Gesaan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya  rakyat jangan membuat ekperimen dalam politik untuk menukar kerajaan  yang sedia ada, kerana ia akan mendatangkan masalah kepada rakyat pada  masa akan datang. PAS berpandangan ucapan Datuk Seri Najib sempena tahun  baru 2011 satu pemikiran ke belakang bukan kehadapan walaupun beliau  ini terkenal degan slogan retorik, namun dalam tindakan beliau masih  berfikiran sempit seolah-olah negara ini hanya boleh ditadbir oleh BN  sahaja.
PAS  hendak mengingatkan kepada Datuk Seri Najib, tugas pemimpin ialah  berfikir untuk menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat. Gaji yang  sudah lumayan diberikan kepada kepada pemimpin negara adalah wajar  dibalas balik dengan merangka strategi untuk kebaikan rakyat bukan  sebaliknya.
PAS  berpendapat rakyat yang membuat eksperimen untuk menukar kerajaan  negeri dalam Pilihanraya Umum 2008 dahulu adalah tepat. Kebahagiaan  rakyat yang dapat diukur seperti banyak program-program kebajikan untuk  rakyat seperti air percuma di Selangor, skim kifalah untuk warga emas,  bantuan sekolah agama rakyat, Tamil dan Cina, bantuan kemasukan  universiti, walaupun menghadapi kekangan kewangan di peringkat negeri.  Kesemua ini tidak pernah difikir oleh pemimpin Umno sepanjang 53 tahun  memerintah. Jika pemikiran yang ada pada pemimpin Pakatan Rakyat yang  memerintah negara ini rakyat tidaklah susah sebegini rupa dengan tekanan  hidup yang teruk, kuasa membeli semakin menurun, kualiti hidup sudah  merosot.  
Apakah  salah rakyat membuat eksperimen untuk beralih pemerintah yang selama  ini mengkhianati amanah rakyat? Akibat rakyat masih belum buat ekperimen  untuk menumbangkan Barisan Nasional di peringkat pusat maka rakyat  dibeban dengan cukai perkhidmatan 6% daripada 5%. Barang makanan naik  10%, Persatuan Peniaga Kedai Kopi Selangor dan Wilayah Persekutuan akan  menaikkan kopi dan teh susu sebanyak 20 sen mulai 1 Jan 2011. Apabila  barang naik menteri cuba hendak tunjuk hero bela rakyat dan marah kepada  peniaga, pada hal yang buat fasal ialah pemimpin BN yang bertindak  menaikkan minyak petrol walaupun negara kita pengeluar minyak. 
    Eksperimen yang dibuat oleh rakyat sehingga menumbangkan  kerajaan BN telah menyebabkan pelabur asing yakin dengan kemampun  kerajaan Pakatan Rakyat, buktinya pada 21 Okt 2010 - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir  mengakui  "Negeri yang paling tinggi menerima kemasukkan FDI adalah Selangor  dengan pelaburan sebanyak RM5.66 bilion, yang kedua tinggi adalah Johor  iaitu di bawah kerajaan Umno-BN, yang ketiga dan keempat adalah Pulau  Pinang dan Kedah manakala Perak pula di  tempat yang kelima”.  
PAS hendak berpesan kepada Presiden Umno  sudah cukuplah Umno BN mengkhianat amanah rakyat, dan janganlah ugut  rakyat, mereka sudah mempunyai jiwa merdeka dan tahu beza mana kerajaan  yang amanah dan kerajaan yang bernanah. 
   
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan