" dengan tokoh ulamak  terkemuka Dr Yusuf Qaradhawi(DYQ) di pejabat PAS Jalan Raja Laut, pada  hari ahad 20-12-2009 yg lalu. Antara pimpinan yang hadir ialah Presiden  Pas, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, AJK-AJK PAS Pusat dan juga  wakil dewan-dewan.
dengan tokoh ulamak  terkemuka Dr Yusuf Qaradhawi(DYQ) di pejabat PAS Jalan Raja Laut, pada  hari ahad 20-12-2009 yg lalu. Antara pimpinan yang hadir ialah Presiden  Pas, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, AJK-AJK PAS Pusat dan juga  wakil dewan-dewan.
 Didalam pertemuan lebih sejam itu, DYQ telah  memberikan pandangan dan amanat yang cukup berharga yang menyentuh  pelbagai perkara. Di bawah saya kemukakan beberapa isi penting ucapan  beliau yang sempat saya catitkan 
1) DYQ menegaskan perjuangan  gerakan-gerakan Islam seperti PAS adalah  penerusan kepada perjuangan  yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Dalam  konteks moden, perjuangan ini  adalah mewarisi aliran tajdid yang  dipelopori oleh tokoh2 seperti  Jamaludin Afghani, Syeikh Muhammad Abdul  Wahab, Syeikh Muhammad Abduh   dan Syeikh Rashid Ridha. Ianya kemudian dilanjutkan dalam bentuk   tanzimi yg lebih tersusun oleh Hassan  Al Banna yg mengasaskan gerakan  Ikhwan Muslimin.
 2) Asas penting kepada gerakan islam ialah  sikap wasathiah (wasotho -  pertengahan). Dalam soal feqah, sikap  wasathiah ini penting untuk  menangkis kejumudan dan ketaksuban.  Kejumudan dan ketaksuban inilah yg  menyebabkan lahirnya taklid. DYQ  menyelar golongan muqallidin ini dan  menyatakan bahawa sebenarnya  taklid ini tidak ada tmpat dlm syariat.  Beliau seterusnya berkata  bahawa tidak perlu seseorang itu mencapai  tahap mujtahid untuk  membolehkannya memakai pendapat yg diluar dari  mazhabnya. Cukuplah  seseorang itu mengetahui dalil atau hujah yg lebih  kuat dari pendapat  mazhabnya dalam sesuatu perkara bagi membolehkannya  memilih yg lain  dari mazhabnya.
 3) Dalam soal hubungan dengan non muslim, DYQ  berfatwa bahawa kita  dibolehkan menjawab salam dari non muslim.  Meskipun ada khilaf dalam hal  menjawab ucapan salam dari non muslim,  namun beliau mentarjihkan  pandangan yg membolehkan non muslim memberi  salam dan menjawab salam  mereka. Syeikh mengatakn tidak ada salahnya  menjawab salam non muslim yg  mana kita mngharapkan dengan jawapn  tersebut ianya akan menjadi doa  supaya mereka terpaut dgn Islam.
  4) Berkaitan soal wahabi pula, DYQ mengatakan golongan wahabi adalah   sebahagian dari umat Islam. Dalam banyak hal, DYQ menyatakan bahawa   banyak pandangan mereka yg lebih dekat dengan dirinya meskipun ada di   kalangan mereka yg taksub dan melemparkan bermacam2 tohmahan terhadap   dirinya. DYQ juga menyanjung tokoh2 ulamak yg dilabel wahabi seperti   Syeikh Salman Audah dan Syeikh Aidh Abdullah Al Qarni yg dianggap   sebagai tokoh yg sederhana.Inilah antara butiran-butiran yg dapat saya   catatkan di sini".
Dr    Yusuf Qardawi: Perjuangan PAS adalah penerusan perjuangan yang dibawa    oleh Nabi Muhammad SAW" 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan