JOM TURUN BERAMAI-RAMAI DI MASJID BANDAR BARU UDA BAGI MENUNJUKKAN BANTAHAN TERHADAP ORANG YANG MENGHINA NABI S.A.W.
Khamis, Februari 20, 2014
Selasa, Februari 18, 2014
Status Permohonan Tanah di Tan Yoke Fong, Kulaijaya.
Isnin 17 Feb 14
Satu
sidang media telah diadakan semalam di Taman Mas Kulai bagi
menjelaskan kedudukkan permohonan tanah penduduk Jln Tan Yoke Fong
sebagai susulan daripada pertemuan dengan Pentadbir Tanah Daerah
Kulaijaya sedikit masa dulu. Permohonan
mereka telah pun diterima oleh Pej. Tanah Kulaijaya dan kini permohonan
tersebut sedang diproses. Pimpinan Pakatan Rakyat Parlimen Kulai
mengharapkan agar permohonan ini dapat disegerakan proses kelulusannya
memandangkan permohonan mereka telah tertangguh sekian lama. Seramai 55
orang pemohon telah diterima oleh pejabat tanah dan selebihnya akan
menyusul kemudian. Dalam permohonan ini terdapat 9 pemohon dari keluarga
Melayu yang juga menetap disana. Mereka mengharapkan pada tahun baru
akan datang mereka akan dapat tinggal diatas tanah mereka sendiri.
Ahad, Februari 16, 2014
Selasa, Februari 11, 2014
Isnin, Januari 20, 2014
Edaran Limau Sempena Tahun Baru Cina.
19 jan 2014 (Ahad)
Pakatan Rakyat Kulai telah
mengedarkan limau manderin kepada orang ramai sekitar Taman Gemilang dan Pekan
Sengkang. Turut Hadir ialah pimpinan Pakatan Rakyat Parlimen Kulai
1. YB Teo Nie Ching (MP Kulai)
2. YB Shu Qi Wong (ADUN Senai)
3. Sdr. Mazlan Aliman (TPJ 2 PAS Johor)
Tetamu jemputan pada pagi itu ialah YB Lim Kit Siang.
Tetamu jemputan pada pagi itu ialah YB Lim Kit Siang.
Sebanyak 50 kotak limau habis diagih kepada orang ramai
tanpa mengira bangsa.
Selepas itu satu sidang media telah diadakan bagi menyatakan
pendirian PR terhadap dakwaan oleh seorang bloger yang memuatkan berita
kononnya kekuatan DAP di Johor membuatkan seorang muslimat berbangsa Cina
dipaksa menanggalkan tudungnya sewaktu mengajar. Di sidang media yang sama, PR
menjelaskan isu tunjuk perasaan UMNO Pulau Pinang yang sengaja memainkan
sentimen perkauman dalam respon mereka keatas isu kangkung adalah satu
provokasi yang perlu dipandang serius oleh pihak keselamatan. Perkara seperti
ini tidak harus dibiarkan demi menjaga kerharmonian kaum yang telah dijalin
sekian lama.
Program edaran limau secara bersama
ini menunjukkan betapa PAS dan Pakatan Rakyat memandang serius keharmonian kaum
ini dapat dipelihara melalui amalan silang budaya bagi mengikis sentimen
perkauman yang tidak menguntungkan.
Ahad, Januari 05, 2014
2 Jan 2014 (Khamis)
Pakatan Rakyat Parlimen Kulai telah dijemput menyertai operasi bersepadu yang diketuai oleh Jabatan Alam Sekitar Johor berkenaan aduan rakyat mengenai pelupusan sisa pepejal yang mencemarkan alam sekitar khususnya pencemaran udara hasil daripada aktiviti pembakaran terbuka. Pencemaran ini dapat dirasakan oleh penduduk sekitar bandar Kulai terutama :
- Taman Permata Impian
- Kawasan perumahan Taman Mas, Taman Mewah, Taman Desa, Taman Saga serta taman-taman sekitarnaya.
- Taman Makmur
- Bandar Putra dan
- Felda Taib Andak
Selama ini penduduk menyangka bau busuk yang dihidu setiap malam datangnya daripada kesan pembakaran ayam atau pembakaran mayat daripada kawasan perkuburan yang terdapat disitu. Sangkaan ini ternyata meleset apabila aktiviti pelupusan sisa pepejal ini dapat dihidu.
Ekuran daripada itu, tinjauan telah dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat Kulai berserta penduduk setempat. Satu sidang media telah diadakan bagi mendedahkan aktiviti tidak sihat ini. Sehubungan dengan itu pihak Jabatan Alam Sekitar Johor bersama Jabtan dan Agensi yang terlibat telah mengadakan tinjauan mengejut ketapak pelupusan yang terbabit. Antara yang terlibat pada pagi itu ialah :
- Bahagian Penguatkuasaan MPKu
- Perbadanan Pelupusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (PPSPPA)
- Southern Waste Management (SWM) dan
- Polis.
Kali ini kami mendapat kebenaran masuk kedalam permis berkenaan dan menyaksikan sendiri bagaimana banyaknya timbunan sampah yang terdapat didalamnya. Menurut Pegawai SWM yang turut serta dalam operasi ini, berdasarkan timbunan sampah yang ada, menunjukkan aktiviti ini telah berjalan lebih daripada 5 tahun. Kawasan lembah yang terdapat dalam permis ini telah ditimbusi dengan sisa buangan hingga menjadikan sebuah bukit yang tinggi.
Pakatan Rakyat Kulai dalam sidang media yang diadakan selepas tinjauan itu, mengharapkan pihak-pihak yang berwajib dapat mengambil tindakan yang sewajarnya menurut akta sedia ada bagi menghentikan aktiviti pembakaran terbuka yang telah menjejaskan kualiti udara sehingga menimbulkan pencemaran bau yang teruk.
Gambar timbunan sampah yang terdapat dalam permis berkenaan.
Sidang media selepas tinjauan
Rabu, Januari 01, 2014
Selamat Tahun Baru 2014
Tahun 2014 kini menjelma. Rakyat Malaysia telah dihidangkan dengan pelbagai habuan kenaikkan daripada kerajaan UMNO / Barisan Nasional sejak mereka memenangi Pilihanraya ke 13 Mei lalu. Melangkah saja kaki kedalam tahun 2014, tarif baru lektrik sedang menanti. Kenaikkan tol ditunda sebentar akibat desakkan rakyat yang semakin memuncak. Dengan keadaan ekonomi yang semakin menghimpit, kenaikkan harga barang yang mendadak, kos sara hidup yang semakin tinggi dan jurang pendapatan yang kian melebar, golongan marhain kini terpaksa mengerah keringat dan bersengkang mata untuk meneruskan kehidupan.
Golongan elit tidak merasakan kepedihan ini. Mendiami rumah besar yang tersergam indah sambil bersantai menikmati minuman petang di tepi kolam renang, mereka tidak memahami apa erti kepayahan dalam meneruskan kelangsungan hidup. Sehingga tergamak mengatakan mereka yang bangkit menentang kenaikkan harga barang sebagai golongan yang tidak pandai bersyukur. Ironinya lagi, diajak rakyat menabung dan berjimat cermat sambil memberi peringatan 'beli apa yang perlu saja'.
Enak benar mereka berbicara di kaca tv dan corong radio serta dada akhbar. Tahukah mereka, rakyat kebanyakkan kini sedang bergelut untuk meneruskan hidup, apatah lagi menjelang sessi persekolahan baru yang memerlukan wang yang banyak untuk dibelanja. Seenaknya disuruh rakyat menabung. "Pandai sangat suruh kita menabung, duit pun tak ada nak menabung apa" rungut seorang anak muda ketika menonton tv sambil sarapan pagi.
Apa yang pasti, tahun 2014 bakal menjadi tahun yang benar-benar mencabar kesabaran rakyat dalam mendepani kehidupan seharian. Ambang 2014 dapat menyaksikan amarah rakyat yang TURUN membantah diatas tindakan kerajaan yang tidak mempedulikan nasib mereka.
SELAMAT TAHUN BARU.
Langgan:
Catatan (Atom)