Muktamar tahunan PAS Kawasan Kulai Jaya telah disempurnakan dengan jayanya pada hari Ahad 16 Rabiulakhir 1430H bersamaan 12 April 2009 di Palm Villa Resort Bandar Putra, Kulai. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor. Seramai 100 orang perwakilan telah hadir pada muktamar kali ini terdiri daripada perwakilan Cawangan, Dewan Pemuda, Muslimat dan Urusan Ulama'. TPJ dalam amanat perasmiannya telah meningatkan pimpinan di setiap peringkat agar membuat persiapan seawal mungkin bagi menghadapi PRU ke 13 agar PAS lebih bersedia memandangkan momentum rakyat ketika ini telah menunjukkan arus perubahan yang konsisten sejak Mac 2008. Ini telah dibuktikan di dalam 3 PRK yang diadakan dan terkini ialah di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Umno/BN semakin lemas dan gerun untuk berhadapan dengan rakyat yang telah menunjukkan isyarat yang jelas bahawa era kepimpinan mereka semakin sampai ke penghujung. Kesempatan ini harus digunakan oleh setiap ahli PAS sebaik mungkin untuk mengikis fahaman kurafat orang Melayu terhadap UMNO dan BN. Pendekatan yang berasaskan dakwah dan tarbiah perlu berhemah dalam menyantuni permasalahan yang mereka hadapi disamping sentiasa dilihat berada didalam kelompok masyarakat. Setiap program hendaklah dilaksanakan dengan teliti dan terancang agar ia dapat memberi kesan di hati pengundi.
Disamping itu beliau juga meningatkan setiap ahli dan petugas perlu menyiapkan diri dari aspek fizikal, mental dan juga spiritual bagi berhadapan dengan sebarang percubaan yang mendatang. Program memperkasakan parti tidak boleh dipandang enteng dan dilakukan secara sembrono. Parti perlu diperkuatkan sebagai persediaan seandainya ditakdirkan Allah swt PR memerintah Johor dalam PRU yang akan datang, PR akan mampu mentadbir urus negeri dengan lebih baik dan telus seperti yang dibuktikan di negeri-negeri yang diperintah oleh PR ketika ini. Pimpinan di peringkat negeri telahpun mengenal pasti beberapa DUN yang berpotensi untuk di menangi dan akan mengekalkan setiap DUN yang ditandingi oleh PAS pada PRU akan datang termasuklah DUN Bukit Permai. Oleh itu beliau menasihatkan agar jentera parti perlu diperkemas dengan gerakerja-gerakerja yang tersusun dan berstrateji.
Muktamar kali ini juga menyaksikan kembalinya penggerak-penggerak lama kedalam senarai pimpinan disamping kehadiran tenaga-tenaga muda yang berpotensi dan berinovasi, termasuk juga dari kalangan muslimat. Gandingan lama dan baru ini diharap dapat memantapkan lagi struktur organisasi parti dan melancarkan pergerakkan setiap rancangan yang diatur.

Ucapan perasmian oleh TPJ.
Para perwakilan tekun mendengar amanat yang disampaikan.
Gandingan muka lama dan baru dalam saf pimpinan sessi 2009-2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan