Isnin, Februari 18, 2013

Mendekati rakyat.

16 Februari 2013.
Satu pertemuan dengan masyarakat Cina yang mendiami kawasan Tan Yoke Fong telah diadakan disebuah kedai minum. Hari itu merupakan hari ketujuh Tahun Baru Cina dan merupakan hari kemanusiaan menurut kepercayaan mereka. Sehubungan dengan itu, PAS Kawasan Kulai telah menyediakan sedikit cenderahati berupa barangan keperluan harian untuk diagihkan kepada 20 keluarga.

Turut sama dalam majlis itu ialah pimpinan ketiga-tiga komponan Pakatan Rakyat daripada DAP dan PKR. Dalam pertemuan ringkas sebelum agihan barangan dilakukan, pelbagai masalah yang dihadapi telah disuarakan terutamanya tentang status tanah yang mereka duduki sekarang. Baru penulis sedar bahwa kawasan kediaman masyarakat Cina di Tan Yoke Fong masih berstatus sementara walaupun telah didiami melebihi 30 tahun. Selama ini mereka tidak berani menyuarakan masalah mereka kepada pembangkang kerana khuatir permohonana tanah mereka akan ditolak kerajaan. Setiap kali pilihanraya, pemimpin Barisan Nasional akan berjanji untuk menyelesaikan masalah mereka. Janji hanya tinggal janji, kini mereka sudah sedar bahwa mereka diperalat dan tidak mahu lagi diperbodohkan.

Maklumat yang disampaikan kepada kami ialah; permohonan tanah kediaman telah dimajukan sejak tahun 1997 dan sehingga sekarang tiada maklum balas. Sedangkan cukai tanah dan pintu terus dikutip oleh pihak berwajib. Inilah sikap Barisan Nasional yang terus menindas rakyat. Memerah keringat mereka semahunya tetapi kebajikan mereka diabaikan. Justeru itu, PAS Kulai bersama DAP dan PKR akan membuat pertemuan dengan Pegawai Daerah Kulaijaya pada petang Selasa ini untuk menyampaikan suara rakyat. Surat rasmi telahpun dikeluarkan dan disampaikan terus ke pejabat beliau.

Sama-samalah kita tunggu jawapannya. Tindakan susulan telah pun dirancang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan