Rabu, Disember 18, 2013

Misi Kemanusiaan Ke Pahang dan Terengganu.

Alhamdulillah, misi ini telah pun dilaksaanakan dengan jayanya pada 14 & 15 Dis 2013 yang lalu. Seramai 12 anggota telah terlibat yang dipimpin oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kulai Sdr. Aziz Jaafar.

Peserta telah memulakan perjalanan sekitar jam 11.00mlm pada hari Jumaat (13 Dis 13) setelah mendengar taklimat ringkas dan bacaan doa selamat. Beberapa barangan keperluan seperti dapur gas, peralatan mencuci, barangan dapur, makanan, pakaian dsb telah dibawa bagi membantu mangsa-angsa banjir. Semangat yang ditunjukkan khususnya anak-anak muda amat menggalakkan dalam misi ini.

Rombongan PAS Kulai telah menginap di markas PAS Paya Besar Pahang seperti yang telah diuruskan oleh Sdr. Mazlan Aliman. Pagi itu misi bantuan telah bermula sambil menyerahkan sedikit bantuan di kawasan tersebut. Peserta telah bertolak ke Kemaman pada tengahari dan disambut oleh pimpinan PAS Kawasan Kemaman di markas besar PAS Kemaman yang diketuai sendiri oleh YDP.

Di Kemaman para petugas telah melaksanakan misi sebenar bagi membantu mangsa-mangsa banjir tanpa mengambil kira fahaman politik. Inilah sikap didikasi yang ditunjukkan oleh para peserta tanpa sebarang upah. PAS Kulai mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak langsung terutama para peserta dan para dermawan yang telah sama-sama menjayalkan misi kemanusiaan ini. Semoga amal kebajikan ini tercatit sebagai antara amalan-amalan soleh disisi Allah SWT.

Gambar-gambar sekitar misi :
1) Memunggah barang kedalam kenderaan sebelum berlepas.

2) Markas PAS Paya Besar Pahang.

3) Kemaman, Terengganu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan