Posted by
Nusajaya Kini on
16 Mac 2013. 
KULAIJAYA:Ribuan masyarakat sekitar hadir ke majlis jamuan rakyat
 anjuran PAS Kawasan Kulaijaya pada hari ini. Majlis yang dihadiri oleh 
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ini menerima 
sambutan yang cukup menggalakkan. 
Turut hadir dalam majlis jamuan rakyat ini adalah Dato' Dr. Mahfodz 
Mohamed selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, YB Salahuddin Ayub selaku 
Naib Presiden PAS, Datuk Mustapha Ali selaku Setiausaha Agung PAS, YB 
Anthony Loke selaku Setiausaha Organisasi DAP, YB Dr Boo Cheng Hau 
selaku Pengerusi DAP Negeri Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng selaku 
Pengerusi PKR Negeri Johor.
Dalam sidang media yang diadakan, Presiden PAS mengatakan bahawa negeri 
Johor mempunyai potensi yang sangat besar untuk dimenangi oleh Pakatan 
Rakyat. 
"Pakatan Rakyat telah berjaya menembusi negeri Johor pada PRU-12 pada 2008 yang lalu dengan memenangi beberapa buah kerusi ".
"Undi populariti kita juga sangat besar yang menyakinkan lagi Pakatan 
Rakyat untuk memenangi beberapa dewan undangan negeri dan parlimen di 
negeri Johor ini. Tambahan lagi, sambutan rakyat negeri Johor terhadap 
Pakatan Rakyat sangat memberangsangkan", tegas beliau lagi.
 













 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan