Sehubungan itu, beliau yang melahirkan simpati terhadap  anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang didakwa Jais semalam  berkata, "jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk  menyusahkan perkembangan agama."
Asri mengulas tindakan Jais yang  mendakwa Khalid semalam dan akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Klang  24 November depan kerana memberikan tazkirah di sebuah surau tanpa  tauliah dari Jais.
Sebelum ini, Asri juga adalah menjadi mangsa  Jais apabila beliau dikepong oleh penguatkuasa Jais ketika sedang  memberikan kuliah agama seumpama penjenayah.
Khalid dipanggil ke  pejabat Jais Shah Alam semalam dan dibebaskan dengan jaminan mulut oleh  pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan.
Khalid didakwa  di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika  sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau  kedua-duanya sekali.
Khalid didakwa memberikan kuliah agama  Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos  lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.
Turut menerima  tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman  apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini.
"..simpati  apabila ada ahli Parlimen yang diambil tindakan oleh Jais kerana  memberi tazkirah..sekalipun tiada bukti ada kesalahan dalam tazkirah  tersebut.
"Begitulah susahnya berdakwah..sistem penjajah dipakai  untuk mengekang agama sendiri..jangan hairan jika ramai orang  murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama," tulis Asri  dalam Facebook.
Bagi beliau, tindakan Jais ini seumpama arahan Nabi s.a.w "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat" dimansuhkan.
Bagi Dr Asri, perkara ini berlaku kerana pihak yang tidak layak dan berilmu sewajarnya diberikan kuasa mkenjaga agama.
"Yang  tidak layak menaungi agama diberikan kekebalan yang tidak diberikan  kepada al-Khulafa al-Rasyidin sekalipun..apapun yang selamat HARD ROCK  CAFE jua," tulis beliau.
Sumber : Harakahdaily
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan