Sekadar Renungan
Pertikaian
 antara Muawiyah dan Saidina Ali bukanlah pertikaian peribadi dan bukan 
untuk menjaga 'periuk nasi' mereka. Namun begitu, adalah disebabkan 
masing-masing berpegang kepada ijtihad masing-masing demi kemaslahatan 
umat Islam pada waktu itu. Niat masing-masing adalah jujur dan merasakan
 ijtihad merekalah yang benar untuk menyelamatkan suasana umat Islam 
yang sedang bergolak hebat waktu itu. Bukti yang menunjukkan bahawa 
perselisihan mereka bukan perselisihan peribadi ialah pada suatu ketika 
datang seorang kepada Saidina Ali lalu menceritakan keburukan peribadi 
Muawiyah. Saidina Ali berkata:
 
 "Beranikah saudara berkata 
demikian kalau Muawiyah ada di depan saudara? Kalau tidak, diamlah! 
Kerana perbuatan itu termasuk dalam mengumpat. Kalau benarlah Muawiyah 
berkata demikian terhadap peribadiku, ketahuilah bahawa aku telah 
memaafkannya."
 
 Begitulah juga halnya yang terjadi pada Muawiyah
 yang mana satu ketika ia meminta salah seorang yang rapat dengan 
Saidina Ali untuk menceritakan bagaimanakah Saidina Ali menghabiskan 
waktu siang dan malamnya. Maka berceritalah orang itu tentang kehebatan 
ibadah, tawadhuk, sabar, dan betapa cintanya Saidina Ali kepada Allah. 
Mendengar itu, menangislah Muawiyah sehingga basah janggutnya dan 
berkata: "Ali lebih baik daripadaku."
Jadikanlah kisah-kisah sahabat sebagai pedoman dalam melalui liku-liku kehidupan kita walaupun dalan bab perselisihan.
Wallahu A'lam
 
 
 
 
          
      
 
   
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan