Khamis, Jun 09, 2011

HAKIKAT INSAN

Firman Allah swt yang bermaksud :
"Manusia itu hendaklah memerhatikan dari apa dia dijadikan. Dijadikan dari air yang terpancar (air mani) yang keluar dari antara tulang sulbi laki-laki dan tulang dada perempuan". (At-Tariq : 5-7).

FimanNya lagi yang bermaksud :
"Dan apakah manusia itu tidak memperhatikan bahwa Kami menciptakannya dari setitir air (mani) maka dia menjadi penentang yang nyata. Dan dia membuat perumpamaan bagi Kami dan dia lupa kepada kejadiannya". (Yasin :77)

Kalau diperhatikan kepada dua ayat diatas, Allah membicarakan kepada hambanya daripada dan bagaimana manusia itu diciptakan. Manusia yang dahulunya tiada, maka diadakan oleh Allah dan diberi pelbagai nikmat diatas muka bumi ini tanpa sebarang bayaran se-sen pun. Tiba-tiba dia menjadi penentang yang nyata kepada Allah swt akibat lupa kepada asal kejadiannya.

Selama berada didalam rahim ibu, manusia itu memakan pelbagai macam najis. Lama kelamaan yang tadinya air, berubah bentuknya menjadi segumpal darah (alaqah), sesudah itu menjadi seketul daging(mudghah). Dengan qudrat dan iradat Allah swt, ditiupkan kedalam tubuhnya itu roh dan dijadikannya pancaindera yang dipergunakan sebagai alat dalam mendayung bahtera kehidupan didunia ini. Beginilah caranya Tuhan mengeluarkan seseorang kepada nurulhayah. Dikeluarkannya dari tempat yang sempit dan gelap didalam rahim ibu lahir kedunia sebagai makhluk insani.

Harus diingat bahwa manusia itu tadinya adalah bayi, lemah, tidak sanggup mengerjakan apa-apa. Tidak upaya menutupi keperluan hidup. Disinilah Allah swt dengan ilmu, kudrat dan iradat Nya memberikan sebab-sebab yang membimbing dan menyokong dalam pertumbuhan kehidupan, semakin hari semakin bertambah besar dan akhirnya menjadi seorang anak muda. Sudah itu tenaganya semakin hari semakin lemah, dari muda beransur-ansur tua. Demikian juga kemampuan berfikir semakin hari semakin berkurang dan pada akhirnya kembali seperti anak-anak.

Demikian juga alat indera dan akal fikiran, semakin lama semakin berkurang, sudah pelupa dan sudah banyak yang salah dalam segala tindakannya. Ibarat pelita yang sudah kehabisan minyak, cahayanya semakin lama semakin malap sebagai tanda sudah mendekat kepintu kubur. Inilah roda putaran manusia seandainya dipanjangkan Allah umur mereka. Bilamana cahaya hidupnya telah pudar, maka ketika itu jasadnya yang kasar ini akan terbaring di liang lahad. Hartabenda yang dikumpul, anak dan isteri serta kaum kerabat dan handai taulan yang tidak terpisah selama ini, akan ditinggalkan buat selama-lamanya. Harta dunia akan tinggal didunia sedangkan manusia akan kembali menghadap Tuhan Pencipta.

Bilamana diperhatikan jalan hidup didunia yang pendek ini, hidup tidak ubah seperti seteguk air atau mimpi diwaktu senja. Manusia tidak akan mampu menahan putaran roda kehidupan biar sekelip mata sekali pun. Manusia perlu mengakui bahwa di alam ini tersembunyi kekuatan tinggi maha ghaib, kekuatan raksaksa yang tidak boleh dikendalikan menurut kemahuan diri sendiri. Allahlah yang memberikan kehidupan kepada makhlukNya yang hina ini menurut sekehendak hatiNya. Demikian juga mengambil kembali bila dikehendakiNya, seakan-akan manusia tiada daya upaya sama sekali.

Walaupun manusia melalui ketajaman akal fikiran kurniaan Allah swt mampu mencipta senjata, meneroka angkasa lepas dan mengumpul harta sebanyak mungkin, namun mereka tidak berdaya sama sekali bila mana berhadapan dengan kudrat Illahi. Hebat manapun seorang manusia itu, pasti akan sujud menyembah bumi bila tiba masanya.

PATUTKAH MANUSIA MELAWAN KHALIQNYA?


Isnin, Jun 06, 2011

MUKTAMAR PAS KE 57

Muktamar PAS ke 57 sudah pun berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang insiden yang dapat menjadi topik hangat untuk diperdebatkan. Pemilihan berjalan dengan lancar dan para perwakilan dapat memilih calon yang bertanding dengan tenang tanpa sebarang gangguan. PAS benar-benar menterjemahkan proses demokrasi yang tulen tanpa sedikitpun palitan cemar yang dapat memburukkan imej parti.

Media arus perdana menggambarkan berlakunya pertembungan sengit dalam perebutan kerusi pimpinan parti pada kali ini berdasarkan senarai calun yang bertanding. Laporan berita yang dipaparkan seolah-olah wujudnya pertembungan antara golongan ulama' dan profesional. Maka tercatatlah istilah kem Erdogan dan kem Erbakan.

Penulis yang telah beberapa kali menghadiri Muktamar Agung PAS Pusat termasuk ketika berlangsungnya pemilihan, tidak kelihatan sebarang kem seperti yang digembar-gemburkan bahkan kempen juga tidak berlaku. Semua yang menawarkan diri untuk bertanding, hendak bersalam pun agak keberatan kerana takut diistilahkan sebagai berkempen. Didalam PAS, budaya meminta jawatan memang tidak berlaku. Istilah pertandingan yang digunakpakai oleh media arus perdana perlu diperbetulkan. Kerana mereka yang dikatakan bertanding sebenarnya menawarkan diri untuk berkhidmat dan sedia memikul amanah. Inilah bezanya antara gerakan Islam dengan parti sekular.

Tiada istilah kalah atau menang didalam gerakan Islam. Mereka yang diberi amanah perlu menunaikan tanggungjawab', kerana setiap kerja buat akan ditanya oleh Allah swt di yaumul masyar. Sebab itu tiada sebarang jamuan bagi meraikan kemenangan. Tiada hadiah atau cenderahati jauh sekali habuan wang. Inilah yang memeningkan kepala puak-puak sekular. Abang Mat Sabu ketika ucapan penangguhan menceritakan : "Saya ke Putrajaya pada 2 Jun 2011 dan bertemu dengan PM Najib. Najib menegur : Apa kau buat disini? Bukankah sepatutnya kau berkempen?". Juak-juak sekular memikirkan pertandingan didalam parti seperti yang mereka lalui. Itulah indahnya hidup berjemaah didalam PAS. Walaupun masing-masing mempunyai penyokong tetapi tidak kelihatan sebarang pengasingan ataupun kelompok penyokong tertentu. Setelah pengumuman dibuat semua perwakilan menerima dengan lapang dada dan terbuka termasuk mereka yang menawarkan diri untuk berkhidmat. Tiada langsung raut wajah kecewa.

Tiba-tiba keluhan rasa kecewa kedengaran dari pihak lawan. 'PAS sudah lari dari prinsip perjuangan mereka'. 'PAS menolak ulama'. 'PAS sudah tidak memperjuangkan konsep Negara Islam'. PAS....PAS...PAS....bermacam-macam lagi media berkomentar sehinggalah artikel ini ditulis. Sejak bila UMNO sayangkan ulama'?. Sejak bila UMNO concern tentang Negara Islam bawaan PAS? Sejak bila UMNO prihatin tentang pimpinan dan ahli PAS? Sesuatu yang pelik tapi kini menjadi benar. Maka berbicaralah ayam sabung UMNO yang dibeli dari reban PKR melalui media arus perdana, mengkritik PAS kerana kononnya lari dari dasar perjuangan.

Ini merupakan petanda UMNO yang gelisah sudah semakin gerun melihat barisan pimpinan baru PAS yang dikatakan oleh Dato' Seri Presiden sebagai team pilihanraya. Masih terngiang di telinga penulis kata-kata YB Sallehudin semasa ucapan penangguhannya : "UMNO jangan cuba bermain api kerana kesepakatan yang ada ini akan membuatkan UMNO menyembah bumi". Ayuh kita tumbangkan UMNO/BN dalam pilihanraya yang akan datang.

TAKBIR!!!!!!!!

Rabu, Jun 01, 2011

Tarif Elektrik, Pemimpin BN Main Silap Mata

Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap kerajaan BN bermain silap mata dengan rakyat isu kenaikan tarif elektrik . Sedangkan pada 25 Mei 2011 kabinet memutuskan minyak RON 95 tidak naik dengan alasan prihatin kerajaan kepada rakyat. Tiba-tiba rakyat dikejutkan dengan pengumuman kerajaan mengenai kenaikan tarif letrik 7.12% bermula 1 Jun 2011.

Menjadi kebiasaan akhbar Umno ( Utusan Malaysia) dengan tajuk "Tiada Kenaikan Guna 300 kWj". Inilah kerja Utusan Malaysia yang mencari apa sahaja hujah untuk membela penguasa yang tidak berhati perut terhadap rakyat. Tidak hairanlah kepada kita jualan semakin merudum, terpaksa ditaja oleh GLC dan korporat Umno untuk diberi percuma sahaja. Rakyat sedang menghukum Utusan dengan tidak membeli, kerana ia bukan suara hati rakyat, tetapi suara Umno.

Menjadi kelaziman biasa kepada pemimpin BN setiap kali berlaku kenaikan keperluan rakyat maka hujah mereka tidak terjejas rakyat bawahan. Ketika menaikan tarif elektrik, pemimpin BN berhujah 75% isi rumah rakyat Malaysia tidak terjejas. Mereka cuba menyembunyikan kepada rakyat "kesan berantai" kerana kenaikan tarif elektrik. Hujah mereka kenaikan tarif baru hanya membabitkan industri, tidak melibatkan pengguna biasa. Sedangkan kenaikan tarif akan terbeban kepada rakyat walaupun bil elektrik dirumah tidak naik, tetapi barang keperluan akan naik. Hujah yang sama juga Umno BN gunakan untuk menipu rakyat ketika kerajaan menaikkan tol, dengan hujah rakyat biasa tidak terjejas kerana tidak ada kenderaan. Mereka berhujah seolah-olah rakyat tidak beli sayur dan barang keperluan, sedangkan keperluan dapur dibawa melalui tol. Harga tol akan ditanggung oleh rakyat sebagai pengguna. Fakta ini disembunyikan kepada rakyat untuk menghalalkan tindakan mereka.

Menurut ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng akan berlaku kenaikan harga barang makanan kerana industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik. Menurutnya walaupun 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna,"

Kemungkinan tarif letrik akan dinaikkan setiap enam bulan kerana menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.

“Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan,” kata Chin di Putrajaya semalam.



Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Ahad, Mei 22, 2011

Utusan Malaysia Bukan Mewakili Orang Melayu

Parti Islam Semalaysia tidak akan menyahut seruan PERKASA untuk mempertahankan akhbar Utusan yang kononnya akhbar orang Melayu. Layakkah akhbar Utusan Malaysia mewakili orang Melayu sedangkan etika laporan yang dilaporkan oleh akhbar tersebut tidak menepati ciri-ciri Melayu jauh sekali dengan ajaran Islam.

Tepatnya akhbar ini ialah Utusan Umno, bukan mewakili suara orang Melayu. Pemberitaan yang dilaporkan lebih kepada provokatif dan fitnah. Terbaru dengan berita yang sensasi kononnya Malaysia akan menjadi negara Kristian seperti yang disiarkan oleh akhbar tersebut pada 7 Mei 2011. Menyiarkan berita untuk membangkitkan emosi orang Islam, sekiranya tidak kena gaya negara boleh terbakar. Tetapi Alhamdulillah PAS berjaya menenangkan keadaan umat Islam.

Utusan beruntung kerana mereka kebal dari tindakan undang-undang. Rakyat Malaysia tentu masih ingat, Suara Keadilan yang menyiarkan berita Felda bankrap, terus diberi amaran dan permit digantung.

Utusan Malaysia tidak layak mewakili suara orang Melayu, kerana budaya Melayu tidak menerima unsur lucah dan fitnah. Melayu yang dikaitkan mesti beragama Islam, sudah tentu tidak boleh menerima tatacara budaya seperti ini.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Rabu, Mei 18, 2011

Program PAS Kawasan Kulai.

Berikut adalah program PAS KAwasan Kulai bagi dua minggau akhir bulan Mei 2011.

1. Ziarah ukhuwah bersama AJK PAS Pusat Sdr. Mazlan Aliman ke Felda Bukit Permai, Kg. Murni Jaya dan Felda Inas.

Tarikh : 17 Mei 2011(Selasa)
Masa : 9.00pg
Tempat : Berkumpul di PUSTAKA, Taman Mewah, Kulai.

2. Kuliah Umum : Islam dan Hak-haknya.

Tarikh : 19 Mei 2011
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Dataran PUSTAKA, Taman Mewah, Kulai.

3. Usrah Ziarah ke Felda Inas

Tarikh : 20 Mei 2011(Jumaat)
Masa : Selepas Solat Isya'
Tempat : Berkumpul di PUSTAKA, Taman Mewah, Kulai & Solat Isya' bersama.

4. Ziarah ibu tunggal Pn Sabariah bte Salleh di Kg. Murni Jaya.

Tarikh : 21 Mei 2011 (Sabtu)
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Berkumpul di PUSTAKA, Taman Mewah, Kulai.

5. Dialog bersama YB Dato' Seri Presiden Tn Guru Hj Hadi Awang.

Tarikh : 22 Mei 2011 (Ahad)
Masa : 5.00 ptg
Tempat : Tapak Pasar Malam Taman Putri, Kulai.

6. Pidato Politik bersama Che'gu Bad

Tarikh : 26 Mei 2011
Masa : 9.00mlm
Tempat : Dataran Pustaka Taman Mewah, Kulai.

7. Gotong-royong.

Tarikh : 29 Mei 2011
Masa : 9.00pg
Tempat : Masjid Felda Bukit Permai.

SEMUA DI JEMPUT HADIR.

Sabtu, Mei 14, 2011

GST, Kerajaan BN Tidak Mampu Urus Rakyat

Parti Islam Se-Malaysia tetap membantah GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan. Tindakan ini melambangkan kerajaan BN, gagal memberi keselesaan kepada rakyat dan lari daripada tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan. Apakah tugas kerajaan hanya menaikkan cukai sahaja, sedangkan kualiti hidup rakyat semakin teruk seperti perkhidmatan awam yang tidak pernah selesai, subsidi gula, minyak dipotong menyebabkan hidup rakyat semakin tertekan.

PAS bersetuju dengan pandangan Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, biarpun GST mampu meningkatkan pendapatan negara, kemampuan rakyat menghadapi tekanan harga barang yang lebih tinggi juga perlu diberi perhatian.


Alasan Datuk Seri Najib yang mengatakan cukai pendapatan akan dikurangkan apabila kerajaan melaksanakan GST. Ini alasan Pak Pandir untuk melindungi kebebalan kerajaan yang tidak kreatif dan inovatif untuk menjana pendapatan negara akibat daripada rasuah dan pembaziran yang melampau.

Apakah Datuk Seri Najib tidak terfikir hanya 2 juta rakyat negara ini yang layak membayar cukai. Bagaimana manfaat yang didapati oleh majoriti rakyat, terutama rakyat miskin yang tidak membayar cukai. Maknanya manfaat pengurangan cukai hanya kepada pembayar cukai, sedangkan GST semua terbeban kerana tidak ada pengecualian ketika membeli barang keperluan.

Tidak cukup lagikah wang kerajaan yang diperolehi melalui cukai perkhidmatan yang dinaikkan daripada 5% kepada 6%. Setiap pemegang kad kredit wajib dikenakan membayar RM50 untuk setiap kad.

PAS menegaskan jika kerajaan BN tidak mampu menjaga kebajikan rakyat, sila serahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang terbukti dan teruji. Jika Datuk Seri Najib dan rakan-rakan BN hanya hendak menyusahkan rakyat lebih baik berundur secara terhormat.



Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS Bersama PR, Umno Rugi Melayu Untung

Sejak PAS bersama dengan Pakatan Rakyat, maka terdapat suara sumbang supaya PAS jangan bersama PR, barulah kami akan sokong PAS. Persoalannya ketika PAS bersendirian pun puak ini tidak menyokong PAS juga. Ini hanya golongan mencari alasan sahaja. Sebenarnya mereka ialah orang yang diperalatkan oleh Umno termasuk melalui doktrin yang dibawa melalui Biro Tatanegara. Berbagai alasan supaya PAS keluar daripada PR, barulah dapat melaksanakan agenda Islam yang lebih terancang, sehingga pipi tersorong-sorong untuk menyuruh PAS berpakat dengan Umno. Sengaja saya meletakkan tajuk ini supaya menjelaskan bahawa Melayu tidak rugi kalau menjauhkan diri daripada Umno. Selama ini pemimpin umno, menganggap Umno sahaja boleh menjaga melayu. Sebenarnya yang rugi bila PAS bersama PR ialah Umno.


Umno rugi kerana tidak dapat memfaraid harta rakyat dengan rakus. Terutama negeri-negeri yang kaya seperti Selangor. Memerintah Selangor seperti memerintah Malaysia kerana di sini ialah lubuk emas. Pemimpin Umno teringin untuk mendapat Selangor sehingga meleleh air liur apabila mengenangkan banyak projek yang selama ini diperolehi oleh suku sakat meraka sudah tidak ada lagi. Selangor ialah sebuah negeri industri, pelabuhan, lapangan terbang dan pusat pengajian tinggi. Jika PAS tidak bersama dengan PR sudah tentu pemimpin Umno menjadi korporat, Melayu merempat.

Umno rugi tidak boleh mematikan majlis ilmu yang diimarahkan di seluruh masjid negeri Pakatan Rakyat. Mereka mengetahui apabila rakyat berilmu dan beragama maka tidak ada harapanlah untuk bersama dengan Umno. Apabila rakyat memahami Islam yang syumul maka rakyat akan mengetahui bahawa Islam yang dihayati oleh Umno tidak menepati dengan kehendak agama yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Melayu untung bila bersama dengan Pakatan Rakyat kerana dapat mendampingi ulamak yang muttaqin yang sering menyampaikan risalah Islam di masjid dan surau. Samaada melalui ceramah, forum, kuliah dan wacana ilmu. Selama ini orang Melayu dijauhkan dengan ulamak yang muttaqin. Ulamak diburu seperti komunis bintang tiga. Rakyat Selangor tidak akan lupa bagaimana Dato' Dr Harun Din, almarhum Datuk Ishak Baharom bekas mufti kerajaan Selangor diburu dan hendak ditangkap semata-mata kerana hendak menyampaikan risalah agama. Sebenarnya Umno yang rugi kerana gagal menjauhkan rakyat dengan ulamak yang muttaqin. Walaupun mereka cuba mempopularkan ulamak mereka melalui media namun selera rakyat tetap tidak beralih kepada ulamak yang Umno taja. Umno rugi kerana ulamak yang muttaqin ini tidak bersama dengan Umno dan tidak sealiran dengan perjuangan Umno, sebaliknya ia lebih selari dengan perjuangan PAS.

Melayu untung kerana dapat menikmati limpahan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT di negara ini kerana Pakatan memerintah negeri mereka. Selama ini rakyat tidak pernah terfikir mendapat air percuma setiap bulan. Apabila mati waris mendapat wang RM2500. Malahan rakyat yang diperintah oleh Umno begitu cemburu dengan apa yang diperolehi oleh rakyat di negeri PR. Pemimpin Umno tidak pernah terfikir untuk memberi kembali kepada rakyat, yang paling menyedihkan rakyat, apa sahaja program yang dibuat oleh negeri Pakatan Rakyat maka mereka menuduh negeri tersebut akan bankrap. Umno merasa rugi kerana lebihan wang negeri di kembalikan kepada rakyat. Selama ini wang ini akan masuk ke dalam kantong mereka sendiri, dengan membiarkan rakyat hidup susah. Kesusahan rakyat akan menjadi simpanan tetap Umno setiap kali pilihanraya. Melayu yang senang tidak bersama dengan Umno. Sekarang Melayu senang , pemimpin Umno yang susah.

Melayu untung dapat menyampai dakwah Islam secara bebas menepati dengan manhaj Rasulullah SAW tanpa sekatan. Lebih daripada itu Islam dapat dilihat oleh orang bukan Islam secara praktikal, bukan sahaja teori. Bagaimana rakan-rakan PR yang bukan Islam begitu berminat untuk mengetahui ajaran Islam, fenomena ini berbeza dengan MCA rakan karib Umno walaupun sudah bersahabat hampir 54 tahun tetapi tidak memahami Islam dan sensitiviti orang Islam. Keceluparan mulut Dr Chua Saw Lek adalah bukti gagalnya Umno mendidik rakan politik mereka. Ucapan beliau yang mengguris perasaan orang Melayu seperti memperlekeh Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan lelaki yang bukan mahram. Ketika isu ini dibangkitkan maka rakan-rakan bukan Islam dalam PR tolong menjelaskan kepada orang bukan Islam. Inilah manfaat yang cukup berharga diperolehi oleh orang Melayu apabila berjaya menyampaikan Islam kepada bukan Islam. Suasana ini tentulah merugikan Umno, kerana mereka berusaha untuk memastikan supaya orang bukan Islam tidak nampak kebaikan Islam, dengan ini mudah untuk mereka mengekalkan kuasa mereka.

Melayu untung kerana mereka boleh berniaga berdasarkan merit dan kebolehan bukan berdasarkan di mana kamu menjadi ahli cawangan Umno. Trend perniagaan ini telah ditamatkan di bawah Pakatan Rakyat. Keadaan ini merugikan Umno, selama ini mereka hanya bertindak sebagai broker dengan memakan persen sahaja bukan kerana kebolehan mereka. Akhirnya projek kepentingan negara hangus dan hancur kerana diberi kepada bukan ahlinya. Buat stadium runtuh, kapal selam tidak boleh menyelam, jambatan MRR2 retak, semuanya angkara kroni Umno.

Melayu untung kerana dapat melihat orang agama mentadbir negeri dengan baik dan teratur. Selama ini Umno ajar orang Melayu, bahawa ustaz atau Tuan Guru hanya boleh membaca kitab di dalam masjid. Kemampuan Tuan Guru Nik Aziz yang memerintah Kelantan lebih 20 tahun walaupun mempunyai kekangan kewangan namun lebih berjaya daripada negeri yang diperintah oleh Umno. Begitu juga kemampuan Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang telah menunjukkan rekod cemerlang menguruskan Kedah walaupun terpaksa memikul bebanan hutang peninggalan BN RM2.3 bilion. Apa yang mengejutkan Kedah telah menunjukkan prestasi kewangan dengan lebihan RM19 juta untuk kewangan 2010. Negeri yang diperintah oleh Umno, pengurusan kewangan mereka boleh diletakkan di dalam Wad "ICU". Jika sekiranya tanpa bantuan pusat mungkin rakyatnya akan dilelong.

Melayu untung apabila PAS bersama dengan PR, kerana taraf hidup rakyat berjaya ditingkatkan. Kebetulan rakyat miskin di negara ini majoriti rakyatnya ialah orang Melayu. Kelantan sewaktu tahun 1990, negeri ini nombor dua termiskin, sekarang berada di tangga keenam. Ini menunjukkan PAS akan berusaha untuk memastikan kualiti hidup rakyat lebih terbela. Ia berlainan daripada tindakan Umno yang mengkhianat orang susah kebetulannya orang Melayu. Rakyat miskin akan menjadi simpanan tetap Umno setiap kali pilihanraya. Tidak hairanlah kepada kita bagaimana miskin memang dirancang supaya rakyat sentiasa di tahap miskin. Buktinya wang untuk Projek Perumahan Rakyat Termiskin sebanyak RM32 juta lesap. Dana untuk saham bumiputera sebanyak RM52 bilion telah lesap. Dana sebanyak ini membolehkan bumiputera memiliki ekuiti saham lebih 45 peratus.



Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat