Ahad, Januari 05, 2014

2 Jan 2014 (Khamis)
Pakatan Rakyat Parlimen Kulai telah dijemput menyertai operasi bersepadu yang diketuai oleh Jabatan Alam Sekitar Johor berkenaan aduan rakyat mengenai pelupusan sisa pepejal yang mencemarkan alam sekitar khususnya pencemaran udara hasil daripada aktiviti pembakaran terbuka. Pencemaran ini dapat dirasakan oleh penduduk sekitar bandar Kulai terutama :
  1. Taman Permata Impian
  2. Kawasan perumahan Taman Mas, Taman Mewah, Taman Desa, Taman Saga serta taman-taman sekitarnaya.
  3. Taman Makmur
  4. Bandar Putra dan
  5. Felda Taib Andak
Selama ini penduduk menyangka bau busuk yang dihidu setiap malam datangnya daripada kesan pembakaran ayam atau pembakaran mayat daripada kawasan perkuburan yang terdapat disitu. Sangkaan ini ternyata meleset apabila aktiviti pelupusan sisa pepejal ini dapat dihidu.

Ekuran daripada itu, tinjauan telah dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat Kulai berserta penduduk setempat. Satu sidang media telah diadakan bagi mendedahkan aktiviti tidak sihat ini. Sehubungan dengan itu pihak Jabatan Alam Sekitar Johor bersama Jabtan dan Agensi yang terlibat telah mengadakan tinjauan mengejut ketapak pelupusan yang terbabit. Antara yang terlibat pada pagi itu ialah :
  1. Bahagian Penguatkuasaan MPKu
  2. Perbadanan Pelupusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (PPSPPA)
  3. Southern Waste Management (SWM) dan
  4. Polis.
Kali ini kami mendapat kebenaran masuk kedalam permis berkenaan dan menyaksikan sendiri bagaimana banyaknya timbunan sampah yang terdapat didalamnya. Menurut Pegawai SWM yang turut serta dalam operasi ini, berdasarkan timbunan sampah yang ada, menunjukkan aktiviti ini telah berjalan lebih daripada 5 tahun. Kawasan lembah yang terdapat dalam permis ini telah ditimbusi dengan sisa buangan hingga menjadikan sebuah bukit yang tinggi.

Pakatan Rakyat Kulai dalam sidang media yang diadakan selepas tinjauan itu, mengharapkan pihak-pihak yang berwajib dapat mengambil tindakan yang sewajarnya menurut akta sedia ada bagi menghentikan aktiviti pembakaran terbuka yang telah menjejaskan kualiti udara sehingga menimbulkan pencemaran bau yang teruk.

Gambar timbunan sampah yang terdapat dalam permis berkenaan.







Sidang media selepas tinjauan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan