Khamis, Februari 14, 2013

Rabu, Februari 13, 2013

Rehatkan Minda Anda....







BIARLAH GAMBAR-GAMBAR INI BERBICARA....


Selasa, Februari 05, 2013

Agihan Limau Sempena Tahun Baru Cina

Sekreteriat Pakatan Rakyat Parlimen Kulai telah mengagih-agihkan limau kepada orang ramai pada 3 Februari 2013 yang lalu didalam satu majlis Ramah Mesra Sempena Tahun Baru Cina. Majlis ini memberi peluang pimpinan Pakatan Rakyat mendekati masyarakat sambil beramah mesra dengan mereka. Antara pimpinan negeri dan pusat yang hadir pada hari itu ialah :


  1. YB Sdr. Salahudin Ayub
  2. YB Dr. Boo Cheng Hau
  3. Steven Chong dan
  4. Sdr. Mazlan Aliman
Majlis yang sepatutnya bermula di Hutan Bandar telah terpaksa ditukar akibat hujan. Para petugas dari ketiga-tiga parti telah bergerak ke IOI Mall untuk mengagihkan limau yang telah siap dibungkus dengan logo Pakatan Rakyat. Ramai pengunjung memberi sokongan diatas program yang dianjur. Terdapat juga dikalangan mereka yang secara terang-terangan menyatakan pendirian untuk membuat perubahan pada pilihanraya kali ini.

Selesai di IOI Mall, para pimpinan pusat dan tempatan telah dibawa bertemu rakyat di pasar malam Taman Putri Kulai. Suasana disini lebih sibuk lagi jika dibandingkan dengan venue sebelumnya. Para pengunjung berbangsa Tionghua sedang sibuk membeli barangan keperluan bagi membuat persiapan menyambut tahun baru. Lebihan limau 100 kotak yang dibawa habis dalam masa yang amat singkat. Ada pengunjung yang datang kepada kami kerana hendakkan limau yang kami bawa, walaupun mereka membeli limau berkotak-kotak. Apabila ditanya kenapa, mereka menjawab "Limau ini ada ong, sebab kita nak UBAH".

Begitulah gelagat masyarat\kat Cina yang kebanyakkan mereka sudah bertekad untuk menukar kerajaan BN. Mereka kini hanya menanti waktu dan ketikanya sahaja. Masyarakat India juga menunjukkan respon yang serupa terutamanya apabila diusik dengan kenaikkan harga barang. Cuma orang Melayu sahaja yang agak 'silent'. Tak tahu kenapa. Jika disorot dari segi ketamadunan, Melayu memang agak lambat jika dibandingkan dengan Bangsa Cina dan India. Melayu yang terkenal dengan kesedaran sinikalnya, suka memprotes dalam senyap seperti pepatah mereka yang menyebut 'Diam-diam bara api'. Tahu-tahu dah terbakar. Mungkin begitu.

Kesempatan ini telah diambil dengan mengadakan ceramah ringkas ala 'Hit and Run' di tapak pasar malam tersebut. Para pimpinan telah menyampaikan mesej kepada pengunjung betapa pentingnya mereka untuk membuat perubahan pada pilihanraya kali ini.

Penulis dapati kaedah ini amat berkesan kerana kita dapat sampai terus kepada golongan sasar dan menyampaikan mesej. Insya'allah program seperti ini akan terus diatur sehinggalah parlimen dibubarkan. Program yang mendatang ialah 'Konvoi Tahun Baru Cina'.

Isnin, Februari 04, 2013

Jelajah DUN : Solat Jumaat di Felda Taib Andak

1 Feb 2013 ( Jumaat ).
PAS Kulai, didalam program jelajah DUN sehingga pilihanraya, telah membawa calon menunaikan fardhu Jumaat di Felda Taib Andak. Ini merupakan UPU ke 4 selepas Bandar Putra, Felda Bukit Permai dan Felda Inas. Kali ini, disamping bertemu penduduk, edaran air mineral dan buah limau telah diakukan. Sambutannya amat menggalakkan. Sebanyak lima kotak air dan lima kotak limau telah habis diagihkan kepada para jamaah sesudah solat Jumaat.

Kemudian para petugas telah dijamu dengan makan tengahari oleh salah seorang jawatankuasa masjid Taib Andak dirumahnya. Kemesraan yang ditunjukkan langsung tidak menampakkan sebarang keresahan dengan kehadiran kami, walaupun rumahnya berkibar bendera UMNO dan Barisan Nasional. Satu perkembangan yang sangat positif. Mudah-mudahan Allah membuka pintu hatinya sekeluarga menerima Islam dan seterusnya memenangkannya.

Sesudah itu, rombongan kami telah melakukan ziarah kebeberapa rumah penduduk yang ditimpa musibah dan uzur. Sedikit bantuan telah dihulurkan bagi meringankan bebanan mereka. Satu ziarah susulan akan diadakan bagi bertemu dengan penduduk yang tidak sempat kami ziarah akibat kesuntukkan masa. Insya'allah. Inilah kerja-kerja kebajikan yang kami lakukan dalam menyampaikan maksud Negara Kebajikan bawaan PAS.

Semoga kerja-kerja ini diterima Allah swt sebagai amal kebajikan. TAKBIR.