Parti  Islam Se-Malaysia PAS menganggap kerajaan BN bermain silap mata dengan  rakyat isu kenaikan tarif elektrik . Sedangkan pada 25 Mei 2011 kabinet  memutuskan minyak RON 95  tidak naik dengan alasan prihatin kerajaan  kepada rakyat. Tiba-tiba rakyat dikejutkan dengan pengumuman kerajaan  mengenai kenaikan tarif letrik 7.12% bermula 1 Jun 2011.
 Menjadi kebiasaan akhbar Umno ( Utusan Malaysia) dengan tajuk "Tiada  Kenaikan Guna 300 kWj". Inilah  kerja Utusan Malaysia yang mencari apa  sahaja hujah untuk membela penguasa yang tidak berhati perut terhadap  rakyat. Tidak hairanlah kepada kita jualan semakin merudum, terpaksa  ditaja oleh  GLC dan korporat Umno untuk diberi percuma sahaja. Rakyat sedang  menghukum Utusan dengan tidak membeli, kerana ia bukan suara hati  rakyat, tetapi suara Umno.
Menjadi kelaziman biasa kepada  pemimpin BN setiap kali berlaku kenaikan keperluan rakyat maka hujah  mereka tidak terjejas rakyat bawahan. Ketika menaikan tarif elektrik,  pemimpin BN berhujah 75% isi rumah  rakyat Malaysia tidak terjejas.  Mereka cuba menyembunyikan kepada  rakyat "kesan berantai" kerana  kenaikan tarif elektrik. Hujah mereka kenaikan tarif baru hanya  membabitkan industri, tidak melibatkan pengguna biasa. Sedangkan  kenaikan tarif akan terbeban kepada rakyat walaupun bil elektrik dirumah  tidak naik, tetapi barang keperluan akan naik. Hujah yang sama juga   Umno BN gunakan untuk menipu rakyat ketika kerajaan menaikkan tol,  dengan hujah rakyat biasa tidak terjejas kerana tidak ada kenderaan.  Mereka berhujah seolah-olah rakyat tidak beli sayur dan barang  keperluan,  sedangkan keperluan dapur  dibawa melalui tol. Harga tol akan  ditanggung oleh rakyat sebagai pengguna. Fakta ini disembunyikan kepada  rakyat untuk menghalalkan tindakan mereka.
Menurut  ketua ekonomis  Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng akan berlaku kenaikan harga barang  makanan kerana  industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian  besar tenaga elektrik. Menurutnya walaupun 75 peratus isi rumah terlepas  daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan  menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi  kepada pengguna,"
 Kemungkinan tarif letrik akan dinaikkan setiap enam bulan kerana  menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata  kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost  Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.
 “Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada  pengguna  berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang  digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan,” kata Chin di  Putrajaya semalam.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan