Isnin, November 22, 2010
Ceramah Tuan Haji Mohamad Bin Sabu di Felda Taib Andak, Kulaijaya pada 20.11.2010.
Lain halnya yang berlaku di Felda Taib Andak ketika ceramah Tuan Haji Mohamad Bin Sabu, Polis cuba bertindak sebagai tuan rumah dalam rumah orang lain ........fikirkan lah.
Meminjam kata-kata Abang Mat Sabu, 'Undang-Undang Jakun, Negara Jakun'
Sabtu, November 20, 2010
Indahnya Islam....
Itu masjid negeri, memang patut pun. Tapi ketika maghrib di masjid seksyen 24, suasana dimasjid negeri hampir serupa. Imamnya muda, bacaannya bagus, jemaahnya pun ramai. Tertulis di papan kenyataannya jumlah kurban untuk tahun ini sebanyak 17 ekur. Majlis tazkirah dan kuliah, setiap hari. Level masjid seksyen 24 sama aje jika dibandingkan dengan masjid di kampung, di felda dan taman-taman di Johor. Mungkin suasana yang serupa dapat dirasai di Masjid Bandar Baru Uda. Tempat-tempat lain mungkin ada tapi tak banyak. Sebab kuliah di Johor hanya yang bertauliah saja yang dibenarkan. Johor terkenal dengan aktiviti menyekat kuliah dan tazkirah, terutama di bulan Ramadhan. Yang menjadi wajib ialah terawih 20 rakaat.
Inilah natijahnya apabila Islam dinobatkan. Masyarakat terpimpin dengan ilmu yang menjadi tonggak kepada kejayaan ummah didunia dan akhirat. Dulu kita melihat suasana ini di Kelantan tapi sekarang Selangor sudah mula menjejakinya. Johor.....entah bila. Duduklah membetulkan taranum tak habis-habis. Tak salah... tapi banyak lagi yang perlu dibereskan khususnya akidah ummah.
Tahniah buat Dato' Dr Hasan Ali..
Selasa, November 16, 2010
Ceramah Qurban.

Tarikh : 20 November 2010 (Sabtu)
Tempat : PASTI Taman Anjaria, Kulai, Johor.
Masa : 9.00 mlm.
Sebelum ceramah, agihan daging kurban akan diadakan kepada golongan yang kurang bernasib baik disekitar Taman Anjaria dan Felda Taib Andak. Pengagihan akan dilakukan selepas solat asar. Sahabat yang berkelapangan dijemput hadir untuk turut serta. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Sdr Saadon di talian 019-9433821.
PAS tidak akan naik kapal bocor.
Umno hanya boleh hidup dengan 3 M sahaja, iaitu Wang, jentera kerajaan dan media. Umno sudah tidak bermaya untuk hidup dan bermain di atas padang yang sama rata. Jika Umno tidak ada 3 M maka Umno akan berkubur begitu sahaja.
PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat, kerana ini adalah percubaan politik yang terbaik walaupun dalam usia yang agak muda. Umno dengan kekuatan media perdana ynag berada di tangan mereka cuba menggelapkan berita kebaikan PAS yang telah disumbangkan melalui Pakatan Rakyat, kes banjir di Kedah adalah satu contoh. PAS sebagai sebuah parti yang mempunyai idelologi yang jelas dan mempunyai kepimpinan yang berkualiti dan ahli yang ikhlas akan terus mara kedepan bagi membentuk lanskap baru dalam politik negara.
PAS menganggap cukuplah Umno yang telah diberi mandat untuk mengetuai negara lebih separuh abad. Apa yang Umno boleh banggakan untuk tatapan generasi akan datang?. Rakyat merasakan sudah cukup penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh mereka dengan tekanan hidup akibat salah guna kuasa. Walaupun negara ini adalah anugerah Allah dengan hasil mahsul yang banyak, namun masih ramai rakyat yang tidak bertanah Contohnya Sabah, tanah yang terbentang luas, hasil yang melimpah ruah, namun masih ada rakyat yang membina rumah di atas air. PAS tidak akan izinkan Umno ,mengkhianat rakyat untuk separuh abad yang kedua pula. PAS wajib ganti Umno.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Isnin, November 08, 2010
Peringatan bagi mereka yang melaksanakan ibadat kurban.
Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban.
Sudah menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah.
Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberi menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.
Ali r.a berkata, Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik Baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya) serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1317).
Memahami Ibadat Kurban.
SYARAT KORBAN DAN BINATANG YANG DIKORBANKAN
1. Binatang yang hendak dijadikan qurban itu, hendaklah dari binatang yang tidak cacat seperti pincang, sangat kurus, sakit, terpotong telinganya, terpotong ekornya. Umur yang disarankan bagi binatang yang akan diqurbankan itu adalah seperti berikut;
i. Kambing atau domba yang telah berumur satu tahun lebih atau sudah berganti gigi
ii. Kambing biasa yang telah berumur dua tahun lebih.
iii. Unta yang telah berumur lima tahun lebih.
iv. Sapi, kerbau atau lembu yang telah berumur dua tahun lebih.
v. Sekiranya ternakan betina, pastikan ternakan tersebut tidak bunting ketika hendak dikorbankan. Bagaimanapun, korban tetap dianggap sah, jika selepas disembelih didapati haiwan ternakan itu sedang bunting.
Sabda Rasulullah SAW;
Maksudnya;
Daripada Barra’ bin ‘Azib, Rasulullah SAW bersabda;
“ Empat jenis binatang yang tidak sah dijadikan qurban, yang rosak matanya, yang sakit, yang pincang dan yang kurus dan tidak mempunyai isi.” (Hadis riwayat Muslim)
Seekor kambing hanya untuk korban satu orang diqiaskan dengan denda meninggalkan wajib haji. Akan tetapi seekor unta, lembu, kerbau boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian menurut pandangan Syafi’iyyah. Sabda Rasulullah SAW;
Daripada Jabir , beliau berkata :
“Kami telah menyembelih korban bersama dengan Rasulullah SAW, pada Tahun Hudhaibiyah, seekor unta untuk tujuh orang dan seekor lembu untuk tujuh orang.” (Hadis Riwayat Muslim)
Maksudnya;
Daripada Abbbas, kami pernah bersama-sama dengan Rasululah SAW dalam satu perjalanan, ketika itu masuk hari raya qurban, maka kami bersama-sama menyembelih seekor lembu untuk tujuh orang dan seekor unta untuk sepuluh orang.” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan An-Nasa’i)
2. Korban dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan.
Dalam Mazhab al-Maliki ditambah dua syarat lagi, iaitu;
1. Penyembelih mestilah terdiri dari seorang muslim, oleh yang demikian tidak sah sembelihan seorang kafir yang telah diwakilkan oleh tuan korban kepadanya. sekiranya dia ahli kitab, maka harus memakan daging sembelihannya.
2. Tidak boleh berkongsi beberapa orang dalam membayar harga binatang korban, kecuali mereka terdiri daripada kaum kerabatnya yang terdiri daripada anak-anak, adik-beradik dan anak bapa saudaranya dan termasuk juga isteri atau suami dan ke semua mereka tinggal serumah dengannya.
WAKTU MELAKUKAN QURBAN
Waktu menyembelih qurban adalah bermula daripada matahari setinggi tombak, pada hari Raya Haji sehingga terbenam matahari pada 13 bulan Zulhijjah.
Sabda Rasulullah SAW;
“Barangsiapa yang menyembelih korban sebelum solat Hari Raya Haji, sesungguhnya dia menyembelih untuk dirinya sendiri dan barangsiapa menyembelih korban sesudah solah Hari Raya dan dua khutbahnya, sesungguhnya dia telah menyempurnakan ibadahnya dan telah menepati sunnah atau aturan umat Islam.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Maksud ‘Solat Hari Raya Haji’ dalam hadis di atas adalah waktunya, bukannya solatnya, kerana mengerjakan solat tidak menjadi syarat kepada sembelihan korban.
Sabda Rasulullah SAW;
Maksudnya;
“Semua hari tasyrik (iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah), adalah waktu yang dibolehkan untuk menyembelih qurban.” (Hadis riwayat Ahmad)
PERKARA YANG DISUNATKAN KETIKA MENYEMBELIH KORBAN
1. Menurut Mazhab Hanafi, sunat bagi orang yang hendak berkorban mengikat binatang yang akan dikorbankannya beberapa hari sebelum hari korban, untuk menunjukkan bahawa ketika bersedia untuk melakukan ibadah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah dan menzahirkan rasa bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya. Di samping itu juga dimakruhkan sekiranya kita menggunakannya untuk menunggang, mengambil susunya, bulunya dan sebagainya.
2. Sunat disembelih sendiri oleh mereka yang berkorban, kerana boleh mendekatkan dirinya kepada Allah.
3. Sunat dihadapkan binatang yang akan disembelih ke arah kiblat, sepertiman yang dilakukan oleh Rasulullah SAW berdasarkan hadis Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh semua imam.
4. Sunat kepada orang yang berkorban menyaksikan binatang korbannya, sepertimana Rasulullah SAW berkata kepada Fatimah:
Maksudnya;
Daripada Imran bin Husain, Rasulullah SAW bersabda;
“Bangunlah menuju tempat binatang korbanmu dan saksikanlah, kerana ia akan menyebabkan dosamu terampun bagi setiap titisan darah yang tumpah, bagi setiap satu dosa yang pernah engkau lakukan…” (Hadis riwayat Al-Hakim, Al-Baihaqiy dan At-Tabraniy)
1. Membaca Basmalah (Bismillahirrahmani rrahim) sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir menyatakan bahawa kami telah menunaikan solat al-Adha bersama Rasulullah SAW, selepas selesai daripada solat tersebut, dibawa dihadapan baginda seeokor kibas, maka baginda menyembelihnya dan baginda membaca;
Maksudnya;
“ Dengan nama Allah dan Allah Maha besar, Ya Allah ini adalah (korban) dariku dan daripada mereka yang tidak mampu untuk berkorban dari kalangan umatku.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan At-Tirmizi)
2. Membaca salawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
3. Takbir (Menyebut Allahu Akbar)
4. Mendo’akan agar sembelihan tersebut diterima oleh Allah, seperti berkata “ YA Allah, ini adalah amalan yang Engkau perintahkan supaya aku kerjakan keranaMu, terimalah amalku ini)
5. Binatang yang disembelih itu hendaklah dihadapkan ke arah kiblat di atas rusuk kirinya, sekiranya binatang tersebut terdiri daripada lembu dan kambing.Sabda Nabi SAW;
Maksudnya;
Daripada Anas bahawa Rasulullah SAW telah melakukan korban dengan dua ekor kambing yang baik-baik, beliau menyembelihnya sendiri, beliau membaca bismillah dan beliau bertakbir.” (Hadis riwayat Bukhari danMuslim)
Ketika melakukan korban Rasululah membaca;
Maksudnya;
“Ya Allah terimalah kurban Muhammad, ahli kelurganya dan umatnya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)
1. Memastikan bahawa binatang yang akan dikorbankan itu terdiri daripada binatang yang terbaik dari semua sudut, kerana binatang tersebut merupakan korban untuk mendapat ganjaran di akhirat.
2. Memastikan alat yang digunakan untuk menyembelih terdiri daripada alat yang tajam yang diperbuat daripada besi.
3. Menunggu sebentar selepas menyembelih sehingga binatang tersebut dipastikan benar-benar telah mati.
4. Menurut pandangan Mazhab Syafi’e, Malikiy dan sebahagian daripada Mazhab Hambali, disunatkan kepada mereka yang ingin melakukan ibadah korban, apabila masuknya hari ke sepuluh daripada bulan Zulhijjah, supaya tidak mencukur rambut dan memotong kuku sehinggalah selesai ibadah korban. Pendapat ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW;
Maksudnya;
“ Sekiranya kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu mahu melakukan korban maka biarkan (jangan dipotong) rambut dan kuku-kukunya.” (Hadis diriwayatkan oleh semua Imam kecuali Bukhari)
PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN
1. Terdapat dua pandangan
i . Jumhur Fuqahak (Mazhab Hanafi, Malikiy dan Hambali)
Menurut Mazhab Hanafi, harus memakan daging korban yang disunatkan, manakala korban nazar atau korban wajib diharamkan untuk memakannya.
Menurut Mazhab Malikiy dan Hambali pula memakan daging korban nazar dibolehkan sama seperti korban sunnah dan disunatkan supaya mencampurkan kedua-dua korban tersebut sama ada untuk dimakan, disedekahkan dan dijadikan sebagai hadiah. Namun begitu mereka menghukumkan makruh sekiranya kita memakan atau menyimpan kesemua daging tersebut melebihi tiga hari.
Maksudnya;
“ Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lain) berikanlah untuk dimakan oleh orang-orang sengsara lagi fakir.” (Surah Al-Haj : Ayat 28)
FirmanNya lagi;
Maksudnya;
Dan berilah makan kepada orang yang redha dengan apa yang ada pada dirinya (orang yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta-minta.” (Surah Al-Haj: ayat 36)
Namun begitu, sekiranya disedekahkan ke semuanya kepada orang lain, terutama fakir miskin, maka dianggap lebih baik dan sempurna. Walau bagaimanapun digalakkan kepada orang yang berkorban untuk mengambil sedikit daging korban untuk dirinya dan keluarganya sebagai ‘Tabarruk’ (mengambil bekat dari ibadah korban tersebut).
Tambahan : Menurut Mazhab daging korban juga boleh diberikan kepada orang-orang yang bukan Islam, terutama mereka yang diharapkan akan memeluk agama Islam, selepas pemberian tersebut, untuk menunjukkan kebaikan dan pengiktirafan Islam kepada mereka sebagai manusia.
BEBERAPA KESILAPAN DALAM IBADAH KORBAN
1. Ada beberapa golongan masyarakat yang melakukan kesilapan dengan melakukan ibadah korban pada malam hari raya. Amalan ini tidak menepati sunnah dan sekiranya dilakukan juga, sembelihan tersebut tidak dikira sebagai ‘Ibadah Korban’, kerana para ulamak mengaggap perbuatan tersebut sebagai ‘Makruh’.
2. Begitu juga dalam masalah pembahagian daging korban. Masih ada amalan di mana daging yang telah dikorbankan dibahagi kepada tujuh bahagian, manakala bahagian tertentu (biasanya kepala, bahagian rusuk, batang pinang) diperuntukkan atau dikhususkan kepada tukang sembelih sebagai upah. Tindakan ini sama sekali tidak dibenarkan, kerana setiap bahagian daging korban adalah sedekah dan sedekah sama sekali tidak boleh dijadikan sebagi upah. Sekiranya kita masih ingin memberikan upah kepada tukang sembelih, pihak yang berkongsi korban, boleh membayar lebih sedikit daripada harga sebenar binatang korban dan menyerahkan lebihan wang tersebut kepada tukang sembelih.
3. Melaksanakan ibadah korban dengan tujuan untuk menunjukkan kepada orang ramai akan kemampuan dirinya untuk melakukan korban, supaya dengan itu mereka akan dipandang mulia, dihormati dianggap sebagai orang yang hebat di sudut kemampuan kewangan, sedangkan dia sepatutnya insaf bahawa hanya korban yang disertakan dengan keikhlasan dan ketaqwaan sahaja yang diterima di sisi Allah. Firman Allah SWT;
Maksudnya;
“Daging-daging korban dan darahnya itu, sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, akan tetapi (keikhlasan) yang lahir dari ketaqwaan darimulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah memudahkan bagimu (binatang korban itu) untuk kamu supaya kamu mengagongkan Allah lantaran petunjukNya kepadamu dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang melakukan kebaikan.”
(Surah al-Haj : ayat 37)
4. Pembaziran daging korban. Di mana terdapat daging korban yang lambat diagih-agihkan menyebabkan daging tersebut menjadi busuk. Di samping sikap sebahagain daripada kita yang terlalu tamak menghimpunkan daging korban, tetapi akhirnya menjadi busuk dan rosak, apabila ruang peti ais rumah kita tidak mampu memuatkan semua daging korban yang kita bawa pulang.
5. Pembahagian daging korban yang hanya ditentukan kepada kumpulan-kumpulan atau puak-puak tertentu sahaja, dengan mengenepikan hak orang lain terutama yang tinggal sejiran, sekampung atau setaman dengan kita.
6. Kedatangan ke masjid, ke surau atau ke tempat sembelihan, semata-mata untuk mendapatkan bahagian dari pembahagian daging korban, namun begitu tidak mensyukuri nikmat Allah setelah memakan dan menikmati daging korban tersebut, dengan cara melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya. Malah ada di antara mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke suarau dan ke masjid atau bermuamalah dengan penduduk setempat.
SILA RUJUK :
1. Al-Quran dan terjemahannya
2. Al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuha : Dr. Wahbah Az-Zuhailiy
3. Fiq As-Sunnah : Syeikh Sabiq
4. Tarbiyatul Aulad : Dr. Abdullah Nasih Ulwan
5. Al-Fiqh al-Islamiy : Haji Sulaiman Rasyid
6. Tuntutan Qurban : Prof. Dr. T.M Hasbi As-Siddiqiy
7. Hukum Qurban dan Sembelihan : Kiyai Haji Abdurrahman
Disediakan oleh:
Ustaz Shahrom Abu Hassan
Penasihat Syariah Qurban Aqiqah JIM 1431H
Isnin, November 01, 2010
Apa ada di Batu Sapi dan Galas.
Kalau berpandukan berita TV Malaysia (tidak kiralah apa saluran sekalipun; percuma atau berbayar), rasanya di Sabah sudah tidak ada lagi ahli Parti Keadilan Rakyat dan SAPP. Sebab semuanya dah menyertai UMNO. Berdasarkan senario ini, apa perlunya BN berkempen bermati-matian kerana sudah pasti menang. Apa tidaknya, sudah tidak ada lagi ahli pembangkang kerana dah menyertai UMNO. Tapi kempen jalan setengah mati. Taktik lama yang lapuk dan masih diguna pakai untuk mengabui mata penyokong lama dan juga lapuk. Inilah masanya rakyat menikmati pembelaan, dari masyarakat orang asli di Gua Musang hinggalah rakyat pribumi di Sabah. Inilah juga masanya rakyat melihat para menteri turun bertemu rakyat. Dari yang menjaga kebajikan hinggalah yang menjaga hal ehwal jalanraya.
Dalam suasana kehangatan berkempen ketika ini, apa yang menarik hati penulis ialah mengenai isi ceramah YAB Lim Guan Eng bersama YAB Tok Guru Nik Aziz dan YB DSAI di galas menerusi laman web malaysiakini. Beliau telah melontarkan satu persoalan yang mudah, yang hanya memerlukan jawapan yang mudah melalui fikiran yang amat mudah. Maknanya tidak perlu berfikir lama untuk menemukan jawapan. Soalannya ialah : UMNO kata PAS diperalat oleh DAP; MCA pula kata DAP diperalat oleh PAS. UMNO tarik bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat; kerajaan PR yang dipimpin oleh DAP beri semula bantuan tersebut. Siapakah yang JAHAT ? Kalau nak meminjam kata-kata Hishamudin Rais, jawapannya ialah GEROMBOLAN. (UMNO la tu)
Tidak sekadar itu, UMNO juga kata Lim Guan Eng anti Melayu. Tetapi si UMNO lupa, Lim Guan Eng merengkok dalam penjara kerana membela Melayu di Melaka. Nak bercerita pasal kedurjanaan UMNO ni tak larat nak tulis. Cukuplah penulis meminjam kata-kata YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar, Selangor ketika menjawap soalan wartawan tentang kritikan Khir Toyo mengenai pentadbiran beliau di Selangor; "What ever he commented, I had done better than him". Jawapan yang mengunci segala persoalan berikutnya. PR telah membuktikan kepada rakyat bahwa mereka adalah lebih baik dari BN.
Berbalik kepada isu di Galas dan Batu Sapi. Dalam kerancakkan berkempen, tiba-tiba YB Kulim Bandar Baru yang dah bebas tu meroyan mengatakan ada pakatan sulit antara DAP dengan PKR. Pakatan sulit ini tidak diketahui oleh PAS. Terima kasihlah kepada sikulim bebas ni kerana mendedahkan pakatan sulit tersebut. Maka bermulalah juak-juak UMNO menjaja berita kononnya PAS akan tersisih. Segenap lapisan pimpinan gerembolan menyatakan kesedihan mereka akibat pakatan sulit itu. Kesian juga rupanya UMNO kat PAS. Sejak bila pulak UMNO jadi begitu prihatin pada nasib PAS ni. Setahu penulis, yang jadi tukang balun sampai sanggup membunuh orang-orang PAS ialah cukong-cukong gerombolan (meminjam kata-kata pengendali blog tukartiub).
Takpelah....biarkan mereka dengan jajan yang dijaja. Apa yang menarik dalam isu ini ialah, setakat ini tidak kedengaran seorang pun dari kalangan pimpinan PAS yang memberi reaksi. Senyap aje... 'Is not an issue at all' Terkedu gerembolan. Mereka yang sibuk, sedangkan pimpinan dan orang-orang PAS tak layan pun. Manakan tidak, diatas pentas ceramah ketiga-tiga pimpinan parti duduk sekali tanpa sebarang masalah. Rupa-rupanya keserasian mereka membuatkan UMNO rimas, gelabah dan tak tentu arah. Ibarat kapal hilang pedoman diwaktu malam.
Begitulah keadaannya kelompok yang sudah berada di penghujung usia. Sebab itulah presiden mereka akan mempertahankan Putrajaya 'at all cost'. Macam bapak dia punya pulak Malaysia ini. Bagi pengundi Batu Sapi dan Galas, penulis nak ingatkan ; cukuplah kita ditipu. Jangan biarkan mereka terus menipu. Sudah sampai masanya kita menamatkan riwayat pemerintahan mereka. Ajar mereka di Batu Sapi dan Galas.
Selamat Mengundi dan sama-sama kita membawa perubahan kearah Malaysia yang lebih dinamik.