 Parti Islam Semalaysia tidak akan menyahut seruan PERKASA untuk  mempertahankan akhbar Utusan yang kononnya akhbar orang Melayu. Layakkah  akhbar Utusan Malaysia mewakili orang Melayu sedangkan etika laporan  yang dilaporkan oleh akhbar tersebut tidak menepati ciri-ciri Melayu  jauh sekali dengan ajaran Islam.
Parti Islam Semalaysia tidak akan menyahut seruan PERKASA untuk  mempertahankan akhbar Utusan yang kononnya akhbar orang Melayu. Layakkah  akhbar Utusan Malaysia mewakili orang Melayu sedangkan etika laporan  yang dilaporkan oleh akhbar tersebut tidak menepati ciri-ciri Melayu  jauh sekali dengan ajaran Islam.Tepatnya akhbar ini ialah Utusan Umno, bukan mewakili suara orang  Melayu. Pemberitaan yang dilaporkan lebih kepada provokatif dan fitnah.  Terbaru dengan berita yang sensasi kononnya Malaysia akan menjadi negara  Kristian seperti yang disiarkan oleh akhbar tersebut pada 7 Mei 2011.  Menyiarkan berita untuk membangkitkan emosi orang Islam, sekiranya tidak  kena gaya negara boleh terbakar. Tetapi Alhamdulillah PAS berjaya  menenangkan keadaan umat Islam.
 Utusan beruntung kerana mereka kebal dari tindakan undang-undang.  Rakyat Malaysia tentu masih ingat, Suara Keadilan yang menyiarkan berita  Felda bankrap, terus diberi amaran dan permit  digantung.
Utusan Malaysia tidak layak mewakili suara orang  Melayu, kerana budaya Melayu tidak menerima unsur lucah dan fitnah.  Melayu yang dikaitkan mesti beragama Islam, sudah tentu tidak boleh  menerima tatacara budaya seperti ini.
 Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan