut agar suara mereka didengar. Himpunan BERSIH 2.0 telah membuktikan amarah rakyat sudah tidak dapat dikekang lagi. BERSIH kali ini sudah mula meminta korban. Dahulunya, rakyat hanya didera tapi kali ini seorang mujahid sudah melakar nama sebagai seorang pejuang tulin. Al- Fatihah buat Allahyarham Baharuddin Ahmad, semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada'.
dak akan melupakan peristiwa ini sepertimana Memali. Ia akan terus terpahat diminda para pejuang yang cintakan keadilan dan kedamaian. Petanda ini menunjukkan UMNO/BN semakin terhakis dari hati rakyat Malaysia khususnya anak muda. Penulis berdoa agar momentum yang ditunjukkan ini dapat dimanifestasikan ke dalam kotak-kotak undi. Inilah sebenarnya semangat BERSIH yang perlu terus disemarakkan. Jangan kita hanya seronok turun kejalanraya dengan jumlah yang begitu besar sehingga terlupa matlamat sebenar perjuangan ini. BERSIH harus diturunkan kekampung-kampung. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik Felda perlu disedarkan betapa pentingnya kita membebaskan minda rakyat yang di kongkong oleh penjajah alaf baru (neo-kolonisma). Golongan ini perlu dicelikkan agar mampu keluar daripada kepompong kebodohan ciptaan UMNO/BN. Anak-anak muda yang turut serta pada Sabtu 9 Julai 2011 yang lalu perlu mengekalkan semangat BERSIH yang ada dan menyelinap masuk ke akar umbi memberitahu kepada emak-ayah serta keluarga betapa pentingnya kita perlu menyelamatkan negara ini daripada pemimpin yang rakus. Gerak kerja pencerahan akal ini perlu dipergiatkan dan tidak boleh ditangguh.