Fitrah manusia mahukan segalanya berada  dalam aturan yang sempurna. Namun, sebagai syarat bagi ujian di dunia,  banyak perkara yang berlaku tidak seperti yang dijangkakan. Sementara  seseorang berfikir keadaan hidupnya adalah memuaskan/menguntungkan,  hal-hal mendatang mungkin berlaku sebaliknya dan tampak merugikan pada  tanggapan awal. Dalam keadaan itu, apa yang menimpa orang mukmin adalah  untuk menyedarkan bahawa setiap kajadian bagi setiap detik kehidupan  seseorang, pasti ada hikmah di sebaliknya. Seseorang perlu ingat bahawa  setiap yang dijangkakan berlaku, mungkin berubah menjadi tidak baik  baginya. Dalam Surah Al-Baqarah, Allah mengaitkan setiap apa yang  manusia sangka baik, mungkin jahat manakala apa yang disangka jahat,  adalah baik untuknya seperti firmanNya:
“....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan soleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)
Tidak kira betapa seseorang itu berusaha  untuk menghindar keadaan tersebut, yang dianggap masalah pada mulanya,  dia kadang-kadang tidak dapat lari dari menghadapinya. Ini mudah kerana  setiap apa yang berlaku termasuklah sekecil-kecil perkara dalam hidup  seseorang adalah sebahagian daripada takdir yang telah Allah tetapkan  bagi setiap orang. Seseorang boleh melihat bagaimana takdir yang telah  ditetapi Allah berlaku serta akibatnya hanya dalam waktu yang singkat.  Takdir Allah adalah suatu yang terbaik untuk kita. Tanpa menyedari apa  yang tersirat, seseorang yang menilai peristiwa secara lahiriah  sepenuhnya mungkin tersasar untuk memikirkan bagaimana hal-hal sebegitu  berlaku sedangkan menurutnya, berlaku mengikut ketetapannya. Dengan  pandangan yang bimbang, tidak percaya dan menjauhi Allah, ia bertindak  balas terhadap insiden dengan penuh kelalaian, tanpa menggunakan  kebijaksanaan dan hati nuraninya.
Sebaliknya, keyakinan seseorang yang baik  dengan Allah dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada-Nya akan  menilai/mempertimbangkan aspek tersirat disebalik sesuatu peristiwa. Dia  tahu bahawa tiada sesuatu yang akan berlaku selain daripada apa yang  telah ditakdirkan baginya oleh Allah. Dia memandu dirinya dengan  kesedaran bahawa segalanya berjalan di bawah kekuasaan Allah. Dalam  surah Yunus ada mengaitkan bahawa Allah mengetahui segala sesuatu:
“Dan tidakkah engkau (Muhammad) berada dalam suatu urusan, dan tidak membaca suatu ayat al-Quran serta tidak pula kamu melakukan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi Saksi atasmu ketika kamu melakukannya. Tidak lengah sedikit pun dari pengetahuan Tuhanmubiarpun sebesar zarah, baik di bumi ataupun di langit. Tidak ada sesuatu yang lebih kecil dan yang lebih besar daripada itu, melainkan semua tercatat dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh). (Surah Yunus: 61)
Seseorang yang berfikiran murni, yang  yakin menilai setiap detik dalam kehidupannya dengan panduan al-Quran,  iman, kebijaksanaan dan hati nurani bahawa Allah, Penolong dan Teman  yang sebenarnya, mencipta sesuatu dengan kebaikan, tidak kira betapa  susahnya tampak keadaan itu. Dia juga tahu bahawa Allah akan  melindunginya dan oleh itu, meletakkan keyakinan kepada Allah.
Dia juga maklum bahawa dengan bersabar dan  yakin kepada Allah dalam keadaan yang paling sukar sekalipun, dia akan  tetap mendapat ganjaran yang besar daripada penglihatan dan kekaguman  Allah asalkan dia kekal jauh dari rasa ketakutan, dengan kata lain,  tidak percaya kepada Allah.
Walaupun dia sendiri tidak mampu bertahan  dengan kesabarannya, dia menunjukkan kesabaran dan kepercayaan dengan  sepenuh hati bahwa Allah lebih mengetahui apa yang paling  menguntungkannya. Seseorang mungkin tidak nampak kesan langsung daripada  sikapnya di dunia namun dia percaya bahawa Allah, satu-satunya  Teman-nya, benar-benar akan memberi ganjaran terbaik di akhirat nanti  dan dia akan sentiasa mendapat keredahaan dan pujian Allah. Dia yakin  bahawa walaupun tidak signifikan, apa sahaja yang dilakukannya  semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah, Allah tidak akan  mempersiakannya dan Allah Yanag Maha mengetahui akan tiap sesuatu tiidak  pernah melupakannya. Memang telah dinyatakan dalam Al-Quran bahawa di  Akhirat nanti, Allah akan memberi ganjaran bagi setiap perbuatan  walaupun sebesar zarah:
“Dan Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari Kiamat, maka tidak seorangpun dirugikan walau sedikit, sekalipun hanya seberat biji sawi, pasti Kami mendatangkannya (pahala). Dan cukuplah Kami yang membuat perhitungan.” (Surah al-Anbiya’: 47)
Kesannya, reaksi-reaksi jiwa yang negatif  yang ditunjukkan dalam beberapa situasi seperti panik, penderitaan,  putus asa dan percaya akan disalah anggap orang lain hanyalah satu cara  yang akan merugikan diri sendiri. Keadaan minda yang ditunjukkan juga  tidak menepati ajaran al-Quran yang sepatutnya tidak dialami oleh mereka  yang mempunyai keteguhan iman. Sekiranya  Allah menginginkan sesuatu, sebarang ketidakwujudan dan perubahan  terhadapnya adalah mustahil melainkan Allah mengkehendakinya lagi.  Selain itu, bagi seseorang yang beriman, Allah akan mengubah setiap  keadaan hidupnya kepada keadaan yang lebih baik. Allah mencipta sesuatu  yang baik yang tidak disangka-sangka. Jika Allah mahukan sesuatu yang  lebih baik, walaupun seisi dunia menghalangnya, tiada yang dapat masuk  campur dan mencegahnya. Kebaikan, keindahan, cinta, hormat dan  pelindungan yang diberi Allah terhadap seseorang yang ikhlas benar-benar  nyata pada orang itu. Di dalam al-Quran, Alah mengatakan bahwa tiada  apa yang akan berlaku melainkan dikehendaki-Nya:
“Katakanlah, “Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (ketentuan) Allah jika Dia "mengkehendaki bencana atasmu atau mengkehendaki rahmat untuk dirimu?”
“Jika Allah Menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah Membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal.” (Surah Ali ‘Imran:160)“Dan jika Allah Menimpakan suatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah Menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia Memberikan kebaikan kepada siapa sahaja yang Dia Kehendaki di antara hamba-hamba-Nya. Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Surah Yunus:107)
Seseorang yang beriman mesti sentiasa  ingat tiada sesuatu selain Allah boleh masuk campur dalam apa-apa  perkara. Melupakan kebenaran ini membawa seseorang kepada kelalaian.  Syaitan akan memperdaya manusia untuk berfikir bahawa setiap perkara  berlaku dengan sendirinya dan manusia yang campur tangan dalam sesuatu  perkara dengan sendirinya akan terpesong. Walaubagaimanapun, ini  sesungguhnya adalah tipudaya syaitan yang mematahkan semangat seseorang  dan menghalangnya daripada berfikir dengan waras.
Namun, jika Allah menginginkan sesutu yang  baik. Tiada siapa yang dapat menghalangnya. Untuk itu, seorang muslim  tidak patut menyimpang daripada mempercayai Allah sepanjang hidupnya.  Dia perlu menunjukkan keazaman dan kesabaran yang jitu. Bertindak dengan  menyedari bahawa apa yang menimpanya hanyalah satu ujian daripada Allah  untuk membuatkannya layak ke syurga. Sebagai balasan daripada ketabahan  yang ditunjukkannya, dia mengjangkakan untuk kekal di dalam syurga  selama-lamanya sebagai seorang yang mendapat cinta dan keredhaan Allah.  Semua ini hanya diperolehi orang beriman yang tabah dalam kesabaran dan  meletakkan kepercayaannya kepada Allah sehingga akhir hayatnya.
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan