PAS menganggap laporan Polis yg dibuat oleh Umno membuktikan mereka  adalah golongan yg mempertahankan ketidakadilan dalam sistem politik  negara. Bahkan mereka akan terus mempertahankan kebobrokan sistem ini  bagi mengekalkan pengaruh dan kekuasaan mereka. Sepatutnya mereka  melihat secara rasional kenapa himpunan ini diadakan. PAS ingin tegaskan  bahawa Himpunan ini diadakan setelah pelbagai saluran digunakan bagi  memperbaiki sistem politik negara. Pelbagai dialog, diskusi laporan  polis dan SPRM telah dibuat bagi memperbaiki kelemahan dalam perjalanan  sistem pilihanraya umum di Malaysia.
Rakyat sepatutnya melihat kenapa himpunan ini diadakan. Ia bukan  himpunan saja suka-suka bagi menimbulkan kegawatan, atau mengganggu  ketenteraman awam sebagaimana yg dibimbangi oleh orang ramai. Himpunan  ini akan berjalan lancar dan aman sekiranya tiada provokasi dari pihak  yg tidak bertanggungjawab. Dengan ratusan petugas unit amal dan kawalan  pemuda PR kita yakin ia mampu berjalan dengan aman dan baik.
Tindakan Umno membuat laporan polis mencerminkan sikap dauble  standard mereka kerana mutakhir ini merekalah menjadi juara dalam  menganjurkan demonstrasi di negeri PR, sayang polis hanya menonton  sahaja walaupun demo tersebut bersifat provokasi agama dan kaum.
Sebenarnya pihak kerajaan mampu mengatasi himpunan ini dengan  menerima tuntutan BERSIH kerana ianya bukanlah sesuatu yang terlalu  sukar untuk dilaksanaskan. Kerajaan mesti sedar tindakan menyalahgunakan  kuasa atas nama demokrasi hanya akan menanam kemarahan rakyat. Kerajaan  mesti menyediakan saluran bagi melempias kemarahan dan rasa tidak  puashati rakyat. Tunaikan tuntutan atau sedia hadapi himpunan aman  rakyat. Tujuan kami satu, demokrasi yang lebih adil untuk semua demi  kebaikan negara.  
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan