- Utusan Malaysia melaporkan YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang DAP masuk ke surau al-Huda Kajang Sentral 22/8/10
- Utusan melaporkan YB Teo beri “Tazkirah” dan memberi bantuan kepada ahli PAS
- Bukan tazkirah Ramadhan tetapi beliau beri taklimat bantuan pendidikan kerajaan negeri Selangor dan memberi bantuan RM1000 untuk surau bukan kepada ahli PAS. Ini satu fitnah.
- PERKASA suruh pulang kembali wang tersebut dan hendak ganti semula RM1000 pada AJK Surau.
- Datuk Hishamudin Hussin Onn Naib Presiden Umno kata YB Teo orang yang berada dalam hadas besar mana boleh masuk ke ruang solat.
- YB Teo berjumpa dengan Mursyidul Am di Rumah Kelantan Kuala Lumpur pada 30/8/10
- Mursyidul Am suruh pergi lagi lawat masjid atau surau.
- Tidak ada larangan orang bukan Islam melawat surau atau masjid ini yang dilakukan di zaman Nabi SAW.
- Larangan ini hanya daripada umno yang berfikiran sempit
- Teo berasa gembira dengan penjelasan Tuan Guru Nik Aziz
- Hishamudin marah kepada kenyataan Mursyidul Am kerana “ia menganggap membawa kekeliruan sesama kita orang Islam”
- Sebenarnya yang buat keliru ialah pemimpin umno, takut orang bukan Islam jinak dengan rumah Allah.
- Kerajaan Selangor akan minta penjelasan Pengarah JAIS Datuk Kusrin mengenai isu ini kata Hasan Ali BH 31/8/10
- Jamil Khir Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata Sultan Selangor sudah mengeluarkan arahan yang perlu dipatuhi semua pihak, termasuk pemimpin masyarakat.
- “Memang benar hukum Islam membenarkan bukan Islam boleh memasuki masjid atau surau, tapi dalam kes ini ia ada unsur politik dan peraturan jelas sudah dikeluarkan mengenainya. Kita mesti melihat isu berkenaan dari banyak sudut. Perintah Sultan Selangor melarang aktiviti berunsur politik di tempat ibadat umat Islam adalah demi kepentingan ummah,” katanya ketika dihubungi Berita Harian bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am
- Kusrin kata ini melanggar arahan Sultan jangan berpolitik di masjid. Walaupun zaman Nabi orang bukan Islam datang ke masjid, bukan untuk berpolitik
- Berapa banyak program politik yang umno buat di negeri Umno perintah?
- Kusrin menafikan Sultan mendapat maklumat yang tidak betul UM 2/9/10
- MAIS telah memberi surat melarang Teo masuk ke kawasan solat di Surau atau masjid.(Malaysiainsider 1/9/10)
· Teo sudah minta maaf dengan Sultan 28/8/10 Bernama
· Datuk Seri Najib: MP Serdang langgar fatwa masuk surau, beri tazkirah (5/9/10) Nampaknya Presiden umno meneruskan fitnah lagi menuduh Teo memberi “tazkirah”
· Datuk Najib pun suruh rujuk fatwa”boleh masuk dengan pakaian sopan”
· Bagaimana pula isteri pemimpin umno, bukan sahaja masuk surau/ masjid tidak sopan dengan Allah SWT, malahan sepanjang masa
· Inilah pemimpin yang bercakap tidak serupa bikin.
· Utusan juga melaporkan Ahli Parlimen Selayang daripada Parti Keadilan Rakyat, William Leong Jee Keen masuk ke ruang solat Masjid At-Taqwa untuk memberi sumbangan kepada masjid tersebut (UM 29/8/10)
· En Mizan Mamat Nazir Masjid al-Taqwa Selayang berkata Ahli Jawatankuasa Masjid At-Taqwa tidak pernah menerima surat rasmi daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menyatakan tidak boleh membawa masuk orang bukan Islam ke dalam masjid.(UM 29/8/10)
Rumusan Isu
- Media umno dan pemimpin umno bising kerana, YB yang masuk masjid dari kalangan YB DAP. Mereka diam kalau dari kalangan MCA atau Gerakan.
- Umno hendak menjadikan isu ini untuk menunjukkan sejak Pakatan Rakyat memerintah berlaku penghinaan ke atas rumah Allah walaupun dalam bentuk fitnah
- Tindakan pemimpin umno dan kuncu-kuncunya menjatuhkan martabat Islam di pandangan orang bukan Islam
- Kalau apa yang dilakukan oleh umno dan kuncu-kuncunya sampai bila orang bukan Islam tidak akan mendekati Islam
- Berapa banyak masjid dan surau dimasuki oleh orang bukan Islam. Contoh pernah berlaku dalam kempen pilihanraya 1986 calon Gerakan di bawa ke dalam surau di DUN Changkat Jering.
- Berapa banyak masjid dibina oleh orang bukan Islam, karpet, PA system dibuat oleh orang bukan Islam.
- Umno sudah kehilangan isu, maka isu perkauman dan agama sahaja modal terakhir.
- Isu tutup aurat yang menjadi halangan orang bukan Islam tidak dibenar masuk ke masjid, telah menjadi bahan ketawa masyarakat termasuk orang bukan Islam. Mereka lihat bagaimana isteri pemimpin umno tidak bertudung sepanjang masa, bukan sahaja dalam surau.
- Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menjelaskan kepada YB Teo telah menjernihkan kembali Islam yang sebenar setelah dirosak oleh pemimpin umno.
- Amalan yang pernah dillakukan oleh Rasulullah SAW, orang bukan Islam dibenarkan masuk ke dalam masjid seperti orang Najran yang bertemu dengan nabi di dalam masjid
PERBINCANGAN HUKUM ORANG BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID
Ustaz Zaharudin Mohamad
Ahli Majlis Syura PAS
Pertama : Bukan Islam memasuki Masjidil Haram.
Kedua : Sebab mengapa bukan Islam dilarang memasuki masjidil haram.
Ketiga: Bukan Islam memasuki masjid selain masjidil Haram
Asas rujukan hukum bagi persoalan ini diambil dari dua ayat berikut :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا
Satu lagi adalah :-
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقْرَبُواْ الصَّلاَةَ وَأَنتُمْ سُكَارَى حَتَّىَ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ
MASUK MASJIDIL HARAM
Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki masjidil haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat diatas. Namun Imam Abu Hanifah dan Ahmad mempunyai sedikit perincian dalam hal tersebut.
Berdasarkan dua ayat ini, majoriti ulama dari kalangan mazhab maliki dan Syafie melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, namun demikian dibenarkan bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu.
Imam Abu Hanifah pula menyatakan non-muslim dibenarkan untuk memasuki masjidil haram sekadar lalu, namun tidak dibenarkan untuknya duduk dan menetap di sana (sebagaimana sebahagian umat Islam); ini kerana beliau berpandangan, ‘kotor' yang disebut di dalam ayat itu hanyalah membawa maksud kekotoran syirik yang melibatkan hati bukannya kekotoran fizikal. Lebih dari itu, Ibn Hajar menyatakan mazhab Hanafi membenarkan bukan Islam memasuki masjid tanpa syarat.
Imam Ahmad Hanbal pula menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah seperti pembinaan dan maintainance. Beliau mengambil dalil iaitu penduduk Taif dibenarkan oleh nabi s.a.w untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam.
Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, nabi menyebut kepada sahabat
"Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)"
Selain itu, Imam Al-Bukhari juga ada membawakan sebuah hadis yang menyebut bagaimana seorang bukan Islam bernama Thamamah ibn Athal, diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditanglkap atas kesalahan tertentu),
بعث رسول اللَّهِ خَيْلًا قِبَلَ نَجْدٍ فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ من بَنِي حَنِيفَةَ يُقَالُ له ثُمَامَةُ بن أُثَالٍ فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ من سَوَارِي الْمَسْجِدِ
Ertinya : Rasulullah s.a.w menghantar seorang berkuda di arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah ( sedang mengintip) yang bernama Thumamah Bin Uthal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Selepas tiga hari, akhirnya setelah dia melihat bagaimana umat islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya yang sentiasa bertanya keadaannya, dia akhirnya memeluk Islam kerana tertawan melihat keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam.[1]
HUKUM MASUK MASJID SELAIN MASJIDIL HARAM
Imam Ibn Hajar Al-‘Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap MELARANG bukan Islam memasuki masjid manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan bukan Islam untuk memasuki masjid-masjid lain dengan syarat-syarat tertentu. Beliau juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah tersebut.
Imam Nawawi menghuraikan :
وفي هذا جواز ربط الأسير وحبسه وجواز إدخال المسجد الكافر ومذهب الشافعي جوازه بإذن مسلم سواء كان الكافر كتابيا أو غيره وقال عمر بن عبد العزيز وقتادة ومالك لا يجوز
Ertinya : Melihat kepada hadis ini, harus hukumnya mengikat tawanan dan menahannya serta harus juga seorang yang bukan Islam untuk memasuki masjid. Mazhab Syafie : menyatakan keharusannya dengan syarat terdapat keizinan dari umat Islam sama ada kafir itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya. (Syarah Sohih Muslim, 12/87)
Selain yang diatas, anak murid Imam Syafie yang utama iaitu Al-Muzani juga berbeza ijtihad dengan gurunya, beliau menyatakan TIDAK HARUS bukan Islam memasuki masjid apatah lagi menetap di dalamnya, kerana jika mereka dibenarkan, sudah tentu orang yang berjunub juga akan dibenarkan. Sedangkan ayat di atas menyebut larangan bagi mereka yang berjunub memasuki masjid kecuali lalu sahaja.
Al-Mawardi memetik kata Al-Muzani iaitu :-
لأنه لو جاز ذلك له لكان الجنب المسلم أولى به لموضع حرمته وتشريفه فلما لم يجز للمسلم المبيت فيه كان المشرك أولى
Ertinya : Sekiranya harus (bagi bukan Islam masuk masjid), sudah tentu muslim yang berjunub lebih utama untuk dibenarkan disebabkan kehormatannya dan kemuliaannya, maka di ketika TIDAK HARUS bagi seorang Muslim menetap di dalamnya, maka tentulah bukan Islam lebih lagi dilarang (kerana mereka dikira sentiasa berjunub) ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)
Imam Al-Mawardi As-Syafie membawakan pula teks kata-kata Imam Syafie dalam hal ini iaitu :-
ولا بأس أن يبيت المشرك في كل مسجد إلا المسجد الحرام
Ertinya : Tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram. ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)
KESIMPULANNYA
Majoriti ulama bersepakat bukan Islam TIDAK BOLEH MEMASUKI masjidil haram, namun dengan agak ketara mereka berbeza ijtihad dalam menentukan hukum bagi masjid-masjid yang lain.
Namun demikian, majoriti ulama silam dan kontemporari dilihat mengharuskan bagi masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti :-
- 1) Mestilah dengan izin umat Islam atau badan berkuasa Islam bagi masjid berkenaan.
- 2) Mestilah mempunyai sebab yang munasabah untuk memasukinya sama ada untuk mendengar penerangan berkenaan Islam, mendaftar sesuatu, bertanya, melihat dan mempelajari cara ibadah umat Islam dan yang seumpamanya.
- 3) Mereka mestilah menghormati seluruh keadaan dan alatan masjid, tidak membuat kebisingan dan memakai pakaian yang sesuai seperti menutup aurat bagi wanitanya yang izin memasuki masjid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan