| Harakahdaily, | 16 Mac 2013 | 
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru 
Abdul Hadi Awang melahirkan keyakinan bahawa negeri Johor mempunyai 
potensi yang sangat besar untuk dimenangi Pakatan Rakyat.
Ini, katanya kerana Pakatan Rakyat telah berjaya menembusi negeri 
Johor pada PRU12 pada 2008 yang lalu dengan memenangi beberapa buah 
kerusi, lapor Nusajaya Kini.
"Undi populariti kita juga sangat besar yang menyakinkan lagi Pakatan
 Rakyat untuk memenangi beberapa dewan undangan negeri dan parlimen di 
negeri Johor ini.
“Tambahan lagi, sambutan rakyat negeri Johor terhadap Pakatan Rakyat 
sangat memberangsangkan,” tegas beliau pada sidang media yang diadakan 
sempena jamuan rakyat anjuran PAS Kawasan Kulaijaya, hari ini.
Turut hadir pada majlis yang dihadiri ribuan masyarakat sekitar itu 
ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk 
Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, 
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, Pengerusi DAP Negeri Johor, Dr 
Boo Cheng Hau dan Pengerusi PKR Negeri Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng.
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan