Rais Yatim ketika berucap dalam satu majlis ramah mesra dengan Orang  Asli di suatu tempat meminta orang Melayu meniru sikap Orang Asli dalam  memberi sokongan kepada BN. Saya tidak tahu macam mana persepsi orang  ramai terhadap gesaan atau cadangan Rais itu. Tetapi bagi saya ia agak  memeranjatkan.
Mungkin bagi orang Umno bersetuju sangat dengan cadangan itu kerana orang Umno yang tahu status dan juga maruah diri mereka.
Kalaupun  benar Rais hendak bodek Orang Asli supaya terus menyokong BN, tetapi  takkanlah sampai suruh orang Melayu tiru macam Orang Asli. Di sini bukan  maksud saya hendak memperendah-rendahkan keupayaan Orang Asli tetapi  apakah tidak ada perbuatan dan sifat-sifat kaum lain yang boleh dibuat  perbandingan.
Saya faham dan saya tahu bukan semua Orang Asli  menyokong BN. Ini menunjukkan Orang Asli juga sudah pandai membilang dan  menghitung menilai baik dan buruk kerajaan UMNO/BN. Tetapi apabila Rais  membuat cadangan itu dia telah meletakkan orang Melayu jauh lebih rendah  tahap pemikiran siasahnya dari Orang Asli. Harapnya hanya orang Melayu  Umno sajalah.
Kalaulah menteri Malaysia (UMNO/BN) berpandangan macam  Rais Yatim itu "bedigul" sungguhlah rakyat negara ini. Rais harus  mengkaji nilai ataupun macam mana kesetiaan Orang Asli kepada UMNO/BN itu.  Beliau kena faham dan mengerti akan nilai sokongan itu. Tahap pemikiran  dan kehidupan Orang Asli secara umumnya.
Kalaulah nilai sokongan  yang Orang Asli berikan kepada UMNO/BN yang dikehendaki Rais itu juga  dilakukan oleh Orang Melayu, maka sahlah orang Melayu boleh diperkotak  katik dengan apa-apa saja mengikut kehendak kerajaan UMNO/BN. Lagaknya ini  orang Melayu tak ubah seperti anjing pemburu saja ikut 'dipetuk'. Apakah  tahap itu yang Rais mahukan?
Kalaupun hendak menarik sokongan  kepada UMNO/BN berilah idea yang lebih bernas dan bermutu berwawasan dan  berjiwa besar. Fikir dan renunglah apakah idea itu sesuai yang boleh  memberi semangat dan bukan merendahkan martabat diri sendiri dengan  meminta meniru Orang Asli.
Benarlah seperti mana dikatakan Rais  Yatim ini seorang anti tesis bukan saja sanggup  membakar jambatan besi  dan membina jambatan emas walaupun emas itu diambil dari lombong orang  lain tetapi lebih dari itu. Rais bukan saja sanggup menjilat semula  ludahnya tetapi dia juga sanggup terus bercakap dalam keadaan mulut  berbaut kohong.
Saya tidak tahu macam mana pemikiran dan  tanggapan orang lain apabila mendengar nasihat menteri radio itu tetapi  bagi saya ia adalah sesuatu yang memalukan.
Oleh : Mohd Sayuti Omar.
Sumber : Suraukini.
Oleh : Mohd Sayuti Omar.
Sumber : Suraukini.
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan