
Ibn Katsir menulis di dalam kitabnya Bidayah wan Nahiyah beliau ialah
  Asma  binti Umais bin Maadd bin Tamin al Khatsamiyyah adalah isteri Khalifah  Abu Bakar ra yang sebelumnya diperisterikan oleh Jafar bin Abi Talib.    
Dari perkahwinan dengan Jafar bin Abi Talib beliau  melahirkan tiga putra yakni Abdullah, Muhammad dan Aunan.[ kitab Nisaa’ Haular Rasuul, karya Mahmud Mahdi al-Istanbuli dan Musthafa Abu an-Nashr asy-Syalabi]
    Perkahwinan  dengan Abu Bakar ra beliau melahirkan Muhammad bin Abu Bakar ra.  Apabila Asma berkahwin dengan Ali ra, maka Muhammad bin Abu Bakar  menjadi anak tiri atau anak angkat kepada Ali ra.
      Setelah Abu Bakar ra meninggal dunia beliau berkahwin pula dengan Ali bin Abi Talib , adek suaminya yang pertama.[ Sejarah Hidup Imam Ali bin Abi Thalib r.a.Oleh H.M.H. Al Hamid Al Husaini] Beliau adalah isteri ke enam bagi Ali ra.
    Perkhwinan  dengan Ali melahirkan Yahya dan Muhammad al Ashgar.Ibn Katsir mengambil  riwayat ini dari Ibnul Kalbi. Bagaimanapun Ibn Katsir mengatakan al  Waqidi mengatakan “ Beliau memperoleh dua orang putra darinya, Yahya dan  Aun, adapun Muhammad al Ashghar berasal dari ummul walad[Ummul walad adalah hamba wanita]. Dalam hal ini kita dapati ada perselisihan pendapat penulis sejarah.
    FITNAH PERIHAL RENGGANGNYA KELUARGA ABU BAKAR RA. DENGAN KELUARGA ALI RA.
    Suatu  yang istimewa dengan Asma binti Umais, beliau adalah sahabat terdekat  Sitti Fatimah r.a. Asma inilah yang mendampingi Fatimah r.a. dengan  setia dan melayaninya dengan penuh kasih-sayang  semasa sakit  hingga detik-detik terakhir hayatnya.[ Sejarah Hidup Imam Ali bin Abi Thalib r.a.Oleh H.M.H. Al Hamid Al Husaini]
    Kalau demikian rapat hubungan Asma ra  dengan  Fatimah ra bermakna rapat jugalah hubungan dengan Abu Bakar ra , kerana  masa itu Asma adalah isteri Khalifah Abu Bakar. Perlu diingat Fatimah  ra meninggal dunia enam bulan selepas Rasullah saw meninggal dunia. Jadi  bagaimana boleh timbul fitnah kerengangan hubungan Fatimah ra dan Ali  ra dengan Abu Bakar ra.? Dikatakan berita kewafatan Fatimah ra. telah  dirahsiakan dari pengetahuan Abu Bakar ra.
    Rumah Fatimah r.a @ Ali r.a  hanya  ditepi masjid Nabawi, dan ABu Bakar adalh Imamnya – mungkinkah kematian  Fatimah r.a menjadi rahsia? Asma bt Umais r.a yang menguruskan jenazah  Fatimah r.a adalah sahabat baik Fatimah r.a adalah isteri Abu Bakar r.a!
    HIJRAH ASMA’ KE MADINAH
    PERJALANAN  dari Habsyah ke Madinah terasa begitu lama. Rindu pada insan mulia,  anak saudara suaminya sendiri, membuak-buak di hatinya. Meskipun hidup  di Habsyah aman dan tenang di bawah pemerintahan Najasyi yang adil serta  terhindar daripada gangguan kafir Quraisy, hatinya tetap rindu bagi  bersama insan mulia dalam menegakkan agama Islam.
    "Jauh  lagikah? Saya tidak sabar tiba di Madinah. Inilah yang saya harapkan  sekian lama;' kata Asma' binti Umais pada suaminya, Jaafar bin Abi Talib  yang mengetuai penghijrahan kaum Muslimin ke Habsyah.
    "Insya-Allah tidak lama lagi;' jawab J aafar lirih.
    Jaafar  memandang ketiga-tiga anaknya yang dilahirkan di Habsyah iaitu  Muhammad, Abdullah dan Aun. Mereka masih kecil dan belum mengerti apakah  yang sedang bergolak di hati ibu dan ayah mereka. Mereka belum tahu  erti perjuangan menegakkan agama Islam.
    Namun,  di bawah didikan Rasulullah nanti, Jaafar mahu melihat mereka membesar  menjadi pejuang-pejuang agama yang memiliki iman yang kental.
    Jaafar kemudian menoleh pada isterinya. "Tidak sedihkah meninggalkan anak susuanmu Abdullah?" Jaafar cuba menduga hati Asma'.
    Asma'  termenung mendengar pertanyaan suaminya itu. Tujuh tahun lamanya dia  tinggal di Habsyah sesudah berhijrah ke sana bersama segelintir kaum  Muslimin yang lain demi menyelamatkan diri daripada gangguan kafir  Quraisy.
    Selama  tujuh tahun, mereka begitu akrab dengan Najasyi yang begitu baik kepada  mereka. Selepas Najasyi masuk Islam di tangan Jaafar, Asma' mendapat  tempat yang istimewa dalaM keluarga raja itu.
    Ini  terbukti apabila Najasyi menamakan puteranya nama yang serupa dengan  anaknya, Najasyi meminta Asma' menyusukan puteranya bersama-sama  anaknya.
    "Abdullah  anak susuan saya dan bumi Habsyah tetap saya ingati. Namun, rindu saya  pada Rasulullah dan negara Islam Madinah, tidak ada tolak bandingnya;'  jawab Asma'.
    Jaafar  terangguk-angguk mendengar kata-kata isterinya. "Saya mendapat khabar  Rasulullah sedang menunggu kepulangan kita. Beliau juga begitu merindui  kita semua kata Jaafar.
    Selepas  menempuh perjalanan yang lama, akhimya rombongan mereka tiba di  Madinah. Ketika itu, kaum Muslimin sedang meraikan kemenangan mereka  mengalahkan kafir Quraisy dalam perang Khaibar.
    "Allahu  akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!" Rasulullah dan kaum Muslimin  bertakbir memuji kebesaran Allah atas kemenangan mereka itu.
    Muslimah Pilihan
    Ketika itulah Jaafar dan rombongannya tiba di hadapan Rasulullah.
    Sebaik sahaja beliau melihat Jaafar, beliau begitu gembira. Beliau segera memeluk Jaafar dan mencium dahinya.
    "Demi  Allah, aku tidak tahu mana yang lebih menggembirakan diriku, kedatangan  Jaafar atau kemenangan Khaibar kata Rasulullah kepada seluruh hadirin.
    Asma' dan Jaafar tinggal di Madinah dengan penuh bahagia di samping menimba ilmu yang berharga daripada Rasulullah.
    "Isteriku,  saya telah mendapat perintah daripada Rasulullah supaya berangkat ke  Syam memerangi tentera Byzantine;' ujar Jaafar kepada Asma' pada suatu  hari.
    "Siapakah yang memimpin tentera Muslimin?" soal Asma'.
    "Zaid  bin Harisah. Akan tetapi, sekiranya dia syahid, sayalah yang  menggantikan tempatnya jawab Jaafar, "Pergilah suamiku. Semoga Allah  memberi kemenangan ke atas kaum Muslimin” kata Asma' kepada suaminya.
    Seluruh  umat Islam temanti-nanti kepulangan kaum Muslimin. Belum ada khabar  berita sama ada kaum Muslim memperoleh kemenangan atau sebaliknya.
    Hati  Asma' bergetar apabila Rasulullah datang ke rumahnya. Rasulullah  mendekati ketiga-tiga anak Asma', lalu mencium mereka dengan , mata  berlinangan.
    "Wahai  Rasulullah, apakah yang membuatkan anda menangis? Adakah anda telah  mendapat khabar tentang Jaafar dan sahabat-sahabatnya?" soal Asma'.
    "Benar, dia telah gugur syahid hari ini” jawab Rasulullah ringkas.
    Mendengar  jawapan Rasulullah itu, Asma' tidak dapat menahan rasa sedihnya. Dia  menangis teresak-esak di samping anak-anaknya. Namun, dia tetap sabar  demi mengharapkan reda Allah .
    ASMA’ MENJADI ISTERI ABU BAKAR AS-SIDDIQ
    Tidak  lama sesudah itu, Asma' berkahwin dengan Abu Bakar as-Siddiq selepas  isteri beliau, Ummu Rumaan meninggaI. Asma' terus setia di samping Abu  Bakar, sehingga beliau dilantik menjadi khalifah selepas Rasulullah  wafat. Asma' juga bersabar ketika menghadapi saat-saat Abu Bakar sakit  kuat.
    "Asma',  apabila aku meninggal dunia, mandikanlah jasadku. Dan bukalah puasamu  agar dirimu lebih kuat:” pesan Abu Bakar apabila dia merasakan maut  semakin menghampirinya.
    "Baiklah:” jawab Asma' sambil matanya tidak lepas memandang suaminya yang berada di ambang sakaratul maut.
    Tidak lama kemudian, lnnalillahi wainna ilaihirojiun.
    Asma' berasa sedih dengan kematian Abu Bakar. Namun begitu, dia segera menunaikan wasiat Abu Bakar agar memandikan jenazahnya.
    Asma'  kembali bersendirian membesarkan anak-anaknya. Dia mendidik mereka  dengan memohon kepada Allah agar memperbaiki anak-anaknya sehingga  mereka akhirnya menjadi imam bagi orang-orang bertakwa.
    ASMA’ MENJADI ISTERI ALI BIN ABI TALIB
    Sedih  yang dialami oleh Asma' segera diubati oleh Ali bin Abi Talib. Beliau  datang meminang Asma' selepas Fatimah az-Zahra meninggal.
    Ketika  Ali bin Abi Talib dilantik sebagai khalifah yang keempat, Asma' turut  memikul tanggungjawab sebagai isteri khalifah bagi kaum muslimin dalam  menghadapi peristiwa-peristiwa besar.
    Demikianlah  Asma' binti Umais, wanita yang menjadi pendamping kepada tiga pemimpin  besar kaum Muslimin iaitu Jaafar bin Abi Talib, Abu Bakar bin Siddiq dan  Ali bin Abi Talib. Semoga Allah merahmatinya.
    Asma' amat mencintai ketiga-tiga suaminya. Katanya, "Aku  tidak melihat seorang pemuda daripada bangsa Arab yang lebih baik  daripada Jaafar, dan aku tidak melihat seorang setengah baya yang lebih  baik daripada Abu Bakar, dan Ali tidak kurang kebaikannya dibandingkan  kedua-duanya".