Parti Islam Se-Malaysia tetap membantah GST yang akan diperkenalkan oleh  kerajaan. Tindakan ini melambangkan kerajaan BN, gagal memberi  keselesaan kepada rakyat dan lari daripada tanggungjawab sebagai sebuah  kerajaan. Apakah tugas kerajaan  hanya menaikkan cukai sahaja, sedangkan  kualiti hidup rakyat semakin teruk seperti perkhidmatan awam yang tidak  pernah selesai, subsidi gula, minyak dipotong menyebabkan hidup rakyat  semakin tertekan.
 PAS bersetuju dengan pandangan Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik  Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman  Abdullah berkata, biarpun GST mampu meningkatkan pendapatan negara,  kemampuan rakyat menghadapi tekanan harga barang yang lebih tinggi juga  perlu diberi perhatian.
 Alasan Datuk Seri Najib yang mengatakan cukai pendapatan akan  dikurangkan apabila kerajaan melaksanakan GST. Ini alasan Pak Pandir  untuk melindungi kebebalan kerajaan yang tidak kreatif dan inovatif  untuk  menjana pendapatan negara akibat daripada rasuah dan pembaziran yang  melampau.
Apakah Datuk Seri  Najib tidak terfikir hanya 2 juta  rakyat negara ini yang layak membayar cukai. Bagaimana manfaat yang  didapati oleh majoriti rakyat,  terutama rakyat miskin yang tidak  membayar cukai. Maknanya manfaat pengurangan cukai hanya kepada pembayar  cukai, sedangkan GST semua terbeban kerana tidak ada pengecualian  ketika membeli barang keperluan.
 Tidak cukup lagikah wang kerajaan yang diperolehi melalui cukai  perkhidmatan yang dinaikkan daripada 5% kepada 6%. Setiap pemegang kad  kredit wajib dikenakan membayar RM50 untuk setiap kad.
PAS  menegaskan jika kerajaan BN tidak mampu menjaga kebajikan rakyat, sila  serahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang terbukti dan teruji. Jika  Datuk Seri Najib dan rakan-rakan BN hanya hendak menyusahkan rakyat  lebih baik berundur secara terhormat.
 Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan