Ahad, Ogos 14, 2011

Program Santai : JOM RELAX

17 Julai 2011, 7.00 pagi. Bertempat di Taman Rekreasi, Hutan Bandar Putra, Kulaijaya, Dewan Muslimat PAS Kawasan Kulaijaya telah mengambil satu inisiatif membuat satu program santai yang bertemakan ‘JOM RELAX’.
Pengunjung Taman Rekreasi yang terdiri daripada pelbagai kaum, umur dan jantina juga dialu – alukan untuk menyertai program yang telah dijalankan.


Gambar 1 : Penerimaan kaum cina dalam menyertai salah satu aktiviti ‘JOM RELAX’

Objektif utama program ini adalah bertujuan untuk menjadikan program MTD sebagai laluan bagi mempertemukan dan menggabungkan silahturrahim antara ahli dan masyarakat setempat. Antara objektif lain program ini ialah memperkenalkan NISA’ dan membuka peluang menambahkan keahlian baru. Melalui program ini juga, masyarakat dilihat semakin boleh menerima pendekatan yang dibawa oleh PAS. Mereka menyambut baik kehadiran para petugas yang mengedarkan risalah umum kepada pengunjung taman ‘Titah Hikmah Edisi Sha’ban’.

Gambar 2 : Antara ahli – ahli PAS yang menghadiri program santai.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah Kuliah Dhuha, Jalan Sihat, sukaneka dan keraian peserta - peserta dan penaja - penaja Bersih 2.0.

Gambar 3 : Antara aktiviti yang telah dijalankan.
Gambar kiri : pengedaran risalah, Gambar kanan : sukaneka.

Program ini adalah usaha yang dijalankan untuk memperkenalkan PAS agar ia mesra dimata masyarakat sekaligus membetulkan persepsi masyarakat yang mengganggap PAS adalah satu persepsi yang pasif.

Kerjasama padu serta sokongan dari PAS Kawasan Kulaijaya telah dapat menjayakan program bertemu pengundi yang sangat bermakna ini. Dewan Muslimat Kawasan Kulaijaya akan terus merancang dan melaksanakan program untuk bertemu pengundi dengan pelbagai medan dan cara. Dewan Muslimat PAS Kawasan Kulaijaya juga ditemui di facebook : Nisa’ Kulai.

- Unit Penerangan DMPK-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan