Isnin, Februari 18, 2013

Bersediakah.......





TAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT.....


FAKTA NYATA......




APA YANG TAKUT SANGAT HILANG KUASA........


Jumaat, Februari 15, 2013

Bakal Menteri Besar Rakyat


Sanggupkah wakil rakyat UMNO / BN
 melepaskan lelah seperti ini ?

Ambilah iktibar dari kisah ini.....

(Sila klik pada gambar untuk mendapatkan imej yang lebih jelas)

Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu akan merasai mati. Setiap anak Adam pasti akan dipersoal kerja buat mereka semasa hidup. Kalau secebis kayu yang diambil, memakan masa 70 tahun untuk menjawabnya, bagaimana agaknya mereka yang mengambil hak orang lain yang lebih dari itu. Renung-renungkanlah.....

Sekadar renungan....


Khamis, Februari 14, 2013

Jelajah DUN

Ahad 10 Feb 13
Program Jelajah DUN N50 Bukit Permai diteruskan dengan mengadakan ziarah kebajikan di UPU Ladang Swee Lam, membabitkan lokaliti Jalan Ara, Jati dan Cengal di Bandar Putra. Seramai 15 keluarga telah diziarahi yang dikategorikan sebagai uzur dan ibu tunggal. Ramai mereka yang kami ziarahi kebanyakkannya mengalami komplikasi buah pinggang disamping penyakit kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung. Ada juga yang sudah agak kronik hingga terpaksa minta bantuan rakan untuk mendapatkan rawatan.

Selain itu yang diziarahi ialah ibu-ibu tunggal yang kematian suami dan terpaksa menyara anak-anak. Kemiskinan bandar ternyata amat perit untuk diharungi. Walaupun kelihatannya senang, tetapi realitinya amat menyedihkan. Di kediaman flat cengal, sekumpulan mereka sanggup menunggu kehadiran kami untuk menerima sumbangan yang disediakan walaupun nilainya tak seberapa. Wakil-wakil rakyat yang mereka pilih hidup senang lenang, tetapi golongan marhain hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pemerintah sanggup berbelanja jutaan ringgit untuk membawa penyanyi Korea mendendangkan 2 buah lagu, tetapi rakyat dibiarkan seperti sampah yang tidak bernilai.

Mereka ini akan dibelai dan ditatang apabila tiba musim pilihanraya. Ketika itulah pelbagai janji akan ditabur. Segala macam benda yang akan diberikan. Selepas itu mereka akan dibiarkan semula hidup merempat di tanahair sendiri. Begitulah nasib rakyat yang dijadikan seperti kerbau membajak tanah. Sedangkan kroni mereka diternak seperti kucing siam, hidup selesa tanpa memerah keringat.


Isnin 11 Feb 13
Kali ini konvoi berkereta, melibatkan 12 buah kenderaan dengan peserta hampir 50 orang muslimin dan muslimat. Sasarannya ialah masyarakat Cina di UPU Sengkang dan Sedenak sempena Tahun Baru Cina. Sambutan yang diberi oleh masyarakat Cina terhadap rombongan kami amat luar biasa sekali. Seorang penduduk di Sengkang menawarkan diri untuk menjadi jurutunjuk arah sepertimana peristiwa hijrah Nabi s.a.w. Itulah pertolongan Allah. Apabila kita menolong agama Allah pasti Allah akan mempermudahkan kerja kita.

Walaupun hujan turun dan ada kalanya menjadi lebat, ia tidak sedikitpun mematahkan semangat para amilin PAS untuk melaksanakan misi dakwah yang diatur. Kali ini kami tidak sekadar bertemu mereka di kedai tetapi terus berkunjung dari rumah kerumah. Ternyata masyarakat Cina menghargai kunjungan kami yang sanggup datang dalam keadaan hujan sehingga ada dikalangan mereka yang telah menjamu para petugas dengan makanan ringan sempena tahun baru.

Terdapat juga rumah yang kami kunjungi terdiri daripada peserta BERSIH. Mereka menaikkan banner Tahun Baru Cina berlogokan logo BERSIH. Terkejutnya mereka dengan kunjungan kami sehingga mereka laungkan perkataan BERSIH sepertimana himpunan BERSIH di Kuala Lumpur. Seronok betul mereka. Disamping itu, kami juga berkesempatan berkunjung ke rumah Ketua Kampung yang merupakan orang kuat MCA. Kunjungan kami telah diterima dengan baik tanpa sebarang provokasi. Begitulah matangnya politik masyarakat Cina.

Daripada apa yang penulis amati daripada kunjungan ini, ternyata masyarakat Cina telah membuat keputusan untuk membuat perubahan. Semua yang kami temui mempunyai pendirian yang sama kecuali ketua kampung MCA itu sahaja. Itupun, setiausahanya mempunyai pendirian yang berbeza. Beliau menyatakan, kali ini suasana ternyata tidak seperti dulu. "Tiada jalan mudah buat BN" katanya.

Kalau diukur daripada sokongan ini, perubahan besar bakal berlaku dalam negara pada pilihanraya kali ini. Walaubagaimanapun, kita tidak semestinya berasa amat selesa. Kerana musuh utama yang perlu gabungan Pakatan Rakyat hadapi ialah SPR, komponen paling kuat dalam Barisan Nasional. Inilah fokus utama yang perlu diberi perhatian serius selain gerak kerja kempen.

Walau apa pun, kita ada Allah Tuhan Pentadbir Alam. Apa jua penipuan mereka, mereka tidak akan dapat mengatasi tipuan dan takdir Allah swt. Insya'allah....tidak semena-mena Allah menghantar Mr. Ng dan isterinya  untuk membantu para amilin PAS, maka tidak mustahil Allah menghantar bala tentera langit untuk membantu kemenangan Islam di bumi Malaysia. TAKBIR......


Program Jelajah DUN

Jumaat 8 Feb 2013.
Cuti Tahun Baru Cina yang lalu telah digunakan oleh warga kerja PAS Kulai untuk bertemu dengan pengundi di sekitar DUN N50 Bukit Permai. Bermula dengan solat Jumaat di Kampung Pertanian, sambil mengedar air mineral dan limau kepada jamaah masjid. Program telah disusuli dengan ziarah kebeberapa buah rumah penduduk yang uzur dan ibu tunggal. Anak tempatan telah menjadi jurutunjuk pada ziarah itu dan ini menunjukkan satu penambaikkan dari kalangan anak watan kampung.

Ziarah kami telah diterima dengan baik walaupun bendera UMNO / BN berkibar megah disetiap rumah yang kami lawati. Apabila ditanya, mereka memberitahu UMNO / BN sekadar pasang bendera sahaja. Tidak lebih dari itu. Mereka mengucapkan terima kasih kepada PAS, walaupun tidak membawa bendera tetapi telah datang dengan membawa sumbangan bagi meringankan sedikit bebanan yang mereka tanggung.

Sabtu 9 Feb 2013.
Bermula dengan program bersama warga pendidik anjuran NGO PENDIDIK yang dipimpin oleh Cikgu Normala Sudirman pada sebelah pagi di TJ Mart, Saleng. Satu diskusi menarik yang  melibatkan warga pendidik. Kehadiran amat memberangsangkan. Penulis dimaklumkan ia melepasi sasaran yang ditetapkan. Penulis yang sempat hadir semasa sessi perasmian telah mendapat gambaran sebenar bagaimana tekanan yang dihadapi oleh para guru khususnya yang tidak selari dengan pemerintah. Macam-macam kerenah birokrasi yang terpaksa dihadapi. Patut juga Cikgu Mala berjuang untuk membela para guru.

Majlis dihangatkan lagi dengan kehadiran dua tokoh guru yang berkongsi pengalaman mereka dalam berhadapan dengan kekangan yang sengaja diada-adakan oleh pihak pentadbir. Pelbagai kerenah yang didedahkan, termasuklah kerja-kerja tangan ghaib yang menukar para guru mengikut telunjuk orang politik.



Sebelah petang, program diteruskan dengan majlis pembukaan bilik gerakan UPU Felda Bukit Permai. UPU yang mengalami kejutan drastik, apabila disertai oleh sebilangan besar anak muda yang dahulunya bersama UMNO. Persiapan kali ini amat jauh berbeza jika dibandingkan dengan sebelumnya. Masuk sahaja dikampung Murni Jaya, kita sudah dapat melihat bendera PAS berkibar berganding dengan bendera UBN. Hairan juga melihatkannya kerana sebelum ini bendera PAS akan diturunkan dan dibakar oleh samseng upahan UMNO. Rupa-rupanya yang menaikkan bendera PAS ialah samseng UMNO yang sudah sedar dan inginkan perubahan. Bukan sekadar itu, beliau telah memberi amaran kepada samseng upahan UMNO, sekiranya bendera PAS mereka perlakukan seperti sebelumnya, beliau akan bertindak menebang semua bendera UBN di kampung tersebut. Kali ini bertemu buku dengan ruas. Baru dia orang tahu.

Petang itu juga penulis berkesempatan menziarahi rumah yang telah dicat oleh para petugas UPU Bukit Permai yang terletak didalam Kampung Murni Jaya. Disamping itu, peluang yang ada telah digunakan untuk bertemu dengan sipulan yang telah menaikkan bendera PAS sambil menjaga keselamatannya sekali yang kebetulan jaraknya tidak berapa jauh dari rimah yang diziarahi. Sambil mengucapkan terima kasih, beliau telah disantuni dengan mesra dan mengharapkan kerjasamanya untuk memastikan gerak kerja kita tidak dikacau oleh puak UBN. Beliau telah menyatakan kesanggupannya untuk membantu demi perubahan. Begitulah Allah menolong hambanya yang menolong agama Nya.

Pada sebelah malam, penulis telah menghadiri satu lagi program yang telah diatur oleh Dewan Pemuda iaitu Program BBQ Anak Muda di Felda Inas. Satu program bagi mendekati anak muda yang akan menjadi agen perubahan di UPU felda tersebut. Walaupun tidak dapat menepati sasaran kerana mereka yang diundang tidak hadir, tetapi kehadiran sahabat dan anak-anak ahli PAS pada malam itu sudah cukup bagi memberi lonjakkan awal kearah perubahan.

Seorang anak muda yang berjiran dengan ahli kita, yang sempat penulis bersembang dengannya pada malam itu, telah menyatakan kesanggupan untuk membantu jentera parti bagi menghadapi PRU yang akan datang. Beliau yang kini menetap di Bangi kerana meneruskan pangajian diperingkat MA, di UKM, berjanji akan pulang mengundi sambil memujuk ahli keluarganya untuk membuat perubahan. Inilah pendekatan yang sedang digunapakai oleh PAS Kulai khususnya bagi mendekati pengundi muda. Program ini akan diperhebatkan lagi diperingkat UPU bagi menjana momentum perubahan menolak UBN.