Pemimpin Umno BN gelisah mengenai janji 100 hari PR yang diisytihar di  Konvensyen Pakatan Rakyat ke 2 pada 19/12/2010. Ini jelas kelihatan  daripada kenyataan pemimpin BN  termasuk daripada NGO Umno  menuduh ini  janji yang tidak realistik. Mereka mengeluarkan kenyataan bahawa program  ini membazir dan memberi kesan buruk  kepada struktur ekonomi negara.
  PAS berasa pelik dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno  BN yang menuduh ini suatu  usaha yang membazir. Semua program yang  menguntungkan rakyat dianggap membazir,  seperti  kerajaan  Pakatan  Rakyat di Selangor yang memberikan air 20 meter padu kepada rakyat di  negeri tersebut.
 Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak hendak membina Menara Warisan 100  tingkat tidak  dianggap membazir. Untuk kroni dan anak beranak tidak  membazir. Sebenarnya  pemimpin BN resah dengan janji 100 hari yang akan dijanjikan oleh  Kerajaan Pakatan Rakyat  jika diberikan mandat untuk mentadbir negara  ini. Rakyat yang berada di bawah pemerintah BN mula membuat perbandingan  dengan negeri  Pakatan, mereka melihat rakan mereka di negeri Pakatan  hidup selesa kerana pemimpinnya siang malam memikir bagaimana untuk  memberi kepada rakyatnya,  manakala pemimpin BN memikir apa yang boleh  diambil daripada rakyat.
 Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi yang  juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, berkata janji pembangkang itu tidak  lebih daripada ‘wayang politik’ bagi menutup kegagalan mereka.
PAS  hendak mencabar pemimpin BN, siapa yang temberang rakyat? Bukankah  pemimpin BN memberitahu rakyat pada 3 Nov 2010 minyak tidak akan naik  hingga hujung tahun. Tiba-tiba 4 Disember 2010 minyak RON 95 naik 5 sen.
 Sekurang-kurangnya dengan kekangan kewangan yang dialami oleh  kerajaan  Pakatan Rakyat, tetap dapat  melaksanakan iltizam untuk rakyat seperti  yang dijanjikan dalam menifesto.  Dalam usia yang muda sudah banyak  habuan rakyat dapat, walaupun dalam nilai yang kecil. Jelaslah bahawa  Pakatan Rakyat teruji dan terbukti.
 Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan