Khamis, Februari 20, 2014

Demo Bantahan Terhadap Kassim Ahmad.





JOM TURUN BERAMAI-RAMAI DI MASJID BANDAR BARU UDA BAGI MENUNJUKKAN BANTAHAN TERHADAP ORANG YANG MENGHINA NABI S.A.W.


Selasa, Februari 18, 2014

Status Permohonan Tanah di Tan Yoke Fong, Kulaijaya.


Isnin 17 Feb 14

Satu sidang media telah diadakan semalam di Taman Mas Kulai bagi menjelaskan kedudukkan permohonan tanah penduduk Jln Tan Yoke Fong sebagai susulan daripada pertemuan dengan Pentadbir Tanah Daerah Kulaijaya sedikit masa dulu. Permohonan mereka telah pun diterima oleh Pej. Tanah Kulaijaya dan kini permohonan tersebut sedang diproses. Pimpinan Pakatan Rakyat Parlimen Kulai mengharapkan agar permohonan ini dapat disegerakan proses kelulusannya memandangkan permohonan mereka telah tertangguh sekian lama. Seramai 55 orang pemohon telah diterima oleh pejabat tanah dan selebihnya akan menyusul kemudian. Dalam permohonan ini terdapat 9 pemohon dari keluarga Melayu yang juga menetap disana. Mereka mengharapkan pada tahun baru akan datang mereka akan dapat tinggal diatas tanah mereka sendiri.

Ahad, Februari 16, 2014

Isnin, Januari 20, 2014

Edaran Limau Sempena Tahun Baru Cina.



19 jan 2014 (Ahad)
Pakatan Rakyat Kulai telah mengedarkan limau manderin kepada orang ramai sekitar Taman Gemilang dan Pekan Sengkang. Turut Hadir ialah pimpinan Pakatan Rakyat Parlimen Kulai
1. YB Teo Nie Ching (MP Kulai)
2. YB Shu Qi Wong (ADUN Senai)
3. Sdr. Mazlan Aliman (TPJ 2 PAS Johor)
Tetamu jemputan pada pagi itu ialah YB Lim Kit Siang.
Sebanyak 50 kotak limau habis diagih kepada orang ramai tanpa mengira bangsa.
Selepas itu satu sidang media telah diadakan bagi menyatakan pendirian PR terhadap dakwaan oleh seorang bloger yang memuatkan berita kononnya kekuatan DAP di Johor membuatkan seorang muslimat berbangsa Cina dipaksa menanggalkan tudungnya sewaktu mengajar. Di sidang media yang sama, PR menjelaskan isu tunjuk perasaan UMNO Pulau Pinang yang sengaja memainkan sentimen perkauman dalam respon mereka keatas isu kangkung adalah satu provokasi yang perlu dipandang serius oleh pihak keselamatan. Perkara seperti ini tidak harus dibiarkan demi menjaga kerharmonian kaum yang telah dijalin sekian lama.
Program edaran limau secara bersama ini menunjukkan betapa PAS dan Pakatan Rakyat memandang serius keharmonian kaum ini dapat dipelihara melalui amalan silang budaya bagi mengikis sentimen perkauman yang tidak menguntungkan.







Ahad, Januari 05, 2014

2 Jan 2014 (Khamis)
Pakatan Rakyat Parlimen Kulai telah dijemput menyertai operasi bersepadu yang diketuai oleh Jabatan Alam Sekitar Johor berkenaan aduan rakyat mengenai pelupusan sisa pepejal yang mencemarkan alam sekitar khususnya pencemaran udara hasil daripada aktiviti pembakaran terbuka. Pencemaran ini dapat dirasakan oleh penduduk sekitar bandar Kulai terutama :
  1. Taman Permata Impian
  2. Kawasan perumahan Taman Mas, Taman Mewah, Taman Desa, Taman Saga serta taman-taman sekitarnaya.
  3. Taman Makmur
  4. Bandar Putra dan
  5. Felda Taib Andak
Selama ini penduduk menyangka bau busuk yang dihidu setiap malam datangnya daripada kesan pembakaran ayam atau pembakaran mayat daripada kawasan perkuburan yang terdapat disitu. Sangkaan ini ternyata meleset apabila aktiviti pelupusan sisa pepejal ini dapat dihidu.

Ekuran daripada itu, tinjauan telah dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat Kulai berserta penduduk setempat. Satu sidang media telah diadakan bagi mendedahkan aktiviti tidak sihat ini. Sehubungan dengan itu pihak Jabatan Alam Sekitar Johor bersama Jabtan dan Agensi yang terlibat telah mengadakan tinjauan mengejut ketapak pelupusan yang terbabit. Antara yang terlibat pada pagi itu ialah :
  1. Bahagian Penguatkuasaan MPKu
  2. Perbadanan Pelupusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (PPSPPA)
  3. Southern Waste Management (SWM) dan
  4. Polis.
Kali ini kami mendapat kebenaran masuk kedalam permis berkenaan dan menyaksikan sendiri bagaimana banyaknya timbunan sampah yang terdapat didalamnya. Menurut Pegawai SWM yang turut serta dalam operasi ini, berdasarkan timbunan sampah yang ada, menunjukkan aktiviti ini telah berjalan lebih daripada 5 tahun. Kawasan lembah yang terdapat dalam permis ini telah ditimbusi dengan sisa buangan hingga menjadikan sebuah bukit yang tinggi.

Pakatan Rakyat Kulai dalam sidang media yang diadakan selepas tinjauan itu, mengharapkan pihak-pihak yang berwajib dapat mengambil tindakan yang sewajarnya menurut akta sedia ada bagi menghentikan aktiviti pembakaran terbuka yang telah menjejaskan kualiti udara sehingga menimbulkan pencemaran bau yang teruk.

Gambar timbunan sampah yang terdapat dalam permis berkenaan.







Sidang media selepas tinjauan

Rabu, Januari 01, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Tahun 2014 kini menjelma. Rakyat Malaysia telah dihidangkan dengan pelbagai habuan kenaikkan daripada kerajaan UMNO / Barisan Nasional sejak mereka memenangi Pilihanraya ke 13 Mei lalu. Melangkah saja kaki kedalam tahun 2014, tarif baru lektrik sedang menanti. Kenaikkan tol ditunda sebentar akibat desakkan rakyat yang semakin memuncak. Dengan keadaan ekonomi yang semakin menghimpit, kenaikkan harga barang yang mendadak, kos sara hidup yang semakin tinggi dan jurang pendapatan yang kian melebar, golongan marhain kini terpaksa mengerah keringat dan bersengkang mata untuk meneruskan kehidupan.

Golongan elit tidak merasakan kepedihan ini. Mendiami rumah besar yang tersergam indah sambil bersantai menikmati minuman petang di tepi kolam renang, mereka tidak memahami apa erti kepayahan dalam meneruskan kelangsungan hidup. Sehingga tergamak mengatakan mereka yang bangkit menentang kenaikkan harga barang sebagai golongan yang tidak pandai bersyukur. Ironinya lagi, diajak rakyat menabung dan berjimat cermat sambil memberi peringatan 'beli apa yang perlu saja'. 

Enak benar mereka berbicara di kaca tv dan corong radio serta dada akhbar. Tahukah mereka, rakyat kebanyakkan kini sedang bergelut untuk meneruskan hidup, apatah lagi menjelang sessi persekolahan baru yang memerlukan wang yang banyak untuk dibelanja. Seenaknya disuruh rakyat menabung. "Pandai sangat suruh kita menabung, duit pun tak ada nak menabung apa" rungut seorang anak muda ketika menonton tv sambil sarapan pagi.

Apa yang pasti, tahun 2014 bakal menjadi tahun yang benar-benar mencabar kesabaran rakyat dalam mendepani kehidupan seharian. Ambang 2014 dapat menyaksikan amarah rakyat yang TURUN membantah diatas tindakan kerajaan yang tidak mempedulikan nasib mereka.

SELAMAT TAHUN BARU.











Selasa, Disember 31, 2013

Ceramah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS)


Kuliah Maghrib : Surau Taman Senai Utama (9 Jan 14)
Kuliah Subuh : Masjid Senai (10 Jan 14)

Permohonan Tanah oleh Penduduk Kg Tan Yoke Fong, Kulai.

30 Disember 2013, Kulaijaya.
Seramai 41 orang penduduk dari Kg. Tan Yoke Fong, Kulai telah dibawa bertemu dengan Pentadbir Tanah Daerah Kulaijaya bagi mendapatkan status terkini kedudukan tanah yang telah mereka diami sejak 50 tahun dahulu. Ini merupakan tindakan susulan hasil daripada pertemuan pertama yang telah diadakan sebelum PRU13. Tindakan susulan ini telah mendapat sambutan yang amat baik daripada penduduk kampung berkenaan kerana sebelum ini janji yang ditabur hanya tinggal janji. Tapi kali ini, apabila Pakatan Rakyat menguasai parlimen Kulai, tindakannya nyata berbeza. Jawatankuasa bertindak yang ditubuhkan dibawah naungan ADUN Senai benar-benar berfungsi dimana dapat disaksikan penduduk dibawa bersama berbincang dengan Pentadbir Tanah Daerah Kulaijaya untuk mendapatkan gambaran sebenar status permohonan mereka.

Walaupun kebanyakkan mereka merasa tidak puas hati dengan penerangan yang diberi, namun menampakkan sedikit harapan apabila diberitahu kawasan tersebut telah pun diukur untuk penempatan. Bagi penduduk yang belum mengemukakan sebarang permohonan mereka diminta berbuat demikian sebelum tindakan lanjut dapat diambil. Sementara menanti permohonan mereka diproses, jawatankuasa yang dilantik bolehlah berhubung dengan pihak pentadbir tanah untuk mengetahui kedudukan terkini permohonan mereka. Inilah jaminan yang diberi didalam pertemuan tersebut.

Pihak Pakatan Rakyat Kulai mengucapkan terimakasih diatas kerjasama yang diberi bagi memenuhi permintaan rakyat. Dalam masa yang sama, PR juga mengharapkan agar penduduk asal kampung berkenaan diberikan keutamaan didalam permohonan ini. Perkara ini telah disuarakan oleh Sdr. Mazlan Aliman yang menjadi jurucakap penduduk kepada pegawai berkenaan kerana dibimbangi apabila permohonan dibuka, maka ramai pemohon akan mengemukakan borang permohonan yang akhirnya penduduk asal berputih mata. Jaminan inilah yang ditagih daripada Pentadbir Tanah Kulaijaya agar layanan yang adil diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira batas kaum, agama dan fahaman politik.

Tindakan susulan berikutnya akan diadakan pada 1 Januari 2014.

Para penduduk dibawa bertemu Pentadbir Tanah Daerah Kulaijaya.



Sdr. Mazlan menyerahkan borang permohonan kepada Pentadbir Tanah Daerah Kulaijaya.
Penduduk bergambar bersama pimpinan PR Kulai setelah selesai perbincangan.


Isnin, Disember 30, 2013

Misi Kemanusiaan ke Kemaman Kali ke 2

25 Disember 2013 yang lalu PAS Kulai telah pergi sekali lagi ke Kemaman untuk melaksanakan misi kedua seperti yang dirancang. Misi kali ini turut disertai oleh Sdr. Mazlan Aliman selaku Tim. Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Johor yang juga merangkap Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Kali ini kami terus kekawasan DUN Chukai yang diwakili oleh PAS didalam Parlimen Kemaman. Yb Hanafiah telah sedia menanti dan kami dibawa terus ke Kg. Paya Berenjut, sebuah perkampungan Melayu yang kali pertama dilanda banjir.

Barangan yang dibawa seperti :
  1. Air minuman
  2. Makanan ringan (biskut, mee segera dan barangan dalam tin)
  3. Pakaian termasuk pakaian sekolah  
Kesemuanya telah diturunkan disurau bersebelahan dengan tadika PASTI kampung berkenaan.

Sesudah itu, kami dibawa untuk bergotong-royong membantu penduduk kampung yang dilanda hakisan air banjir. Terdapat 5 buah rumah yang teruk dilanda hakisan. Sebanyak 20 buah lori pasir digunakan bagi menimbus kembali tanah yang telah dihakis.

Setealah dijamu dengan makan tenghari, YB Hanafiah telah membawa kami meninjau kesan banjir yang melanda bandar Kemaman sebelum kami dibawa untuk singgah sebentar ke rumah beliau yang juga telah ditenggelami air. Semasa tinjauan kami, banjir telah pun surut 3 minggu tetapi kesannya masih dapat dilihat dengan longgokan peralatan rumah yang musnah dihadapan rumah masing-masing. Kebanyakkan para penduduk masih bertungkus lumus membersihkan rumah mereka. Rumah YB sendiri ditenggelami air sedalam 1.5m dan hampir kesemua pintu dirumahnya tidak dapat ditutup rapat.

Sewaktu bersembang YB menyatakan, kawasan kampung teruk dilanda air bah, tetapi kesan yang dihadapi oleh penduduk bandar lebih dahsyat dibandingkan dengan penduduk kampung. Mereka terpaksa memulakan penghidupan baru kerana semua peralatan rumah musnah. Proses pemulihan ini akan menganbil masa paling kurang 6 bulan bagi mereka untuk kembali seperti sedia kala. Kata pepatah Melayu "Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya". Diatas keperihatinan ini, PAS Kulai telah menyumbang sebanyak RM3000.00 dalam bentuk wang tunai bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung hasil daripada sumbangan orang ramai. Walaupun sumbangan ini amatlah kecil jika dibandingkan dengan kemusnahan yang mereka hadapi namun kebersamaan untuk merasai keperitan ujian amat dihargai.

Sehubungan dengan itu PAS Kulai telah melancarkan derma berbentuk 'Periuk Nasi Elektrik 1.8L' untuk diagihkan kepada penduduk Kemaman dengan sasaran 300 unit. Kepada para dermawan yang ingin menyumbang boleh berhubung dengan :
  1. Sdr. Aziz Jaafar : 019-7143675 / 017-7711395
  2. Sdr. Juwahir Amin : 019-7648741
  3. Sdr. hasli Halida : 013-5449967
Sumbangan anda ama-amat kami hargai. Kepada yang telah menyumbang, kami mengucapkan Jazakallah Khairan Kasira. Semoga Allah memberkati sumbangan anda sekelian.

Gotong-royong di Kg Paya Berenjut.







Keadaan pasca banjir di taman perumahan bandar Kemaman.






Ziarah ke rumag YB Hanafiah ADUN Chukai.





Isnin, Disember 23, 2013

Misi Kemanusiaan Siri 2

PAS Kulai akan mengadakan misi kedua bagi membantu mangsa banjir. Misi kali ini akan tertumpu di DUN Chukai Kemaman. Sumbangan dalam bentuk peralatan sekolah amat kami perlukan. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai misi kali ini boleh melaporkan diri kepada :
1) Sdr Aziz Jaafar - 019-7143675 / 017-7711395
2) Ahmad Thobrani - 013-7216173
3) Juwahir Amin - 019-7648741

Kerja memunggah barang akan dilakukan di PASTI Al-Hikmah (belakang) selepas isya' 24 Dis 2013. Perjalanan akan bermula selepas itu.

Rabu, Disember 18, 2013

Misi Kemanusiaan Ke Pahang dan Terengganu.

Alhamdulillah, misi ini telah pun dilaksaanakan dengan jayanya pada 14 & 15 Dis 2013 yang lalu. Seramai 12 anggota telah terlibat yang dipimpin oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kulai Sdr. Aziz Jaafar.

Peserta telah memulakan perjalanan sekitar jam 11.00mlm pada hari Jumaat (13 Dis 13) setelah mendengar taklimat ringkas dan bacaan doa selamat. Beberapa barangan keperluan seperti dapur gas, peralatan mencuci, barangan dapur, makanan, pakaian dsb telah dibawa bagi membantu mangsa-angsa banjir. Semangat yang ditunjukkan khususnya anak-anak muda amat menggalakkan dalam misi ini.

Rombongan PAS Kulai telah menginap di markas PAS Paya Besar Pahang seperti yang telah diuruskan oleh Sdr. Mazlan Aliman. Pagi itu misi bantuan telah bermula sambil menyerahkan sedikit bantuan di kawasan tersebut. Peserta telah bertolak ke Kemaman pada tengahari dan disambut oleh pimpinan PAS Kawasan Kemaman di markas besar PAS Kemaman yang diketuai sendiri oleh YDP.

Di Kemaman para petugas telah melaksanakan misi sebenar bagi membantu mangsa-mangsa banjir tanpa mengambil kira fahaman politik. Inilah sikap didikasi yang ditunjukkan oleh para peserta tanpa sebarang upah. PAS Kulai mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak langsung terutama para peserta dan para dermawan yang telah sama-sama menjayalkan misi kemanusiaan ini. Semoga amal kebajikan ini tercatit sebagai antara amalan-amalan soleh disisi Allah SWT.

Gambar-gambar sekitar misi :
1) Memunggah barang kedalam kenderaan sebelum berlepas.

2) Markas PAS Paya Besar Pahang.

3) Kemaman, Terengganu.