Bukan senang hendak mendapat liputan di media perdana mengenai aktiviti  pembangkang  di negara ini. Nampaknya program Bersih 9 Julai 2011  mendapat liputan yang meluas di kaca televisyen dan dada akhbar.  Sekalung tahniah diberikan kepada pemilik media, kerana mengiklankan  program tak berbayar. Program Bersih sudah pun berjaya walaupun belum  sampai masanya, kerana ia mendapat ulasan yang meluas oleh pemimpin BN.  Ini adalah tanda aras kejayaan rakyat yang hendak memulih sistem  demokrasi di negara ini.
 Setakat hari ini lebih daripada 400 laporan polis yang dibuat oleh  umno cuma berlainan nama untuk menggagalkan tuntutan  rakyat. Datuk Seri Khalid Abu Bakar selaku Timbalan Ketua Polis Negara  telah memberi amaran untuk membuat tangkapan awal sebagai usaha untuk  menakutkan rakyat. Kita harapkan supaya pihak polis jangan dipandang  oleh rakyat hanya untuk menjaga keselamatan Umno, bukan keselamatan  negara. Bertindaklah secara profesional, bukan emosional. Kenapa  demonstrasi kepala lembu di Shah Alam  tidak ada gangguan. Setitik air  pun tidak disembur kepada mereka. Sedangkan ini adalah demo yang  berbentuk perkauman dan penghinaan kepada agama, ia boleh terbakar  negara. Cuba bayangkan jika demo itu dibuat oleh penyokong Pakatan  Rakyat, sudah pasti mereka yang terlibat di sumbat di dalam ISA.
 Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan