Isnin, Jun 21, 2010

Lawatan Kerja PR ke Kawasan Komuniti Cina di Seng Kang.

PAS Kulaijaya bersama-sama rakan dalam Pakatan Rakyat, telah mengadakan kunjungan ke kawasan komunti Cina di Seng Kang pada petang 20 Jun 2010. Lawatan ini bertujuan untuk mengenali lebih dekat mengenai masalah yang mereka hadapi sambil beramah mesra dengan penduduk setempat.

Kunjugan ini telah mendapat sambutan yang baik dari kalangan masyarakat Tionghua dan kehadiran kami sangat dialukan. Saudara Mazlan Aliman selaku AJK PAS Pusat merangkap Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, telah beramah mesra dengan mereka tanpa sebarang masalah. Kunjugan ini telah turut dihadiri oleh wartawan dari akhbar Sinar yang membuat liputan sambil menemuramah Sdr. Mazlan bagi mendapatkan maklumat mengenai keterbukaan PAS dalam memperjuangkan hak-hak rakyat tanpa mengambil kira bangsa, keturunan, agama, warna kulit dan pertuturan.

Sdr Mazlan beramah mesra dgn seorang penduduk.

Rombongan kami telah diterima baik oleh penduduk setempat.


Mazlan dan wakil DAP sedang ditemuramah oleh wartawan Sinar.

Wartawan Sinar juga telah membawa rombongan kami meninjau seorang warga emas yang tinggal dalam serba kedaifan tanpa sebarang bantuan dihulur oleh pihak-pihak yang berwajib. Dalam arus pembangunan yang dicanang oleh pemimpin negara, khususnya di Johor, tidak terlintas langsung difikiran kami masih ada rakyat Malaysia yang berstatus Bumiputera Melayu terpinggir sedemikian rupa.

Rombongan kami telah sempat mengumpulkan sedikit derma untuk disampaikan kepada warga emas ini dan berjanji akan membantu untuk memperbaiki tempat kediamannya dalam masa terdekat.
Beginilah pondok yang didiami oleh seorang warga emas di Seng Kang.

Pondok ini sudah tidak sesuai lagi didiami oleh manusia.


Sapaan dari Sdr Mazlan sambil mendapatkan maklumat
untuk di salur kepada tabung Harakah.


Sumbangan telah dihulurkan bagi meringankan sedikit beban yang digalas.

Kepada para dermawan yang melayari blog ini dan ingin menyumbang, sila hulurkan sumbangan anda kedalam akaun kami yang tertera di kanan blog ini. Sumbangan anda sangat-sangat diharapkan untuk kami memperbaiki kediamannya dalam waktu terdekat ini.

ISLAM : ADIL UNTUK SEMUA.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan